Make your own free website on Tripod.com

Home ]

Penerangan Tentang Islam

Back ] Next ]

 

Tuesday, February 19 @ 09:46:11 MYT

KOTA BHARU, 19 Feb (Hrkh) - Jabatan dan badan-badan agama di negeri ini diminta memainkan peranan untuk menjelaskan kekeliruan ditimbulkan sesetengah pihak melalui media elektronik yang mentafsir ayat-ayat al Quran sesuka hati. Menteri Besar, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (Jaheaik), Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (Maik) dan Yayasan Islam Kelantan (Yik) boleh menjelaskan kekeliruan yang sengaja ditimbulkan pihak terbabit."Adalah amat bahaya sekiranya pentafsiran ayat-ayat al Quran dilakukan sesuka hati kerana ia melibatkan dosa besar," katanya ketika menggulung perbahasan Enakmen Perbekalan Tambahan di persidangan Dewan Undangan Negeri (Dun) di sini, 18 Febuari. Pentafsiran ayat-ayat al Quran sesuka hati kini dilakukan secara berleluasa melalui media elektronik terutamanya RTM bagi memburuk-burukkan imej perjuangan Islam yang didokong PAS.Selain itu, mereka juga menuduh kerajaan Kelantan melarang wanita cantik bekerja dan mengulang tayang tragedi berdarah di Memali. Oleh itu, Menteri Besar mahu jabatan agama dan agensi terbabit memainkan peranan menjelaskan kekeliruan tersebut. "Penjelasan itu boleh dilakukan tanpa menyebut nama PAS atau Umno," katanya. Adun Meranti, Ustaz Nasaruddin Daud berkata, orang yang buta mata dan tuli telinga sahaja yang mudah terpengaruh dengan propaganda kerajaan Barisan Nasional (BN). Katanya, mereka yang buta dan tuli tidak dapat membezakan apa yang telah dilakukan kerajaan Kelantan sejak mentadbir negeri ini. Timbalan Menteri Besar, Dato' Haji Abdul Halim Abdul Rahman percaya propaganda yang dimainkan RTM tidak mampu untuk mempengaruhi rakyat berdasarkan prestasi BN pada pilihan raya kecil Indera Kayangan, Januari lalu. Kata beliau, sekiranya propaganda yang dimainkan berulang tayang melalui media elektronik tersebut berkesan sudah tentu BN menang dengan majoriti lebih besar. "Namun berdasarkan kepada petunjuk pilihan raya itu, BN hanya mampu meningkatkan lebih 100 undi sahaja. "Boleh dikatakan sangat tidak berjaya serangan saraf yang dilakukan melalui media elektronik sebelum ini," katanya. Menurutnya, pengundi di Indera Kayangan tidak mudah terpengaruh dengan proganda tersebut, walaupun penayangan video klip memburuk pembangkang dilakukan secara berulang kali. Kata beliau, sepatutnya BN boleh menang dengan majoriti lebih besar memandangkan segala kemudahan digunakan pada pilihan raya kecil itu, termasuk peruntukan kewangan yang banyak. Katanya, propaganda berkenaan turut memualkan orang ramai sehingga mereka terus bersimpati terhadap PAS dan pembangkang. Bagaimanapun beliau membayangkan serangan saraf secara berterusan yang dilakukan Umno dan BN melalui media elektronik menggambarkan pilihan raya umum akan datang mungkin diadakan lebih awal.

Open Souce: melayucyber

 


Bravenet.com

www.kelantan.net is managed by: kelantaniklan, tekno associate and public affilliate and world wide web associates