Make your own free website on Tripod.com

Home ]

Pemerintah, Media dan Pembaca

Back ] Next ]

 

  PEMERINTAH, MEDIA DAN PEMBACA


Minggu ketiga dari bulan Januari 2002 menyaksikan banyak episod kehidupan  rakyat Malaysia yang semakin ditekan.   Ini boleh disahkan dari empat berita di akhbar-akhbar perdana seperti berikut:-

 

i)          Pensyarah:  

List of anti government lecturers compiled

-        NST 23 Januari 2002;

 

ii)        Guru Tadika:

     Pre-school  teachers who incite hatred will be sack

-        NST 23 Januari 2002;

 

iii)      Pelajar IPTA:

Semua 200,000 mahasiswa yang sedang menuntut di semua IPTA    seluruh negara diwajibkan menandatangani persetujuan akujanji sebaik sahaja bermulanya sesi akademik menjelang Mei 2002;

           -        Berita Harian 24 Januari 2002;

 

iv)      “Bukti sokongan warga UPM kepada kepimpinan Perdana Menteri  diperkuatkan lagi dengan          penyerahan surat akujanji kakitangan akademik dan sokongannya, sebagai simbolik sokongan mereka kepada kerajaan.”

           -        Berita Harian 19 Januari 2002.

 

Dari empat petikan dan matan-matan penting berkenaan, sangatlah jelas bahawa minggu ketiga bulan Januari tahun ini melihat unsur gertakan, ugutan, paksaan, yang konon akhirnya disertai oleh “sokongan”.    Ayat akhir dari perkara iv) di atas terang sekali menunjukkan bagaimana paksaan akujanji akhirnya disimpul-simpulkan dengan kata-kata lunak seolah-olah “pihak yang dipaksa” bersetuju dipaksa memberikan sokongan kepada akujanji berkenaan.   Pada kebiasaannya RTM akan menyusuli pula dengan slot-slot interview pelajar atau sesiapa saja yang dianggap sesuai.   Kononnya spontan  -  semestinya yang lazimnya berbunyi   “….. saya ingat ianya tiada masalah.”  atau  “sebagai pelajar kita mesti cemerlang dalam pelajaran,” atau   “memang patut dan bagus akujanji itu untuk melahirkan penjawat awam yang kommited hanya dengan tugas.”

 

Demikianlah kita melihat bagaimana hebatnya fikiran rakyat dikongkong dan dibelenggu.   Kita ada Akta Mesin Cetak.   Kita ada Akta Hasutan.   Kita ada OSA.   Kita ada ISA.   Kita ada Akta Polis.   Kita semakin kaya dengan akta, kuasa dan kuatkuasa.   Diatas sana, kita ada Mahkamah dan kita ada Perdana Menteri selaku orang yang nombor 1.   Semuanya bagaikan mata-mata lembing yang terhunus tepat ke setiap batang leher rakyat.    Dalam keadaan hampir tidak boleh bergerak itulah, media pandang dengar dalam kaca TV memainkan peranan propagandanya.   Suasana berfikir secara kritikal seperti yang dianjurkan oleh Edward De Bono melalui bukunya ‘Six Thinking Hats’ atau Stephen R. Covey melalui bukunya ‘Seven Habbits’ tidak langsung mendapat kesempatan yang selesa untuk diamalkan.   Apa yang nak dikaji apabila segala sesuatu itu disogok.  

 

 

Pembohongan, fitnah dan kisah-kisah benar telah dibungkus dalam kertas pembalut hadiah yang diwangikan dengan “air freshner”  -  semua ditaja.   Pelopornya ialah Kementerian Penerangan melalui juaranya Rangkaian TV1, Saluran Perdana.    Sanggup dimuatkan berita perdana dengan tayangan slot 90 saat yang mewakili sebuah mesej pemberitaan yang dianggap oleh Sdr. Rustam A. Sani sebagai satu kebetulan yang tidak betul.  Sementara Tan Sri Khalil Yaakob terus mempertahankan ia sebagai berita dan bukan propaganda  (NST:  12 Januari 2002).   ZAM pula dalam mempertahankan kedudukan tetap berkeras yang slot itu sebuah kebetulan.   Kebetulan dan berita yang bagaimana kalau dah hampir semuanya bersifat “slanderous” dan ditunjukkan secara berulang selama 3 minggu.

