Home ]

22apr2002

Back ] Next ]

 

CATATAN SEMASA MINDA TOK GURU - released:(22apr2002)

Minda Mursyidul Am

 “KELANTAN TIADA PEMBANGUNAN”  PULAK!

Pah satu, satu.   Pah satu, satu.   Puas ratib PAS ganas,  balik semula kepada PAS tiada pembangunan.   Hok Tok Pa kata tu perkara sama yang diulang.   Jenis “ratib  hak sedia”  Jawab pun tak faham-faham.  Ke tak baca tak tahulah. 

          Orang dah jawab, pembangunan dimana-manapun dibuat oleh 3 pihak iaitu:  i)  Pusat,  ii)  Negeri dan iii) Swasta.    Hok dia duduk sebut empat lima projek itu:   itu dah kira sebahagian dari pembangunan dah tu.   Hok nampak kurang maju sebab Pusat yang sengaja tidak beri peruntukan.   Mana ada Kawasan Bebas Cukai cukup dengan isytihar.   Mana peruntukan untuk bangunkan infrastruktur.   Kenapa tak bagi ke Rantau Panjang dan Pengkalan Kubur seperti yang diberi kepada Langkawi.   Ini terang-terang diskriminasi.  Begitu juga dengan Pelabuhan baik di Tanjung Pelepas, atau Klang, atau Pasir Gudang atau Tanjung Berhala atau Kemaman.   Semuanya datang dari komitmen Pusat dan tidak sangat dari Peruntukan Negeri.  Soalnya jika Pusat boleh curahkan berbilion-bilion wang ke Negeri-Negeri Selangor, Johor dan Pahang, kenapa tidak diberi layanan yang sama kepada Kelantan kalau tidak kerana diskriminasi?   Nak tunggu UMNO menang dulu ke atau bagaimana?  Rakyat tu la jaah.   Orang Islam itu lah dan orang Melayu itu lah.   Tangguh dan lambat-lambatkan  -  itulah  diskriminasi  namanya. 

Kenapa Kelantan ditolak dari masuk pembangunan zon eksklusif IMTGT?   Kenapa saluran paip gas yang sepatutnya mendarat di Pantai Senok dilarikan ke Songkla, terpaksa redah bukit, redah hutan rimba dengan kos yang berkali-kali ganda untuk sampai ke Kuala Kedah dan Changloon?    Semuanya semata-mata untuk mengepung dan menyekat segenap faktor yang boleh menguatkan Kerajaan Negeri Kelantan.   Kenapa lambatkan geran wajib hampir setiap tahun, kalau tidak mahu ganggu “cash flow” kita.   Buktinya amat mencukupi.  Tak ada cara untuk kita bersangka baik dari gerak geri dan tindak tanduk mereka. 

Bagaimanapun kita masih bangun juga tapi cara kitalah.   Slow tetapi steady juga.   Pelancong makin meningkat juga.   Hotel 5 bintang dah ada 3 di Kota Bharu.   Ada resort, ada chalet, ada bazar, dan bangunan pencakar langit, ada taman rekreasi, ada bandar baru,  ada jalan raya, ada lebuhraya, ada pasaraya, ada masjid, ada musalla, ada hospital, ada sekolah, ada Jambatan Tendong, Jambatan Salor, Jambatan Dabong, ada private medical centre, ada bermacam-macam.   Pendeknya apa yang ada di sana, ada lah di sini.    Cuma kita tidak ada tol, tidak ada judi, tidak ada night club, tidak ada kabaret. 

Siapa yang buat; swasta ke siapa ke itu tidak penting.   Ia berlaku di Kelantan maka dia membangunkan Kelantan.   Maka Kelantan sedang membangunlah tu.   Bukan payah sangat.         

