Make your own free website on Tripod.com

Home ]

Amerika di 'Serang' - part II

Back ] Next ]

 

 Amerika Di Serang Bahagian II

 

President George Bush

Osama Bin Laden

US Secretary od State Colin Powell applies his famous military doctrine

Belum pun genap sehari pendirian Colin Powell, Setiausaha Negara Amerika Syarikat yang dibuatnya pada 12 September 2001, keesokan harinya iaitu pada malam 13 September itu juga telah tersebar berita  nama-nama seperti  Marwan Al-Shehhi, 23 tahun dan Mohammed Atta 33 tahun hasil siasatan polis di Germany.  Mereka dikatakan pernah mengikuti pengajian dibidang elektronik di University  Hamburg sebelum menuju ke Amerika Syarikat beberapa bulan yang lalu.  Kedua-dua anak muda berbangsa Arab dan beragama Islam ini dikatakan adalah diantara perampas kapalterbang yang merempuh World Trade Centre di New York.  Di hari itu Powell menafikan kemungkinan penglibatan pengganas dari puak Islam atau berbangsa Arab dengan kata-kata “tidak semesti,” tetapi di awal keesokkan paginya masyarakat dunia telah dipandu dengan berita yang melorong tuduhan untuk singgah kesasaran tradisinya.  Islamlah, siapa lagi?.

 

Lebih jauh dari itu, seorang lagi warga muslim dari UAE telah ditahan untuk soalsiasat di Hamburg.  Seperti yang senang diagak, beliau dinamakan sebagai terlibat dengan gerakan “fundamentalist” Islam yang bekerjsama dalam rangkaian pengganas kearah menjayakan satu misi pemusnahan bangunan-bangunan penting yang menjadi simbol sesebuah kuasa besar.  Lalu dihubungkan pula tangkapan ini dengan sebuah “komplot 50” yang berniat jahat untuk mencetuskan apa yang diistilahkan sebagai “Terrorist D Day” pada hari Selasa berkenaan.  Ketiga-tiga mereka ini dikatakan pernah menjalani latihan pertempuran di Florida termasuk seorang lagi yang ditambahkan dalam senarai yang membawa nama berbunyi Ali Muhammed Al-Darmaki.  Sehingga komentar ini ditulis pada petang 15 September 2001, akhbar-akhbar perdana telah memberitakan seramai 18 orang lagi orang Islam yang disyaki dan telah ditangkap.

 

Tanpa cuba menolak atau mengiakan mereka yang disyaki ini dalam perkaitannya dengan tragedi ini seperti yang dibawa oleh tiupan berita semasa berkenaan; satu soalan yang menimbulkan keanehan ialah semua yang disebut setakat ini nampaknya 100% beragama Islam.  Aneh dan cukup menghairankan.  Tidakkah kemungkinan masih terlalu lebar untuk menuding jari ke dada puak-puak lain?.  Apakah Amerika Syarikat cuma bermusuh dengan orang Islam?.  Apahal dengan penindasan  Amerika Syarikat yang menjadi amalannya di serata planet bumi yang turut memungkinkan lain-lain agama, puak dan suku bangsa untuk diacah dengan agakan dan andaian yang sama.  Kenapa begitu cepat mencekup keempat-empat mereka yang nampaknya setakat ini adalah orang Islam?.  Adakah semua ini sebuah kebetulan?.  Tidakkah ketika asyiknya dunia menuduh puak Islam yang membuat letupan besar di Oklahoma ditahan 1993 yang lalu, rupanya siasatan membuktikan yang kotaraya tersebut dibom oleh rakyat Amerika sendiri.

  New York skyline

Pasukan polis di France juga telah dikerah untuk membuat “prelimenary inquiry” mentang-mentanglah terdapatnya satu komuniti besar bangsa Arab yang muslim di negara itu.  Di Philippines juga, hal yang sama turut dimobilisasi dengan kerjasama erat pasukan FBI dari Amerika.