 

          Dimana betulnya apabila PAS dihubung-hubungkan dengan keganasan Pertubuhan Al-Qaeda di Afghanistan.   Bukti mengarutnya dakwaan ini dapat kita lihat melalui permohonan maaf NST (Singapura) diatas kesilapan mereka dalam melibatkan PAS dengan keganasan rangkaian Al-Qaeda dan Taliban melalui beritanya bertarikh 4 Januari 2002.   Kita boleh semak permohonan maaf ini oleh Jane’s Intelligence Review bertarikh 12 Januari 2002.   Sekurang-kurangnya dari peristiwa ini, kita menjadi terharu juga dengan kejujuran akhbar Singapura itu yang berani menguatkan diri untuk melutut bermohon maaf.   Syabas NST (Singapura).   Bagaimana dengan akhbar-akhbar perdana di Malaysia termasuk TV1 Saluran Perdana?  Tidak terlintaskah untuk mencontohi sikap ‘gentleman’ orang lain?

 

          Saya  tidak  tahu  bagaimanakah  agaknya  unjuran  Pak  Lah  Badawi,

 

         

Timbalan Perdana Menteri  dapat dipenuhi.   Kata beliau, “Pihak akhbar mestilah sentiasa dapat memahami dan meluahkan semula kepentingan para pembacanya supaya pendapat rakyat dari pelbagai latar belakang sosial dan politik boleh disuarakan.”  Beliau seterusnya mengharapkan supaya para pengamal media cetak tidak berkompromi dengan prinsip asas kewartawanan iaitu integriti jujur dan adil.   Ia mesti dilaporkan dengan tepat dimana sebarang mesej yang disampaikan mesti diletakkan pada konteksnya yang betul. (Lihat Utusan Malaysia 16 Januari 2002).

 

              Kalau boleh kita kutip ayat-ayat kunci dari TPM itu, dan menukarnya dalam bentuk soalan ia akan berbunyi:

 

i)                   Adakah diberi ruang yang mencukupi bagi suara rakyat dari pelbagai latarbelakang dalam liputan akhbar?

 

ii)                 Apa erti adil, berintegriti dan jujur?    Mungkin tanpa perlu dipengaruhi sesiapa, elok juga kita semak erti ketiga-tiga perkataan ini dari mana-mana Ustaz atau Tok Imam.   Paling malas, buka buku kamus dan cari maknanya untuk diukur dengan seruan Pak Lah, amalan Pak Lah dan anak-anak buahnya di stesen-stesen media;

 

iii)               Apa pula maksud tepat?   Ada bezakah tepat dengan putar belit, mengada-adakan apa yang tiada dan menyorok insiden terkini dari diketahui umum?

 

iv)               Atau Pak Lah  cuma sekadar mahu dilihat relevan pada Majlis Perasmian Kompleks Kilang Percetakan Akhbar The Star di Bukit Jelutong yang dihadirinya itu.    Sedangkan beliau sendiri tidak percaya dengan seruan yang diharapkan itu disahut oleh wartawan!

 

