Make your own free website on Tripod.com

Home ]

Umno Lwn Umno

Back ] Next ]

 

UMNO LAWAN UMNO

 

 

 Suka juga dengar cerita Dato’ Mustapa.   Dia minta rakyat Kelantan tidak memaafkan Kerajaan Negeri kerana tidak ambil tindakan ke atas YB Wan Ab. Rahim, Speaker Dewan kerana kesalahan yang telah diputuskan di Mahkamah.   Kesalahannya ialah tidak mematuhi prosidur berkahwin.   Ini bukan soal kesalahan melibatkan perlanggaran Hukum Syara’. 

          Saya tengok berita mengenai Ketua UMNO Bahagian Kubang Kerian yang baru dilantik menjadi Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Negeri lagi pelik.  Berita yang dilaporkan berbunyi: 

“Mahkamah Rendah Syariah Butterworth memerintahkan Ketua UMNO Bahagan Kubang Kerian Tuan Mohd. Hashim Tuan Yaakob membayar RM10,900.00 kepada isteri ketiganya, Rohaida Mohamad Ismail bagi perbelanjaan tertunggak dan nafkah peribadi.   Beliau diperintah menjelaskan jumlah wang berkenaan kerana mengabaikan tanggungjawab sebagai suami.”                                       

(Berita Harian 25 Mei 2002)

 

 

Saya cuma nak minta Dato’ Pa selesaikan dulu benda dalam rumah tangga UMNO.   Orang yang terlibat ialah Setiausaha Perhubungan UMNO Negeri Kelantan.   Kesalahannya bersifat melanggar Hukum Syara’ dan bukan perkara kesalahan prosidur.  Tak terasa nak cari Setiausaha Perhubungan yang baru ke!   Kalau tak ada orang, ambil orang PAS tak apa!    Pandai nak cakap soal moral pula.   Dah, tak bagi nafkah sampai terpaksa Mahkamah Syariah campur tangan itu, benda moral atau macam mana?   Rumah UMNO senget nak runtuh, sibuk-sibuk pula nak tongkat rumah orang.

 

 

            Kalau disiasat amalan demokrasi di Malaysia pula lagi teruk.  Demokrasi benarkan kebebasan bersuara, ada UMNO benarkan?   Demokrasi izinkan penerbitan bercetak yang menghalalkan perbezaan pendapat, ada UMNO patuhi?   Demokrasi dan undang-undang meminta setiap orang yang dituduh perlu dibuktikan kesalahan; ada ISA UMNO hiraukan.    Demokrasi dan undang-undang negara minta perjanjian dihormati, UMNO buat bagaimana dengan duit royalti Terengganu yang ada lengkap dengan perjanjian.   Undang-Undang menegaskan semua orang sama di sisi undang-undang.    Krisis Rais Yatim dengan Pak Lah Badawi pula mendedahkan adanya unsur pendakwaan terpilih  yang diamalkan oleh  UMNO,  partinya  sendiri.    PM  salahkan  Rais.   Rais salahkan Pak Lah,  semuanya songsang.     Semuanya kacau.         Semuanya tunggang langgang.   Rasuah berleluasa.   Politik wang menjadi-jadi.  Bohsia.  Bohjan.   Budaya puja syaitan.   Black metal.   Artis wanita berjoget di pentas, UMNO kata tak apa dalam Islam.   Zina.  Rogol. Buang anak.   Gedung-gedung judi.   Kronisme.   Nepotisme.   Menghina Nabi.   Menghina ulama’.   Diberi pangkat dan lantikan kepada orang yang tidak layak.  Sumbang mahram.  VCD dan majalah lucah yang tidak dikawal.   Semuanya naik.  Semuanya  meningkat.  Semuanya menjadi-jadi.  Gaji naik sikit-sikit.   Harga barang dan maksiat naik banyak-banyak.   Akhir-akhir ini pula sibuk dengan pemimpin atasan UMNO yang didakwa menjalin hubungan sejenis.   Ada Presiden UMNO minta maaf.    Puteri UMNO diminta duduk diam atau buat saman? Jawablah.    Wang PPRT boleh lesap.  Wang Tabung Haji disonglap.   Wang Amanah Ikhtiar  Malaysia digasak.  Duit Baitulmal Selangor disebat.   Apabila semua kusut dan makin hari makin takut, paksa pula semua kakitangan kerajaan buat akujanji.   Tidak boleh derhaka.  Janji mesti bersyukur kepada kerajaan.   Berkas PAS cukup-cukup.   Pinda Akta Pilihanraya.   Letak syarat-syarat permainan yang tidak lojik dan berat sebelah.   Ikat tangan, kaki, lutut, siku; tutup mata dan mulut lepas itu; baru ajak bertumbuk.   Saling tak tumpah macam yang dibuat kepada Anwar Ibrahim.   Dia  pun mulalah belasah.   Itu pun terketar-ketar takut.   Jangan-jangan kalah. 

         

              Saya nak tanyalah.   Ini semua bermoral ke atau benda apa?   Konon nak dedah rahsia PAS.   Tak payah susah-susah.  Jawab hak ni dulu.   Rakyat nak tahu.   Ini saya hidangkan isu kalau-kalau terlupa.   Rakyat duduk perhati.   Rakyat nak tahu semua ni!    Betul ke PAS yang fitnah atau UMNO yang zalim dan punah.    Semua ni ada kaitan dengan Dato’ Pa selaku Ketua UMNO.   Jawab-jawab!   Kita nak pakat dengar.  Fakta ke auta.

 


www.kelantan.net is managed by: kelantaniklan, tekno associate and public affilliate and world wide web associates