Make your own free website on Tripod.com

Home ]

PM tak kesal

Back ] Next ]

 

 PM TIADA BANYAK MASA UNTUK SESAL?

  Saya tidak mempunyai banyak masa untuk memikirkan tentang penyesalan.   Saya mungkin ada membuat silap tetapi saya tidak merasa kesal dengan keputusan yang saya buat.”

  

1.     Demikianlah sebuah pendirian penuh sensasi yang telah dibuat oleh seorang Perdana Menteri setelah genap usia 20 tahun memerintah Malaysia di satu majlis memperingatinya di Melaka pada 16 Julai 2001.

 

2.     Tidakkah sikap tidak sesal menimbulkan bahaya kepada hati seorang mukmin?.  Sikap tidak sesal dan tidak mempunyai masa untuk memikirkan penyesalan sama juga dengan rasa diri semua betul.   Menyesal hanyalah untuk mereka yang merasa bersalah.   PM kita nampaknya mahu mengheret masyarakat Malaysia untuk tidak kisah sangat soal benar atau salah atau dosa atau pahala.    Berbahaya, sikap terlalu confident ini ialah melahirkan satu sindrom terbitan negatif yang “tidak sukakan taubat”.   Bagaimana mahu bertaubat kalau tidak menyesal?.   Bagaimana mahu menyesal kalau tidak ada masapun yang diperuntukkan untuk memikirkan hal-hal kesalahan, dosa dan keterlanjuran?.   Inilah PM kita; seorang veteran yang dipuja oleh  mereka yang suka memuji.

 

3.     Mana ada manusia yang tidak salah.   Adalah menjadi beban yang besar bagi sebuah rumah tangga jika ibu bapa asyik-asyik melihat dia sahaja yang betul dan sentiasa betul.   Semakin besar bala bencana yang menimpa rakyat apabila Ketua negaranya hilang deria rasa untuk kesal diatas apa jua yang dibuatnya.   Kes mata lebam semasa Anwar di dalam “custody” Polis, pembaziran keatas projek-projek mega, pembelian saham MAS  pada harga yang tidak realistik, membuat ‘pre judgement” sebelum siasatan lengkap dibuat yang seringkali mendahului siasatan polis, skandal bailout – kroni – terlalu banyak untuk disenaraikan.  Takkan tidak satupun yang menimbulkan penyesalan.   Mustahil!    Atau mungkin tiada pihak yang memberi ingat.   Lagi mustahil!

   

4.     Jika kembali kepada Islam, ketahuilah kita bahawa penyesalan dan taubat itu adalah punca kepada segala pembetulan.   Terdapat banyak ayat-ayat yang kita boleh tumpang panduan di dalam Kitab suci Al-Quran Nul Karim.   Surah-Surah seperti:

 

Taubat orang munafik: An-Nisaa’ Ayat 146, At-Taubah Ayat 66, 74 

Taubat orang yang mencampuradukkan amal baik dan buruk: At Taubah Ayat 102

Taubat yang murni (taubat nasuha):  At-Tahrim Ayat 8   

Diterima/ditolak taubatnya, masih ditangguhkan: At Taubah, Ayat 106, 118

Allah bakal menerima taubat hambaNya: An Nisaa’ Ayat 26, 27 ,Asy Syu’ura 26

Bertaubat kepada Allah: Al Baqarah Ayat 54, 160, Al-Imran Ayat 89, 90, 135, An Nisaa’Ayat 17, 18, 64, 146,147, Huud Ayat 3, 52, 61, 90, Maryam Ayat 60, An Nuur Ayat 31, Al Qashash Ayat 28, 67, As Sajaadah Ayat 16

Aturan bertaubat: An Nisaa’ Ayat 17, 18, Al  An’aam Ayat 54, An-Nahl Ayat 119, Al Furqaan Ayat 70, 71

Perintah bertaubat: Al Baqarah Ayat 54, Huud Ayat 3, 52, 61, 90), An Nuur Ayat 31, At Tahriim Ayat 8

Orang  bertaubat:   

Balasan orang bertaubat: Huud Ayat 3, At-Tahriim Ayat 8

Ciri-Ciri orang bertaubat: Ar Ra’d  Ayat 27 – 28

Hidayah untuk orang bertaubat: Ar Ra’d  Ayat 27

 

Ini semua boleh dirujuk dengan mudah untuk melihat gesaan Allah S.W.T. kepada hamba-hambanya yang suka menyesal di atas segala dosa.    Apakah Ayat ini hanya relevan kepada Nabi dan umatnya sahaja serta rakyat sahaja tetapi tidak kepada pemimpin negara?

