Make your own free website on Tripod.com

Home ]

Dato' Pa Kena Tipu

Back ] Next ]

 

DATO’ PA KENA TIPU

 

 

Cerita Dato’ Pa yang mengaku kena tipu oleh rakyat di Jeli telah dilapor dalam Berita Harian pada 17 April 2002.   Beliau sendiri yang mengaku ditipu.   Penyokong PAS yang mengundi ditahun 1999 telah menipu beliau kerana setelah disediakan segala kemudahan seperti jambatan, mereka tetap memilih PAS.   Itulah yang dia jadi kalah.   Siapa yang cerdik dan siapa yang kurang cerdik di sini tak tahulah.

 

          Cuma saya nampak, orang Kelantan ni dia lihat penyediaan kemudahan infrastruktur seperti jalan, elektrik, air dan jambatan adalah tanggungjawab kerajaan.   Nak beri, berilah.   Undi adalah hak individu.   Awak beri saya ambil.   Namun, awak tidak boleh rampas hak memilih saya, lebih-lebih lagi memaksa saya untuk memilih awak.   Ini demokrasi.   Tak timbul kena tipu.   Kalau kena tipu juga, itu tak tahulah.   Barangkali, soal cerdik, tak cerdiklah.

 

          Keduanya, orang Kelantan ini dia faham sangat.   Benda jalan, elektrik, air dan jambatan ini benda alat.   Ia kemudahan.   Dia bukan Tuhan.   Hok dia nak ialah Allah.   Pemerintah dan kerajaan yang dasarkan pemerintahannya kepada Al-Quran dan Hadith.   Dia yakin yang dengan memberi jalan dan jambatan, api dan air, tidak selesai.   Yang  selesainya  ialah  sejauhmana  sokongan  mereka  itu boleh selamat di dunia ada selamat di akhirat.   Dia tahu pendirian UMNO dalam hal Islam ni sangat-sangat meragukan.   Banyak mengarut.   Banyak mengapur.   Tidak jelas, tidak tegas, berdolak dalik, berpusing-pusing hingga mereka naik pening.   Mana tidak pening, sekali kata nak haramkan Islam dari digunakan, sekali kata sudah jadi Negara Islam.   Sekali bermati-matian kata Islam tidak sesuai dengan masyarakat majmuk, sekarang ini boleh pulak. Sekali nampak macam galak-galakkan maksiat seperti benarkan lesen judi, kelab  malam, benarkan majalah lucah, tetapi bila berlaku sumbang mahram dan meningkatnya pelbagai penyakit kelamin, dia mahu kenakan hukuman yang lebih berat.  Nak sebat lah.    Bila PAS minta nak laksana Hukum Hudud yang berdasarkan Al-Quran dimana ada elemen sebat  sebahagiannya, dia tolak.   Dia ancam nak ambil tindakan.  Bila ura-ura Terengganu nak bentangkan Enakmen Hudud, sibuk pula Rais Yatim kata itu bercanggah dengan Perlembagaan.   Negara Islam macam mana kalau dah Hukum Allah tidak boleh didaulatkan?   Mana Islamnya?  Dalam TV dan Radio selalu pesankan rakyat supaya jangan rasuah dan jangan membazir.   Sedangkan rakyat lihat yang rasuah dan tidak diambil tindakan ialah Menteri atau bekas Menteri UMNO.   Yang membazir ialah pemimpin UMNO.   Tengoklah kes Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Kelantan yang didedahkan dalam akhbar.   Kereta ada  entah berapa  buah.  Salah satu kereta mewah Mercedes Benz S320 beliau telah dirampas dan diletakkan di Akademi BPR Jalan Duta.  (Utusan Malaysia, 16 April 2002)  Tuduhan rasuah yang sering dilibatkan dengan beliau ialah skandal kehilangan Wang PPRT sejumlah RM36.5 juta.

