Home ]

 

CATATAN SEMASA MINDA TOK GURU - released:()

Minda Mursyidul Am 

UMNO IKUT CARA TERTENTU 

                UMNO sering mengulangi alasan berbuat sesuatu kerana ada cara tertentu.   Masa nak pulih ekonomi pun ada cara tertentu.   Masa nak tarik penerbitan KDN pun cara tertentu.   Masa nak sekat ceramah pun cara tertentu.   Masa nak wujud ISA pun cara tertentu.   Masa nak tahan orang tanpa bicara pun cara tertentu.   Masa nak caj Anwar Ibrahim pun cara tertentu.   Masa tumbuk dia pun cara tertentu.   Masa nak tubuh Suruhanjaya Penyiasatan pun cara tertentu.   Masa nak usung tilam di Mahkamah pun cara tertentu.  Masa nak namakan KMM pun cara tertentu.   Masa nak cari ahli KMM dan tuduh mereka pun cara tertentu.   Masa nak punggah mereka ke Taiping pun cara tertentu.   Masa nak beri royalti kepada Terengganu pun ikut cara tertentu.   Masa nak tarik royalti pun ikut cara tertentu.  Masa nak lewat-lewatkan pemberian geran wajib kepada Kelantan pun ikut cara tertentu.   Masa nak buang perkataan Islam pun ikut cara tertentu.   Masa nak isytihar Negara Islam pun ikut cara tertentu.   Demikianlah cara tertentu UMNO.    Semuanya ikut cara tertentu biar pun memijak demokrasi dan mengingkari hak-hak asasi manusia seperti yang dijamin oleh Perlembagaan Negara.

 

          Sekarang, dalam menyokong pendirian Pengerusi SUHAKAM yang mahu meletakkan demokrasi dan hak asasi manusia sebagai tersenarai di belakang dalam suasana menentang keganasan, sekali lagi UMNO/BN mengulangi cara tertentu atau cara tersendirinya. 

 

            Kalau beginilah stailnya, demokrasi apa!   Jelaslah demokrasi kita tidak lengkap.    Perlu cara tertentu pula untuk melengkapkan demokrasi.   Inilah punca orang memberontak.    Orang demonstrasi.  Nak suraikan perhimpunan, sembur  air asid, pukul orang dan macam-macam  -  ikut cara tertentu.

 

          Ibu bapa susah payah didik anak untuk sampai ke Universiti.   Di Universiti diajar tentang Islam, keadilan, amanah, kebenaran, kejujuran, hak asasi manusia, demokrasi, perjuangan, menentang kemungkaran, memilih pemimpin yang terbaik, keluhuran perlembagaan, kesusilaan, ketaatan, dan pendurhakaan.   Bagi pelajar Islam, semua ini menentukan seseorang itu ke Syurga atau ke neraka.   Itulah akhirnya.   Apa erti mengaji tinggi-tinggi.   Lepas dapat keputusan, dapat sijil, tampal di dinding.   Kemudian, bila bekerja dan jadi pemimpin atau rakyat  -  ilmu yang dipelajari letak ke tepi.   Masa praktikal dalam hidup, kita atau mereka buat ikut suka hati, ikut cara tersendiri, ikut cara tertentu.   Saya nak soal, cara tertentu, cara tertentu itu apa dia kalau tidak ikut nafsu.   Dah kalau tidak ikut ilmu, ikut nafsulah tu namanya.   Tak boleh pergi ikut lain.

 

          Islam ajar kita memerintah guna kasih sayang.   Kasih mesra.  Tegakkan makruf.   Tentang kemungkaran.   UMNO guna ugut, gari, paksa dan kuasa.   ISA yang tahan tanpa bicara, tahu-tahu orang masuk jel  -  itulah ugut namanya.   Itulah jenis paksa namanya.   Orang latih rakyat kasihkan kerajaan  kerana  kerajaan  tidak  khianat.    Tidak  khianat  kepada  rakyat.  

 

Jaga hukum Allah.   Bukan putar belit hukum Allah.   Sengaja kadang-kadang tu kelirukan hukum, baca sebahagian sembunyi sebahagian.   Habis rakyat pening.   Tahu-tahu wajib patuh kepada kerajaan.     

 

Sebab itu Nabi kita S.A.W. tiada masalah.   Dia miskinpun orang sayang.   Orang tidak memberontak.   Orang fitnah dan lawan dia kok belakang; adalah.   Musuh dia buat zalim pada dia; adalah.   Tapi dia tetap tidak zalim, hinggalah dapat buka Kota Mekah.   Masa jadi orang yang berkuasa sepenuhnyapun, Baginda tidak pernah zalim.  Dia isytihar Negara Islam, orang boleh terima.   Inilah Islam.   Buat seperti Quran dan Hadith Baru boleh panggil Negara Islam.   Pemimpin Islam.

Sikit-sikit cara tertentu.   Cara tersendiri.   Cara itulah yang biasanya cara yang bukan Islam.   Cara yang kurang Islam.   Cara yang ikut…

 

 

Pejabat Menteri Besar Kelantan

Kota Bharu.

Tarikh:20 Syaaban 1422 / 6 November 2001 

 


Bravenet.com

www.kelantan.net is managed by: kelantaniklan, tekno associate and public affilliate and world wide web associates