 

5.     Tidak menyesal juga bermakna enggan bermuhasabah.   Kenyataan PM yang ini dibuat pada 16 Julai 2001  yang lalu jelas menampakkan sebuah keangkuhan yang  enggan tunduk kepada sesiapa.

 

6.     Jika dasar inilah yang sedang dan akan terus menjadi pegangan pemimpin-pemimpin kita bermula dari pemimpin rumahtangga, hampir dapat kita bayangkan apakah bentuk kesudahan kebebasan demokrasi, hak untuk bercakap, menyatakan pendirian dan berhimpun secara aman yang akan diamalkan di Malaysia menjelang 2020.   Salah satu dari cabaran Wawasan 2020 ialah:

 

“the challenge of establishing a fully moral and ethical society, whose citizens are strong in religious and spiritual values and imbued with the highest of ethical standards “ dan “a mature democratic society”

 

Soalnya, masih validkah lagi cabaran ini yang menjadi sasaran suci wawasan berkenaan?

 

Jika mempunyai masa, sila rujuk ucapan PM dalam Inaugural Meeting Malaysian Business Council pada 28 Februari 1991.

 

7.      Bagaimana pula nasib pelbagai gesaan PM untuk melihat masyarakat Malaysia mengubah paradigma pemikiran, dasar penerapan nilai-nilai Islam, bekerja dengan azam mengabdikan diri kepada Allah atau prinsip seseorang itu tidak dianggap bersalah sehingga ianya didapati bersalah.    Apa kata semua orang apabila prinsip “No one is guilty until he is found to be guilty  ini apabila berdepan dengan kuatkuasa ISA.      Siapa menguasai siapa dan peraturan mana yang menguasai dan memenangi pergelutan?

 

8.     Tidak menyesal diatas kesalahan sebenarnya satu sikap yang perlukan penilaian semula.    Oleh siapa?

 

9.     Bersifat sedikit mengkaji dalam semangat ilmu untuk melembutkan hati, mari kita jenguk sepatah nasihat dari Imam Al-Ghazali r.a. mengenai bab taubat yang berbunyi:

 

“Kemudian hendaklah kita ketahui bahawa manusia itu dari sejak mula kejadiannya di dunia ini memang suka benar menurutkan kehendak hawa nafsu.   Maksud taubat pula bukanlah dengan semata-mata meninggalkan  hawa nafsu dan syahwat sahaja, tetapi taubat yang sempurna ialah dengan mengenang kembali dan menyesali segala amalan yang terlanjur dimasa-masa yang lalu.”

 

(Rujuk Kitab Bimbingan Mukmin m/surat 253)

 

Cuba bandingkan dengan pendirian PM yang “tiada masa untuk penyesalan walaupun mungkin melakukan kesilapan.”    Bagaimana?   Berilmukah? Dan, beramalkah beliau diatas ilmu?

 

10.    Mungkin di hujung kariernya, PM Malaysia yang ada ini akan menyebutkan “L’Etat c’est moi.”  “I am the state.”    Dan beliau sekali lagi tiada masa untuk menyesal!

 

Anual Bakhri Haron

Setiausaha Politik

Menteri Besar Kelantan

Bertarikh:   4 Jamadil Awal 142225 Julai 2001.

  

 

gagak  buta di celik IT

 

lalu perlilah merpati yang bebas

kepada belatuk yang mengangguk

“aku yang terbang diikat kaki”

“kau kenyang disumbat padi”

dalam tenung ganas sigagak tua

bulu  sehitam hati

menguku media

mengunci IT

di bilah bilah kebebasan

yang “dia” bilang demokrasi

 

pastikah kau dengan sangkar terbuka?

dan pejamnya yang berpura-pura

mampukah kau lari?

 

apa pendapatmu?

jika seekor rajawali?

yang dikurung sepi?

tiba-tiba berdiri?

dan lidi-lidi sangkarnya?

patah dengan sendiri?

 


www.kelantan.net is managed by: kelantaniklan, tekno associate and public affilliate and world wide web associates