Kalau kata itu pihak swasta.   Baiklah.    Cuba senaraikan saya semua projek besar-besar di Kuala Lumpur seperti Putra LRT, STAR, Hotel,  Resort,  kilang  itu  dan  ini  yang  buat bangunan tinggi-tinggi, estet  perumahan,  Indah Water, MAS  di udara,  MISC  di laut   -  semuanya:  itu kerajaan atau swasta?    Kalau jawabnya swasta, maka duduk diam-diam sudahlah.   Serupa jah.   Kerajaan cuma coordinate.   Cuma selaras.   Cuma adakan dasar.   Adakan strategi dan langkah ke arah memajukan lagi. 

Nak kata, Kelantan tiada strategi, itu orang panggil cakap bohong namanya.   Dato’ Pa perlu semak dan cakap macam orang yang ada ilmu.     Bukan ikut hentam suka-suka.   Jagalah sikit maruah sebagai bekas Timbalan Menteri dan Penasihat Ekonomi.

           Kelantan tak ada dasar dan strategi macam mana apabila saya pernah minta 3 benda daripada Perdana Menteri seawal pada pagi 9 Ogos 1991.  Masa tu, Tok Pa entah jawatan apalah ketika itu.   Benda yang saya bincang,  bahas,  minta,  runding  apalah  nak  nama  (ikut  sukalah)   i)  Tok Bali,   ii)  Sebuah Pelabuhan di Kemasin dan  iii)  Pembesaran Lapangan Terbang yang ada sekarang.   Kita sudah dapat tengok 2 sedang berjalan.   Tinggal satu lagi iaitu pelabuhan.   Tak apalah perlahan-lahan.   Ini strategi lah tu. 

          Kerajaan Kelantan juga sudah ada Pelan Pembangunan Strategik Negeri dari tahun 2000  -   2010.    Ini dibawa EXCO dilulus, dijadikan dasar dan garis panduan.   Hala tuju lah tu.   Dalam belanjawan tahunan pula, kita ada strategi dan tekanan-tekanan sektor secara khusus mengikut keupayaan dan pertumbuhan ... tak payahlah saya ajar Tok Pa pula. 

Soal tak tercapai atau tercapai separuh, ini biasa.   Pusat pun begitu.   Dia ada kajian separuh penggal.   Buat budget.   Buat suntikan dana.   Buat peruntukan tambahan.  Pendeknya, tuduhan Tok Pa main ikut sedap mulut.   Sebab itu saya kata Tok Pa jagalah maruah sikit.   Cakaplah ikut ilmu pengurus perancangan kewangan.   Jangan ikut sianu-sianu tu.   Punah kita sama Kelantan! 

          Kalau nampak jujur sangat dia nak tolong, kempen samalah pelabur luar supaya datang ke Kelantan.   Kita bimbang ada Menteri atau Menteri-Menteri turut menakut-nakutkan pelabur.   Jangan datang Kelantan.  Negeri mundur.   Kerajaan ganas, Kerajaan Islam.   Ini kita biasa dengar.   Kita pun ramai kawan-kawan.  Orang besar-besar di Kuala Lumpur  banyak anak Kelantan seperti yang disahkan Perdana Menteri.   Kita ada kaki kita.  Orang kita.   Dah dia Penasihat Ekonomi, kenapa tak nasihat Perdana Menteri bagi duit banyak sikit kepada Kelantan dalam RM 8.   Ni Kelantan duduk nombor sebelas (11) dari 13 buah negeri.   Kita nombor tiga tapi dari bawah.   Sudah 10 tahun nombor sebelas.  RM Lapan pun begitu.    RM Tujuh pun begitu.   Tok Pa duk nasihat benda apa?   Tentu nasihat benda lain lah tu.   Pah, nak nanti sorak;  tak  ada pembangunan.    Demo juga kata Negeri Kelantan negeri kedua termiskin.   Patutnya berilah lebih nak tolong.   Awak parti yang berjuang untuk bangsa.   Baiklah.  

