Home ]

Siapa Hypocrite?

Back ] Next ]

 

Updated : 05-02-03

 

HYPOCRISY OF THE HIGHEST DEGREE.   SIAPA?

 

            Merujuk kepada kenyataan Abe Him di dalam perhimpunan anjuran Majlis Tindakan Rakyat Kelantan yang dipengerusikan beliau pada 25 Jun 2001 lalu bahawa Kerajaan Negeri Kelantan ini merupakan “a hypocrite of the highest degree” kerana ia melakukan pindaan ke atas perlembagaan negerinya, suka kita mengingatkan beliau supaya lebih merenung ke dalam diri sendiri dahulu sebelum menuduh orang lain.

           Sebelum kita melabelkan seseorang atau satu-satu pihak itu sebagai “hypocrite”,  mari kita terlebih dahulu memahami apakah maksud perkataan berkenaan.   Mengikut takrifan Kamus Webster, “hypocrite” adalah merujuk kepada “one who pretends to be pious, virtuous, etc.   without really being so”, manakala mengikut takrifan Kamus Oxford pula, “hypocrite” adalah merujuk kepada “person who pretends to have opinions which he does not have or to be what is not.”

          Berdasarkan kedua-dua takrifan ini, siapa agaknya orang yang berpura-pura memiliki pendirian yang sebenarnya tidak beliau miliki dan yang berpura-pura menonjolkan sifat baik yang sebenarnya tidak beliau miliki itu selain dari orang yang kononnya menentang pindaan Perlembagaan Negeri bagi menghapuskan campur tangan istana dalam pentadbiran Kerajaan Negeri dan yang kononnya mahu membela kedudukan Kebawah Duli Tuanku Ismail Petra ini.

          Dalam hal ini, kita menjadi hairan  yang amat sangat bagaimanakah Abe Him mahu menentang pindaan Perlembagaan Negeri ini sedangkan beliau sendiri selaku Ketua UMNO Bahagian Pasir Mas, pernah satu ketika dulu menegaskan bahawa UMNO bahagian itu meluluskan resolusi meminta Menteri Besar Kelantan segera meminda Perlembagaan Negeri bagi menghadkan kuasa Sultan selain mendesak Menteri Besar menyediakan Kertas Putih berhubung campur tangan Istana dalam Pentadbiran Kerajaan Negeri.     Pendirian beliau ini boleh disemak oleh sesiapa jua pun di dalam akhbar-akhbar perdana. (Rujukan Berita Harian, 22 Jun 1996)

          Kita juga ingin mempersoalkan bagaimanakah Abe Him mahu membela kedudukan Kebawah Duli Tuanku Ismail Petra sedangkan beliau sendiri selaku Ahli Parlimen Pasir Mas pernah menegaskan bahawa mengikut Salasilah Kesultanan Kelantan,  Tengku Iskandar Tengku Ahmad adalah Sultan Kelantan yang sebenar  dan bukannya Kebawah Duli Tuanku Ismail Petra. Tegas beliau lagi, YAM Tengku Ahmadlah yang sepatutnya menaiki takhta pada tahun 1944 dan bukannya Tengku (Sultan) Ibrahim?.  Inipun boleh disemak di dalam akhbar Utusan Malaysia bagi sesiapa yang masih meragui kebenarannya. (Rujukan Utusan Malaysia, 4 Ogos 1993)  

          Persoalannya, bagaimana beliau mahu membela Al-Sultan kita yang ada sekarang yang telah ditolaknya?      Berasaskan pendirian beliau ini, tidak salah agaknya untuk disimpulkan bahawa dalam kamus hidup Abe Him kita ini, sekurang-kurangnya mulai 4 Ogos 1993 telah dapat dikesan secara nyata bahawa (pada beliau) KDYMM Al-Sultan Kelantan yang ada sekarang bukanlah lagi Sultan Kelantan yang sah.

