Home ]

Wawancara Mingguan Malaysia

Back ]

 

Petikan dari wawancara Datuk Nik Abdul Aziz bersama Mingguan Malaysia

Mingguan Malaysia: Pertembungan UMNO dan PAS seakan-akan tiada akhirnya. Tidak bolehkah orang seperti Datuk memulakan inisiatif untuk merapatkan dua buah parti orang Melayu-Islam ini?

NIK AZIZ: Tidak ada perkara yang terpaku dalam kepala saya selain untuk menyatukan orang melayu sebagaimana Nabi Muhammad sendiri menyatukan orang Arab dan menyatukan manusia-manusia di atas muka bumi. Nabi Muhammad kata kita semua ini hamba Allah, dan inilah asas politik Islam. Tuan-tuan mesti berabdi kepada Allah. Yang sibuk sekarang ialah manusia mengabdikan sesama manusia.

Timbul masalah PAS dan UMNO ini ialah UMNO hendak megabdikan manusia kepada manusia, tidak untuk mengabdikan manusia dengan Allah. Sebab itu dasar kami ialah Islam, ertinya kami hendak tarik manusia, bukan sahaja Melayu, ertinya manusia Cina, India balik kepada Allah. Ekonomi kita mesti turut kepada Allah, rumahtangga kita mesti turut kepada Allah, politik kita mesti turut kepada Allah. Ini kerana kita hamba, bukan Tuhan.

Orang bila dia duit banyak sikit, pengaruh dan pangkat banyak sikit, mula dia hendak ambil alih kerja Allah. Sebagaimana Allah, dia mesti dihormat, mesti disembah, mesti didengar kata-kata. Manusia yang menggunakan dasar sekular ini hendak ambil tangan Allah. Islam tidak benarkan, ia tidak kena.

petikan dari Mingguan Malaysia Ahad 7 February 1999

 


Bravenet.com

www.kelantan.net is managed by: kelantaniklan, tekno associate and public affilliate and world wide web associates