Home ]

06nov2001

Back ] Next ]

 

CATATAN SEMASA MINDA TOK GURU - released:(06nov2001)

Minda Mursyidul Am 

PINDAAN PERLEMBAGAAN NEGERI TERENGGANU

BOLEH ATAU TAK BOLEH?

Kata Karpal Singh:

“Malah dalam undang-undang, Malaysia adalah negara sekular, dengan Islam sebagai agama rasmi.”(Utusan Malaysia:  Rabu 27 Mac 2002  -  Muka surat 2)

Karpal sandarkan hujah beliau berdasarkan sekatan Perkara 4 dan Perkara 75 Perlembagaan Persekutuan.   Betul sungguh begitu.

Mengikut undang-undang bermakna mengikut Perlembagaan Malaysia.   Perlembagaan Persekutuan yang digubal dan dipertahankan oleh UMNO sebenarnya yang menghalang Hudud daripada dilaksanakan.

Karpal Singh bukan melawan Hudud cuma beliau mengatakan bahawa Perlembagaan Sekular kita inilah yang menghalang pelaksanaannya.

          Orang Islam jangan lemah semangat, Perlembagaan boleh dibaiki.   Ia boleh dipinda tetapi jika Malaysia masih dibawah UMNO yang sekular maka selama itulah Islam tidak dapat dilaksanakan dalam erti kata yang sebenarnya.     Islam yang syumul mesti menerima segala undang-undang dan peraturan yang ditetapkan oleh Allah S.W.T.

          Bila kerajaan sekular dan perlembagaan pun sekular maka masa depan kita di akhirat kelak akan terletak atas  diri masing-masing.   Tidak akan ada pembelaan daripada kerajaan.   Maka apa erti kita ada kerajaan.   UMNO isytihar Negara Islam tanpa perubahan.   Ini Islam cara UMNO, bukan Islam cara Rasulullah S.A.W.   Dakwah apa dan Islam jenis apa?  Kalau dah Islam lebih rendah daripada undang-undang dan peraturan ciptaan manusia,   Islam jenis dia lah tu!

Pejabat Menteri Besar Kelantan

Kota Bharu.

Bertarikh:13 Muharam 1423/27 Mac 2002

Back ] Next ]

 


Bravenet.com

www.kelantan.net is managed by: kelantaniklan, tekno associate and public affilliate and world wide web associates