Home ]

10apr2002

Back ] Next ]

 

CATATAN SEMASA MINDA TOK GURU - released:(10apr2002)

Minda Mursyidul Am

PETALAWATI : NIK AB. AZIZ JAWAB KU LI

Suka juga main dengan orang lama bekas Presiden Semangat 46 ulas mengenai masih ramai rakyat Kelantan tak dengar cakap Menteri Besar.  Mudah saja bendanya.   Kalau matlamat nak kumpul orang berarak sampai 30,000 orang misalnya, tiba-tiba hak datang sungguh adalah 1,000 saja, maka 29,000 orang lagi apa dia?  Itu contohnya.   Doh, yang berarak sungguh dari Pengkalan Kubur ke Pasir Mas dan ke Kota Bharu sampai ke 1,000 orang?   Yang keluar jenguk jauh-jauh tu kerana nak tengok barang pelik.   Kereta accident tengah jalan  ramai orang berkumpul juga.   Tidak pula bermakna orang sokong accident.

          Kedua, saya ni jenis Ustaz ...  Kalau kita semua orang mukmin, tentulah kita suka pesan benda-benda berbuat kebajikan dan menyampaikan pesan supaya orang hentikan kemungkaran dan kerja tidak berfaedah.   Saya nak tanyalah.   Buat patung burung sampai habis RM30,000.00 tu kerja makruf ke atau kerja membazir?   Duit habis, masa terbuang, rakyat tinggal kerja buat  -  silap-silap syirik pula kepada Allah S.W.T.   Ingatkan tak kena soal kah di hadapan Allah S.W.T. di akhirat?   Cuba jawab?    Kalau ambil RM30,000.00 itu buat rumah untuk janda miskin anak 10 tentu lagi baik, lagi mulia.    Bagi orang beragama, sampaikan nasihat itupun sudah dikira berjaya.   Orang ikut tak ikut, dia sudah dapat pahala penuh atas usaha itu.

Ketiga,   kalau nak sukat orang ikut tak ikut, dadah tu ditegah oleh Kerajaan Pusat sudah berpuluh tahun.   Sudah berapa puluh atau ratus juta ringgit habis tapi orang tak dengar juga.   Saya mudah saja.   Dengar tak dengar, rakyat nampaknya faham kerja arak patung tu kerja sia-sia.   Bunyi riuh-riuh nya jenguk lah sebentar.

Kita dah masuk alaf baru.   Setengah orang masih nak undur lagi ke belakang.    Majulah sikit ke depan.   Benda mitos, khurafat yang kononnya dunia dan negeri ini terletak buruk baik nasibnya di paruh seekor burung tentunya benda khayal.    Barang tak masuk akal.   Kalau ye pun nak main politik, pilih tempatlah.

Kita tua, fikirlah cara orang tua.   Jangan ikut sangat alak budak-budak.    Yang malunya kita.

Pejabat Menteri Besar

Kelantan

KOTA BHARU.

Bertarikh:27 Muharam 1423 / 10 April 2002

 

Back ] Next ]

 


Bravenet.com

www.kelantan.net is managed by: kelantaniklan, tekno associate and public affilliate and world wide web associates