Home ]

Bermulanya Politik Nik Abdul Aziz Nik Mat

Next ]

 

Bermulanya Politik Nik Abdul Aziz Nik Mat (The Living Legend - DOA - Long Live Tok Guru)

Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat telah menjadi Menteri Besar kelantan semenjak kemenangan besar PAS di dalam pilihanraya umum di Kelantan pada tahun 1990.

"Sebenarnya kalau ditanya jiwa halus saya, saya tidak hendak jadi Menteri Besar. Apa yang saya hendak ialah saya menumpang berdakwah di atas dunia Allah Ta'ala ini," katanya.

Guru Agama bersuara perlahan dan berwajah lembut yang telah dimakan usia itu merupakan Mursyidul Am PAS. Beliau mengetuai Majlis Syura Parti Islam SeMalaysia iaitu badan tertinggi yang menjadi pengawal kepada dasar-dasar parti.

"Pengajian saya di luar negara ialah mengenai sistem kehakiman syarak.Dalam kepala saya ketika itu, tak adalah kerja saya melainkan saya balik menjadi guru kampung atau menjadi kadi dan mufti,"katanya kepada wartawan.

Tetapi penangkapan beberapa guru agama di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) pada tahun 60-an telah mengubah Nik Ab. Aziz. Beliau masuk PAS tiga hari sebelum menjadi calon pilihan raya kecil Parlimen Pengkalan Chepa 1967 kerana marahkan tindakan itu.

 


Bravenet.com

www.kelantan.net is managed by: kelantaniklan, tekno associate and public affilliate and world wide web associates