 

Masyarakat Islam sebenarnya mempunyai asas yang cukup kuat untuk meragui kejujuran Amerika Syarikat kini kerana telah banyak kali dunia dihampakan oleh mereka.  Apa yang dijanjikan sebagai penyelesaian sering berakhir dengan keganasan, korban nyawa dan kemusnahan harta benda.  Dan malangnya lagi yang menjadi mangsa ialah Islam dan umat Islam.  Jika perlu kita buktikan keganasan mereka (Amerika Syarikat) dan Soviet yang lalu, ia boleh dibutirkan melalui kes Perang Teluk, pengkhianatan di Azerbaijan dan Armenia, pembunuhan anak seorang Presiden di Libya dan letupan bom atom di Hiroshima dan Nagasaki seperti berikut:-

 

i.                     Pada 8 Ogos 1990, Amerika Syarikat telah menghantar 40,000 askar kombat bersama dengan beratus-ratus jet pejuang ke Arab Saudi di atas nama mejaga apa yang diistilahkan sebagai “imminent threat” yang mungkin datang dari ancaman Iraq.  Lalu disusuli pula dengan operasi “desert storm” yang melibatkan penghantaran 200,000 troop siap dengan kapal perang serta jet-jet pejuang.

Penglibatan militari Amerika Syarikat dalam krisis Teluk ini dibantah keras oleh China, Iran, Tunisia dan pelbagai pemimpin negara-negara Dunia Ketiga.  Malah ia juga ditegur oleh Presiden Mikhail Gorbachev.  Tidak cukup dengan itu, 12 menteri luar yang mewakili 12 negara Kesatuan Eropah (EU) telah menekankan lagi supaya Amerika Syarikat menunggu langkah secara kolektif melalui “economic sanction” yang diatur oleh PBB dan tidak wajar bertindak secara bersendirian.  

 

Tanpa menunggu restu PBB dan teguran negara-negara anggota, Amerika Syarikat dengan sekutu Baratnya terus menjalankan “naval blockade” untuk melumpuhkan Iraq melalui kegilaan pendekatan “economic sanction”.  Amerika Syarikat dibantu oleh pelbagai armada kapalperang yang dibekalkan oleh United Kingdom, France, Australia dan Canada.  Lihatlah betapa besarnya pengkhianatan tentera Ahzab yang bersekutu untuk sebuah misi yang diistilahkan sebagai “the good versus the evil” oleh Bush lewat semalam.  Sepatutnya keputusan berat seperti ini memerlukan pertimbangan dan restu persetujuan Majlis Keselamatan PBB (UN Security Council) terlebih dahulu selaras dengan kehendak UN Charter.

 

Akhirnya pada malam 1 Rejab 1411 Hijrah bersamaan dengan 17 Januari 1991, disebalik kutukan keras pelbagai penjuru yang membantah hajat Amerika Syarikat dari diteruskan, perang telah dengan agresifnya masih dicetuskan.  Ini dengan jelas menunjukkan betapa biadapnya Kuasa-Besar Amerika Syarikat dengan sekutunya yang telah mengambil kesempatan daripada krisis Teluk.  “Dia” malah “mereka” tahu apa yang akan musnah adalah Islam dan umat Islam.

 

ii.                   Pengkhianatan di Azerbaijan dan Armenia adalah satu lagi contoh klassik.  Kali ini ia dipelopori oleh Rusia.  Soviet telah menghantar tenteranya ke kedua-dua Wilayah untuk membendung kebangkitan rakyat yang mahukan kebebasan.  Persitiwa ini berlaku pada awal bulan Jamadil Akhir 1410 Hijriah bersamaan dengan bulan Januari 1990.  Langkah tersebut telah menyebabkan kematian beratus-ratus jiwa orang awam khususnya orang Islam yang tidak berdosa semata-mata kerana mereka mahu bebas dari cengkaman komunisme.