          Kedua-dua hujah ini amat mencukupi untuk membuktikan yang Abe Him sendirilah yang telah merosakkan dirinya.   Beliau bagaikan sesumpah yang boleh menukar warna kulitnya mengikut perubahan suasana.  Apa boleh buat.   Dia secara semula jadinya suka melompat dan kini terjerat hampir kedua-dua belah kaki di lukah yang dipasangnya sendiri. Walau bagaimanapun, kami penuh yakin kepada kebijaksanaan dan pandangan jauh Kebawah Duli Al-Sultan.  Tentunya Baginda tidak akan terpengaruh dengan perubahan rentak tari Abe Him dari zapin ke tabla,  tango dan cha cha, sebelum berpusing 360 darjah  ke goyang dangdut.   Kini beliau sibuk beralih ke ghazal pula dalam irama merayu “Pak Ngah balik” Kesian!.

Sehubungan dengan ini, persoalan  Kerajaan Negeri Kelantan merupakan  “hypocrite” tidak timbul kerana pindaan Perlembagaan Negeri 2001 ini adalah selaras dengan pindaan Perlembagaan Persekutuan 1994 yang memang disokong oleh Ahli-Ahli Parlimen PAS pada waktu itu. Sejarah  ini  sahih  dan  boleh  disemak oleh sesiapa juga.  

Silakan!  Lihatlahkepada laporan Akhbar yang membuat liputan untuk Sidang Dewan Rakyat pada 10 Mei 1994 dan Sidang Dewan Negara pada 17 Mei 1994. Kita sentiasa “consistant”. Jangan-jangan Abe Him kot yang sebenarnya “hypocrite”.   Beliau perlu sedar dan UMNO Kelantan perlu sedar bahawa dengan menentang pindaan Undang-Undang Tubuh Negeri Kelantan, bererti sudah tidak mentaati lagi Presiden UMNO.  Lupakah Abe Him kepada pindaan yang  sama  yang  telah  dilakukan  oleh  Presiden  UMNO pada 17 Mei 1994?.   Ini juga boleh disemak dari laporan-laporan akhbar bertarikh 18 Mei 1994. Adakah UMNO Kelantan mahu melanggar peringatan Presiden supaya taati Presiden.   Gesaan ini baru sahaja panas-panas dibuat oleh Dato’ Seri Presiden UMNO pada minggu yang lepas.

           Saya sebenarnya cuma mahu mengajak diri saya, Abe Him dan seluruh rakyat untuk lebih banyak berfikir dalam memahami sebarang isu.  Fakta harus tepat dan bukan diasaskan kepada fakta, emosi atau sentimen yang bersifat “half cooked” atau “half baked” atau ‘masak separuh’ atau ‘masak sebelah’.   Kami mengemukakan hujah yang bersandarkan fakta ini untuk menolak tuduhan keatas Kerajaan Negeri dalam isu pindaan ini.   Apakah tidak mungkin, setelah dibuktikan, Abe Him kita inilah yang sebenarnya wajar dianugerahkan dengan pingat “Hypocrite of the highest order”  dan bukannya   Tuan Guru Dato’ Hj. Nik Abdul Aziz bin Nik Mat, Al Mursyidul Am PAS  merangkap Menteri Besar Kelantan. 

Terpulanglah kepada semua rakyat untuk menilainya.

Selain daripada itu, Abe Him juga tidak boleh mendakwa dirinya merupakan jurucakap kepada rakyat Kelantan kerana hanya lebih kurang 100 orang sahaja daripada 1.4 juta orang jumlah penduduk Kelantan yang hadir di dalam perhimpunan anjurannya itu.   Ini juga boleh dibuktikan.   Beliau juga tidak boleh mendakwa dirinya merupakan jurucakap kepada UMNO kerana kehadirannya di dalam UMNO sendiri sudah tidak diterima lagi.   Beliau sendiri telah dibantai teruk oleh Presiden partinya itu.

          Buat Dato’ Paduka Ibrahim Ali dan orang-orang yang sewaktu dengannya, izinkan saya menyimpulkan pemerhatian seperti berikut:

        “Sebagaimana mudahnya untuk mencium harum dari secangkir kopi yang panas, sebegitulah tidak sukarnya untuk menghidu sebuah hanyir dari belakang seekor itik.”

         Katakan Iqra’ dan kembalilah.    Lidah bukan untuk meludah!

 

Dari: Anok Kelate , Daulat TUANKU!

Bertarikh: 1 Julai 2001. 

 


www.kelantan.net is managed by: kelantaniklan, tekno associate and public affilliate and world wide web associates