Make your own free website on Tripod.com

Home ]

 

TIDAK SALAH MENIRU

Membaca ruangan “surat dari pembaca” di muka surat 11 New Straits Times 13 Ogos 2002 cukup menarik.   Sdr. Mahadzir Duity dari Kuala Lumpur telah menyenaraikan segala kebaikan kerja lima hari seminggu untuk faedah penduduk Malaysia.   Selain dari faedah memberi cukup kerehatan, pengurangan kesesakan lalu lintas dan pengotoran udara, beliau juga menghuraikan perihal penyeragaman dengan standard antarabangsa seperti yang diamalkan di negara-negara maju.   Seterusnya sdr. Mahadzir menyandarkan fakta beliau kepada sepucuk surat terbuka seorang Jepun bernama Yoko Ukada yang dimuatkan dalam NST 6 Ogos 2002.

 

          Saya melihat tiada sebab untuk pihak kerajaan terus tidak mengendahkan cadangan ini.   Ini bukan soal politik.  Janganlah mentang-mentang kerana penemuan kreatif ini dipelopori oleh Kerajaan Negeri Kelantan yang dipimpin oleh PAS, maka Kerajaan Persekutuan malu untuk menirunya.   Soal politik, soal lain.   Jika kematangan kita mengatasi emosi, tentu kita wajar melihat kerja lima hari seminggu terlalu ekonomik, relevan, selaras dengan harapan PM agar ibubapa memberi lebih banyak masa untuk memimpin keluarga.   Lagipun ia selaras dengan idealisme masyarakat penyayang yang menjadi harapan semua pihak dan memenuhi piawaian antarabangsa  seperti  amalan  negara-negara  maju.    Bukankah menjelang 2020, Malaysia mahu jadi negara maju sepenuhnya.     Kalaupun tiru PAS, tiru PAS lah.   Bukankah contoh yang baik itu tidak kira datangnya dari mana; timur, barat, selatan atau utara.  Hatta ke bulan sekalipun, jika ianya lebih baik,  “why not” (dengan izin).

 

          Sekali sekala, keluarlah dari kepompong perkiraan politik yang sempit.   Jendela dunia perlu dijengah dari varendah Nasional demi kepentingan sektor awam.   Jika cuti dua hari, sehari boleh dikhususkan untuk menambah ilmu dan sehari lagi untuk bersilaturrahim, mengembara dan beramah mesra seisi keluarga.   Kelantan telah mendahului percubaan ini hampir sepuluh tahun yang lalu.   Ilmu meningkat, amal bertambah  dan produktiviti tidak berkurangan.

 

 

 

 

 

HJ. ANUAL BAKHRI BIN HARON

Setiausaha Politik

Menteri Besar Kelantan 

Bertarikh: 4 Jamadil Akhir 1423 / 13 Ogos 2002

 


Bravenet.com

www.kelantan.net is managed by: kelantaniklan, tekno associate and public affilliate and world wide web associates