 

Ketika kebangkitan yang sama berlaku di Eropah Timur, pihak Soviet tidak menghantar tenteranya atau mengarahkan tentera-tenteranya yang berpengkalan di negara-negara Pakatan Warsaw untuk bertindak.  Sebaliknya langkah kekerasan diambil terhadap rakyat wilayah Asia Tengah yang majoritinya adalah muslim.

 

Jika Presiden Mikhail Sergeyevich Gorbachev benar-benar jujur dengan dasar glosnost (keterbukaan) dan perestroika (penyusunan semula), maka adalah wajar rakyat di Wilayah Asia Tengah diberi kebebasan yang sama untuk menentukan sendiri masa depan mereka yang berugama Islam.

 

iii.                  Hiroshima dan Nagasaki yang musnah sehancur-hancurnya dipenghujung Perang Dunia KeDua adalah satu lagi angkara Yahudi yang diratapi oleh seluruh dunia.  Dunia berkabung dari dahulu hingga kini setelah kesan habuk bom atomnya membunuh dan menyiksakan berjuta-juta nyawa.  Kecelakaan yang menemui Amerika diminggu lalu dianggarkan hanyalah sekitar 5 peratus dari kesengsaraan Hiroshima dan Nagasaki.  Mustahil Amerika Syarikat mahu mengubah sejarah pengkhianatannya keatas bangsa manusia.

 

iv.               Sebuah letupan misteri yang meragut nyawa anak seorang Presiden di Libya adalah sebuah lagi  cerita ngeri sabotaj  kuasa besar yang begitu “blatant”.  Anak Presiden Muammar Ghadaffi yang menjadi mangsa sampai kini tidak diketahui siapa pembunuhnya.  Benarkah begitu atau ada jawapan yang sengaja diberikan penggelapan!.

 

Tidakkah cukup dengan empat peristiwa tersebut tajaan Amerika Syarikat dan Rusia untuk membuatkan kita menjadi lebih memahami apa yang tersirat dari yang tersurat?.

  The Pentagon

Sementara rancaknya usaha untuk mengaitkan orang Islam dengan tragedi tersebut, salahkah jika ada satu “contrary view” yang mengandaikan adanya dalang yang menggunakan kumpulan terrorist selain dari Islam bagi mencetuskan usaha berdarah ini?.  Mereka mungkin membayar khidmat profesional dari KGB atau lain-lain agensi “intelligencia”.  Melihatkan cara kerja koordinasi yang begitu tersusun, kemungkinan agak tipis untuk menjangkakan yang ‘mereka’ tidak dipimpin oleh satu pasukan strategik yang bertaraf pakar.  Tahap “military precision” diakui ramai sebagai amat bertaraf tinggi.  Mencukupikah dengan peralatan pisau poket dan pemotong kotak semata-mata untuk sekumpulan pengganas dapat menjayakan satu rempuhan raksaksa di tengah-tengah kota raya New York, Washington atau bangunan Pentagon yang sophisticated dan supra-sensitif itu?.  (Ini cuma analisis.  Hanya Allah s.w.t. sahajalah yang maha mengetahui apa yang sebenarnya).

 

Dalam meninjau kemungkinan ini, ada berita tersebar dalam teknologi maya mengesahkan bahawa empat minggu yang lalu, sebuah memo dalaman intellegence Amerika Syarikat ada mengingatkan tentang telah wujudnya ancaman keganasan dari Israel yang mungkin akan dicetuskan di Amerika.  Ia bertujuan untuk memalingkan pendapat massa agar melihat puak Palestine Arab sebagai punca segala-galanya lalu membuka “lampu hijau” untuk sebuah serangan militari besar-besaran dapat dilakukan ke atas penduduk Palestine dan masyarakat/umat Islam secara amnya.  Teori ini selaras dengan catitan Thomas Woodrow dalam komentar beliau yang termuat  di Washington Time.  Amat tidak mustahil untuk pasukan intelligence Mossad Israel turut terlibat apabila Israel pernah disahkan dalam menganjurkan “covert operation” yang meletakkan King David Hotel di Tel Aviv  sebagai sasaran pemusnahan, USS Liberty, pembunuhan seorang UN envoy berbangsa Scandinavia serta usaha-usaha intipan berniat jahat (espionage) ke atas Amerika Syarikat semasa kes Jonathan Pollard suatu ketika dahulu.  Ini sudah menjadi sejarah dan memang telah berlaku.