Tanpa cuba menghukum mana-mana pihak, mari kita cuba tanyakan apa yang sudah jadi dengan kes-kes seperti Tan Sri Eric Chia dengan isu kerugian wang melebihi 1 billion ringgit di Perwaja Steel.   Apa sudah jadi dengan berita laporan polis Dato’ Fauzi Ab. Rahman (ADUN Beserah) tentang kerja tidak amanah pemimpin UMNO di Pahang.   Apa pula kesudahan dengan kisah kehilangan wang PPRT yang menghampiri RM40 juta.   Apa pula nasib laporan BPR oleh sdr. Lutfi Othman yang sudah sampai pusingan kelima terhadap dakwaan amalan rasuah dan penyalahgunaan kuasa Dato’ Seri Khir Toyo.   Rakyat mahu tahu kenapa kes DSAI dinafikan ikat jamin.   Ini bukan soal “sensation”.   Bukan perkara “blowing out of proportion”.   Ia soal kejujuran media untuk bersifat professional dalam menyahut gesaan Pak Lah supaya berani, jujur, adil, berintegriti, tepat dan professional.    Kemana perginya ilmu “investigative reporting”  yang menjadi unsur penting dalam etika kewartawanan?    Rakyat sudah tiba ke peringkat ‘kecewa’ antara sesuatu yang dia harap dengan keadaan realiti yang dihidangkan oleh media pada setiap pagi.    “They feel being ‘disillusioned!’.   Malah ramai di kalangan rakyat sudah dapat meneka apa yang akan ada dalam berita untuk hari esoknya.   Syukur kepada pemimpin, nikmat keamanan, pintarnya bapak-bapak menteri kita, indahnya kedamaian di Malaysia, takut-takutkan dengan huruhara  di tempat  lain,  seru  semua orang  supaya tidak melampau, tuduh pembangkang sebagai “extreme”, kait-kaitkan ajaran sesat dengan PAS, ugut pelajar, pensyarah, penjawat awam dan kanak-kanak di tadika.   Apa yang tinggal lagi hanyalah keputusan perlawanan bola sepak, atau laporan mengenai kes ‘geng mamak’ yang merompak bank.   Mungkin iklan-iklan ubat kempis perut atau kisah kambing berkaki tiga   -   itulah sahaja lagi yang barangkali tinggal  unsur ketepatan pemberitaan oleh media massa yang bebas dari “distortion”.   Berita-berita tawar yang tidak mencabar dan menajamkan minda.   Kita sedang berada dalam persekitaran ini.   Fikiran dan pendekatan lapuk Menteri Propaganda Hitler Joseph Geobel amalan nazi sedang diulangi untuk mengepong rakyat dari atas dan sekeliling.   Proses ‘pembudakan intelek’ sedang berlaku dengan sombongnya tanpa memikirkan pun akan kesannya.   Rakyat yang semakin celik akal dimana puluhan ribu graduan yang membanjiri penduduk Malaysia setiap tahun harus diingat, adalah bakal-bakal pengundi dan pemimpin negara dimasa depan.   Dengan bentuk asuhan minda yang begitu cemerlang di Sekolah Menengah dan Universiti baik dalam atau luar negeri, mampukah kerajaan bertahan dengan mengawal media dan menggunakan pendekatan sogok, sumbat, dan bengkok-bengkokkan berita sesuka hati.   “Top stories” mengalami penggelapan.   “Non-news” diberikan “highlight”.

 

          Saya cuma khuatir akan tiba satu ketika yang rakyat sudah sungguh-sungguh tidak lagi percaya dengan apa sahaja yang diberitakan.   Rakyat sudah takut setakut-takutnya.   Fikiran dan penentuan benar salah menjadi terkongkong.   Kebenaran hanyalah milik dua tiga kerat orang yang berkuasa yang menentukan “what is the order and the rule of the day”.   “Rule of law”  tinggal sia-sia.   Ia digantikan oleh   “… the law of the rulers”.   Walau

apapun, seperti kata Eleqnor Roosevelt,  “Tiada siapa yang dapat lukakan anda tanpa kebenaran anda.”   Ghandipun ada menyebutkan sesuatu yang serupa iaitu   “mereka tidak dapat merampas kehormatan kita jika kita tidak membenarkan.”   Sy. Omar Al-Khattab berkata:

 

“Bagaimana kamu nak kongkong seorang rakyat sedangkan sejak bayi lagi dia sudah menjadi seorang yang bebas sepenuhnya.”

 

Bagi kita umat Islam cukuplah kita ambil kekuatan dari sepotong maksud pendek dari pengertian Surah Al Isra’ Ayat 81 iaitu:

 

“Dan katakanlah yang benar telah datang dan yang batil telah lenyap.   Sesungguhnya yang batil itu adalah sesuatu yang pasti lenyap.” 

 

 

Tetapi bila?

 

 

 

Anual Bakhri bin Haron

Setiausaha Politik

Menteri Besar Kelantan

 

Bertarikh:13 Zulkaedah 1422 / 27 Januari 2002

 


Bravenet.com

www.kelantan.net is managed by: kelantaniklan, tekno associate and public affilliate and world wide web associates