 

          Pendek kata tengok UMNO, nampaklah rakyat tentang amalan khurafat yang dibawanya.   Dalam serba serbi.   Dalam hal aurat, dalam hal rasuah, dalam hal pembaziran, kroni, memperlekehkan hukum Allah.  Berarak patung burung dan bawa penyanyi wanita buat show di pentas, baru minggu lepas.   Baru panas-panas.    Mufti dah kata itu khurafat.    Boleh bawa syirik.   Ada UMNO dengar?    Dato’ Pa sendiri berada di majlis itu bersama dengan Presiden UMNO dan seluruh jentera parti.   Macam manalah rakyat tidak keliru.   Macam manalah rakyat nak setuju.

 

Padan dah kalau Dato’ Pa kata kena tipu.   Sebenarnya bukan dia yang kena tipu tetapi rakyat yang semakin cerdik.   Rakyat ambil kemudahan itu dan ini dah demo nak bagi!   Lagipun yang Pusat bagi itu pun adalah hasil kutipan cukai, hasil duit rakyat, hasil duit mereka juga.   Jadi mereka fikir, salahkah untuk guna duit mereka yang secara kebetulan disalurkan oleh Menteri Pusat, Kerajaan Pusat atau Pemimpin Pusat?   Pendeknya, kita tidak payah ‘balah lah’ siapa yang tipu dan siapa yang kena tipu.   Buat malu saja!

 

Jika UMNO terima Al-Quran dan Hadith, dan buktikan penerimaan dengan pinda Perlembagaan secara bertulis, bukankah senang.   Baru betul Negara Islam.   PAS pun tidak payah buat kerja dah.   Satukan orang Islam, orang Melayu semua sekali dengan kembali kepada Al-Quran dan Hadith.   PAS sebenarnya cuma nak

 

betulkan saluran pemerintahan saja.  Itu saja.   Bukan  minat  sangat  nak  jadi pemimpin.   Awak nak jadi pemimpin, jadilah.   Tapi biar betul-betul bawa rakyat berpandukan Al-Quran dan Hadith.   Bukan sekali, keli dan sekali haruan.   Kepala nampak ikan,  ekor nampak ular.

 

          Dalam keadaan UMNO yang ada sekarang, jangan haraplah UMNO boleh kelirukan rakyat.  Hok  sokong juga, itu hok jenis keliru,   Hok nak cari dunia jah.   Tak faham hulu hilir.  Kalau fahampun, saja nak cari makan dengan duit UMNO. Hok belum dapat penjelasan.   Itu yang UMNO takut orang dengar ceramah.   Sekat sana sini. Takut orang faham Islam.   Kalau dah faham Islam, UMNO payah.    Bagi rakyat, walaupun mereka tahu PAS miskin, tapi mereka tetap sokong sebab mereka lihat soal keikhlasan.  Bukti kesungguhan.   Dan tidak ada sebab UMNO dok tindas Kerajaan PAS.   PAS  mampu tambat hati rakyat kerana pendirian PAS jelas. Tak ada selindung. PAS sediakan apa yang mereka mahu.   PAS bimbing, pimpin dan asuh rakyat dengan Al-Quran dan Hadith.   Bukan dengan subsidi anak ayam, baja padi, jalan dan kemudahan tandas awam jah.   Itu semua alat saja.   Bukan kesudahan.   PAS pentingkan semua punca.  Bermula dari cara-cara dan kesudahannya di akhirat.     Semuanya tidak boleh lari dari ajaran Al-Quran dan perintah Nabi.   Ikut Allah dan ikut Nabi.   Bukan hina Hukum Allah dan pandang ringan panduan Nabi.    Kita tidak keliru.    Kita tidak tipu.   Ini kami pegang dari dulu, kini dan selamanya. 

 

Untuk semua rakyat Kelantan, saya serulah supaya jangan ditipu oleh orang yang berpura-pura nak ke Islam.   Jangan tertipu seperti mudahnya Dato’ Mustapha ditipu oleh rakyat di Jeli, Kelantan.

Sampai rakyat kampung di Jeli pun boleh tipu Menteri, entahlah.

 

 

 

 

 

Pejabat Menteri Besar Kelantan

Kota Bharu.

Bertarikh:   5 Safar 1423/18 April 2002

 


Bravenet.com

www.kelantan.net is managed by: kelantaniklan, tekno associate and public affilliate and world wide web associates