 

Kemungkinan ini menjadi semakin munasabah apabila dilihat buruknya persepsi massa mengenai imej Israel sejak sebelas (11) bulan yang lalu.  Israel yang dikritik hebat dalam sidang PBB di Durban hasil kerja keganasan luarbiasanya memang memerlukan pemulihan citra yang segera.  Pandangan dunia perlu dipalingkan ke objek lain untuk dilihat sebagai ganas.  Lantaran itu jugalah Amerika Syarikat telah mengisytiharkan sebuah amaran keras kepada semua pegawainya di White House atau lain-lain agensi risik supaya tidak sekali-kali membocorkan apa jua penemuan hasil dari siasatan mulai sekarang.  Ini apa erti?.

 

Afghans flee KabulDengan kemungkinan ini, “blackout” berita akan masih meletakkan Afghanistan sebagai sasaran dan Islam sebagai agama extremist yang perlu dihukum.  Israel khususnya dan Amerika pada umumnya akan terlepas dari stigma “pengganas”  yang terpindah gelarannya kepada puak Islam di Palastine atau di Kabul atau di Baghdad atau di mana-mana dengan tragedi serangan pada 12 September yang lalu.  Lalu disahutlah nanti   gesaan ini dalam peralihan paradigma yang cukup diplomatik hasil perencanaan mossad dan zionist antarabangsa.  Cukup rapi, licik dan kelihatan amat “real”.  Dalam kemuncak kepercayaan baru yang berjaya diyakinkan nanti, negara-negara umat Islam termasuk pejuang dan daeinya akan dihalalkan penghapusannya di mana-mana.  Jika tidak oleh Amerika Syarikat sekalipun, ianya akan disempurnakan oleh proxy-proxynya.

 

Dalam cahaya latarbelakang inilah rayuan Presiden Afghanistan, Burhanuddin Rabbani dan puak Taleban pada 15 September 2001 supaya dunia jangan terlalu terburu-buru menuduh sesiapa tanpa selesainya sebuah siasatan yang rapi dan adil harus diberikan perhatian.

 

Pendirian Presiden Bush yang mula mengeluarkan kata-kata berbunyi dendam dan menyifatkan insiden kecelakaan pada 12 September 2001 itu sebagai sudah bersifat aksi perang (an act of war) dan bukan lagi aksi keganasan (an act of terrorist) adalah sebuah signal kesediaan untuk bertindak balas.  Dalam menggambarkan respond tersebut yang bakal dibuat nanti, Bush melakarkan sebuah peraturan yang penuh tanda tanya berbunyi “pergelutan ini nanti akan meletakkan sebuah tugu berasaskan kebaikan menentang kejahatan tetapi kebaikan akan mengatasi. Dalam kata-katanya yang tepat ia berbunyi, “this will be a monumental struggle of good versus evil, but good will prevail.”

 

Apa yang baik dan apa pula yang jahat adalah satu hal yang kelihatan objektif bagi Amerika tetapi mungkin amat subjektif pula bagi negara-negara yang pernah menjadi mangsa kepada kezaliman kuasa Dunia itu.

