Home ]

30okt2001

Back ] Next ]

 

CATATAN SEMASA MINDA TOK GURU - released:(30okt2001)

 

 

HARAM TAZKIRAH SELEPAS TARAWIKH?

 

          Tidak boleh tazkirah selepas Sembahyang Tarawikh.   Begitulah bunyi arahan seperti yang dimuatkan dalam laporan akhbar pada 30 Oktober 2001.  Pelik sungguh bunyinya.

 

          Quran inikan jenis zikir.   Berzikir ialah mengingati Allah.   Banyak ayat-ayat yang membawa maksud ini.   Ia adalah seperti Ayat dalam Surah  Az Zariyaat 55, Al Kahfi 57 dan Ayat dalam Surah  Al Ghaasyiyah 21 – 22.   Dah menjadi tabii Islam yang sebati antara ayatnya dan pengertian dari maksud ayatnya.   Kita di Kelantan memang galakkan semua masjid dan surau membuat tazkirah dari ayat-ayat Quran yang dibaca pada setiap malam di sepanjang Bulan Ramadhan.   Tujuannya ialah untuk memberi kefahaman tentang pengajaran ayat yang dibaca pada malam itu.   Begitulah untuk malam-malam berikutnya.   Mana ruginya?   Gunakan apa juga saluran untuk mengembangkan Islam.    Ini takutkan Islam pula.   Nampaknya begitulah.   

Keldai hanya pandai memikul Quran diatas belakangnya tapi sedikitpun tidak tahu akan kandungan dan dan maksudya. Jangan kita jadi macam keldai ini sudahlah!.

Kalau tidak beri ilmu melalui tafsiran ayat dalam majlis tazkirah, bagaimana lagi?    Sampai masjid dan suraupun nak diberkas.   Ceramah agama ditutup.   Akhbar yang membicarakan Islam disekat.   Orang berhimpun nak serah memorandum disembur.   Umat Islam nak Sembahyang Hajat di Kedutaan Amerika dihalau.   Nak tazkirah di masjid memahami Ayat Quran dilarang.   Jika tidak dapat dibuat tazkirah semasa Sembahyang Tarawikh, dah, cuba cakap dimana lagi?  Di padang? Di bawah pokok kelapa?   Semua tak boleh!  

Negara Islam macam mana ni yang tidak izin bertazkirah mengenai Islam. 

  Islam boleh.   Memahami Islam tidak boleh.   Zikir boleh.   Memahami erti zikir tidak boleh.   Baca Quran dan taddarus boleh.   Memahami dan mengupas maksud tafsiran ayat-ayat yang dibaca tidak boleh.  

Islam jenis apa ni?  

 

Pejabat Menteri Besar Kelantan

Tarikh: 13 Syaaban 1422/30 Oktober 2001

Back ] Next ]

 


Bravenet.com

www.kelantan.net is managed by: kelantaniklan, tekno associate and public affilliate and world wide web associates