 

Pada hari Jumaat 14 September 2001 sahlah sebuah dilema yang dihadapi oleh Dunia apabila Amerika Syarikat mula sibuk menjalankan jarum pengaruhnya untuk membentuk sekutu dari negara-negara Asia, Eropah, pakistan dan Timur Tengah untuk bersamanya dalam melancarkan “holy war” ke atas kumpulan yang disyaki dan negara yang dikira memberi perlindungan.  Sasaran yang dituju sudah boleh diagak iaitu tidak lain dari Kabul yang serba miskin dan serba mundur.  Di sana ada kerajaan Taleban dan di sana juga dipercayai ada ‘seorang’ yang sangat didendami iaitu Osama Ben Laden yang dituduh meletupkan dua (2) kedutaan Amerika Syarikat di Afrika.  Di sana juga ada sehimpunan umat Islam yang begitu kental, yang pernah memalukan kerajaan Soviet Russia dengan menghadiahkan sebuah kekalahan.  Afghanistan amat cukup syaratnya untuk dimusnahkan.  Di atas “pretext” untuk memburu pengganas, Amerika Syarikat dengan Sekutunya akan menggunakan pasport antarabangsanya untuk mengganyang Kabul menjadi abu.

  Afghans

Dunia Islam di serata entiti kini berdepan dengan pilihan yang cukup terhad dan bersifat putih hitam.  Memilih untuk bersama Amerika Syarikat akan bererti menghalalkan setiap mangkuk dari darah saudaranya untuk dihirup oleh Washington di atas nama sebuah dendam.  Manakala jika mengambil sikap berpihak kepada Afghanistan tentunya akan berdepan pula dengan hukuman dari kuasa Dunia itu.  Sanction dalam pelbagai bentuk akan menyusuli dunia Islam.  Apapun jua, segala penentuan perlu dibawa ke meja bundar Bangsa-Bangsa Bersatu.  Sehabis boleh ialah untuk tidak committed dengan sesiapa  dengan mengambil pendirian berkecuali.

 

Undian melalui ketetapan Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu perlu dijalani terlebih dahulu sebelum sesiapa jua boleh disahkan untuk diserang.  Amerika Syarikat tidak boleh mengambil alasan dengan mengatakan pengganas pun tidak bertanyakan Badan Dunia itu untuk melakukan serangan.  Lainlah jika Washington juga pengganas atau mungkin telah lama menjadi pengganas!.

 

Bercakap tentang keganasan, ada dilapurkan bahawa kurang dari 24 jam serangan ke atas Pentagon dilancarkan, yakni pada 11 September 2001, PBB telah bersidang mengenai hal yang sama.  Sebanyak 12 ketetapan yang telah menjadi  “convention” telah dikenal pasti pernah diputuskan melalui PBB yang menentang  “international terrorism”.  Bagaimanapun, Amerika Syarikat enggan untuk mengesahkan (ratify) kedua-dua belas convention dan perjanjian tersebut.  Ini memungkinkan telahan dibuat keatas Amerika Syarikat  yang “dia” juga tidak kisahkan sangat tentang ancaman keganasan yang dihadapi oleh dunia kerana Kuasa Besar itu pun bimbang yang “dia” juga termasuk dalam kategori pengganas.  Kini apabila Washington diganasi sehari selepas itu barulah dia sedar tentang pentingnya keganasan dihentikan dan pihak yang mengganas perlu menerima hukuman.  Soalnya, apahal dengan insiden-insiden keganasan yang tercetus di seluruh dunia sebelum ini?.  Sejak dari 1948 sampai kini, bumi Palestine tidak pernah kering darah rakyatnya dari ditumpahkan. Terdapatlah puluhan perjanjian damai yang ditandatangani di sana sini dan disusuli pula dengan pelbagai misi damai, tetapi tidak satupun yang kelihatan menjadi.  Apakah ini disengajakan?.  Darah umat Islam dilapkan dengan tuala tebal untuk diperah kembali ke baldi kezaliman!.  Dan Amerika Syarikat adalah Amerika Syarikat!.  Bantahan demi bantahan tidak membawa erti apa apa.

 

Walaupun komuniti antarabangsa boleh bersetuju dengan pendirian Setiausaha Agung Bangsa-Bangsa Bersatu Kofi Annan yang menyifatkan serangan ke atas Washington tiga hari lepas sebagai “aksi” keganasan yang terbuka” (deliberate acts of terrorism), tetapi dunia Islam masih sangsi dan terus tidak percaya dengan sikap ini.  Ia sentiasa tidak konsistant.  Tiba di perut di kempiskan dan tiba di dada dibusungkan.  Keganasan pahit yang dilalui oleh umat Islam di Bosnia amat jelas tentang keadaan layanan berbentuk mak tiri ke atas anak tiri yang menjadi amalan Amerika.  Dunia tentu masih belum lupa bagaimana bergelimpangannya mayat kanak-kanak dan orang awam yang tidak berdosa apabila berdepan dengan lontaran bom-bom kimia baik di Kabul atau di Baghdad.  Untuk mengajar Saddam yang menyerang Kuwait adalah satu hal yang mungkin kita boleh bersetuju tetapi dunia tidak pernah mengizinkan Amerika Syarikat mengganas semahu-mahunya hingga diluar kawalan kemanusiaan.

 

Entahlah! Walaupun menganalisis tragedi kemusnahan Pentagon ini agak menarik tetapi ia tetap membawa dunia kepada suatu suasana murung justeru ketiadaan formula tetap khususnya mengenai takrif pengganas dalam menghadiahkan keadilan bagi memelihara keamanan dunia.  Badan dunia yang diberi mandat untuk tujuan ini pun telah banyak kali dicemari oleh tangan-tangan veto Kuasa Besar dan sekutu-sekutunya.  “Grand design” yang mungkin berpunca dari dendam Perang Salib dan sikap anti Islam yang berkurun-kurun rupanya dalam banyak hal nampaknya masih menjadi latarbelakang konflik Islam – Non Islam yang begitu mendalam.  Buat kita, umat Islam, sepotong maksud dari penegasan Allah s.w.t. yang bermaksud:-

 

Rashediya Grand Mosque in Dubai Friday Sesungguhnya kamu dapati orang-orang yang paling keras permusuhannya terhadap orang-orang yang beriman ialah orang-orang Yahudi dan orang-orang musyrik.  Sesungguhnya kamu dapati yang paling dekat persahabatannya dengan orang-orang yang beriman ialah orang-orang yang berkata : “Sesungguhnya kami ini orang Nasrani”.  Yang demikian itu disebabkan kerana diantara mereka itu (orang-orang Nasrani) terdapat pendeta-pendeta dan rahib-rahib, (juga) kerana sesungguhnya mereka itu menyombongkan diri”.                                                  Surah : Al-Maidah, Ayat : 82.

 

Mungkin amat releven untuk direnungi bersama.

 

Menyinggung sedikit tentang Malaysia, rakyat dengan penuh debaran ingin mendengar pendirian Perdana Menteri tentang sikap Amerika Syarikat terkini.  Mungkinkah dengan baru mengistiharkan Malaysia sebagai Negara Islam kira-kira sebulan yang lalu, 70 ulama muktabar yang kononnya bersama dengan UMNO  dan begitu bertungkus-lumus mengIslamkan negera ini boleh bersetuju dengan langkah Amerika Syarikat menghalakan muncung meriam dan “rocket launchernya” ke Afhganistan.  Halalkah sebuah negara Islam bersekongkol dengan kuasa kuffar untuk menumpahkan darah saudara seIslamnya di Afghanistan. 

 

Jika SUHAKAM dikeji dengan tuduhan terlalu terpengaruh dengan Barat, rakyat nak tengok dalam isu ini adakah kerajaan kita juga akan terpengaruh dengan Barat yang mungkin memilih bersama Amerika Syarikat untuk menghukum Afghanistan.

Ini semua cukup menarik untuk diikuti dan di perhatikan.

 

  Downtown Manhattan after the disaster

 

Annual Bakhri bin Haron

Setiausaha Politik

Menteri Besar

Kelantan

27 Jamadil Akhir 1422

15 September 2001

 


Bravenet.com

www.kelantan.net is managed by: kelantaniklan, tekno associate and public affilliate and world wide web associates