          Tidakkah 95.5% orang Kelantan orang Melayu.   Dah UMNO sangat, dah Melayu sangat, demo sekarang pun dah Islam sangatlah, kenapa UMNO dok tindas dan tekan lepas tu awak sorak.  Patutnya berilah  peruntukan  yang  terbanyak  atau  kedua  terbanyak  dalam RM 8.     Kenapa tak salurkan duit banyak-banyak. Rakyat Kelantan cerdik.  Dia faham.   Dia reti ini dah masuk kes dera tapi dia pura-pura buat lembu kenyang.   Ingat.   Bendanya kita nombor sebelas dalam RM 7 dan  RM 8.    Dah 10 tahun begitu.  Ini bendanya.   Jangan cuba kona ke lain. 

          Kita tahu dah ... Esok dia puas ratib pembangunan, dia kata kita ganas pula,  pah dia beralih kepada mencarut, pah tu tak bagi wanita bekerja, pusing pula ke pembangunan.   Tahu doh.   Perhatilah.   Pusing cerita tu la. 

          Cerita dia pula pusing dalam pitih.   Mana duit PPRT RM36.5 juta.   Mana pergi duit Tabung Haji.   Sekejap RM8 juta, lepas tu naik RM200 juta.   Cukup dua tulah dulu sebagai contoh.   Nak bela nasib orang miskin.   Dapat duit, hok jadi kaya orang yang sudah kaya.   Kalau duit orang nak gi haji pun kebas, tak tahu lah. 

Sentuh sedikit tentang ucapan PM dalam Majlis Jamuan Rakyat pada malam 12 April 2002 di Istana Negeri, Kubang Kerian,  nampak sangat beliau berpolitik.   Dapat pingat, dapatlah.   Tahniahlah.   Tapi apa pula suruh orang ganti kerajaan.   Ganti apa, tayar  tengok  molek lagi! Majlis berjamu, jamulah, makanlah.   Ini guna televisyen.   Siaran langsung ke seluruh negara.   Serang kerajaan hak ada.   Tidak cekaplah,  tidak  berminatlah  untuk  membangunkan  negeri.    Tidak cekap macam mana kalau hasil dari jimat cermat, kita boleh bayar hutang Kerajaan Pusat.   Jadi Pusatlah yang cekap?.   Patutlah.  MAS rugi.  LRT rugi.  Semua projek penswastaan lingkup.   Lepas itu ‘bail out’ melalui Dana Modal Danaharta.   Itu guna duit rakyat.   Masa pihak swasta untung tak berbahagipun dengan rakyat.   Masa dia rugi, habis rakyat dikorban.   Keuntungan Tabung Haji jatuh sampai 3.25%.   Begitu juga dengan KWSP.   Rasuah dalam Perwaja Steel, rasuah Menteri, rasuah orang besar-besar, senyap saja.   Cekap setahu saya cepat dan tepat bertindak.   Berniaga untung.   Tidak membazir.   Telus.  Guna wang rakyat dengan amanah.   Ni asyik hilang saja, lepas itu kita pula yang disalahkan.  Ajak pula anak Kelantan balik bantu untuk tukar kerajaan.   Ini terang-terang berkempen.  Sah dah berpolitik. 

Salah gunakan media perdana berkempen supaya rakyat Kelantan khususnya dan Malaysia amnya tolak kerajaan yang dipilih oleh rakyat secara demokrasi ini dengan alasan Kelantan tidak membangun.     Molek ke seorang PM bercakap begitu?  Hujah serupa dengan Dato’ Pa.   Dah puas pukul dan hina kerajaan yang dipilih oleh rakyat, baru cakap “saya bukan berkempen”.    Punya seronoklah dan lekanya menghina Kerajaan Negeri sampai tersalah sebut Sultan Kedah.   Majlis Sultan Kelantan, junjung kasih kepada Sultan Kedah.  MasyaAllah. 

          Tahulah, fikir sendirilah.   PAS ni macam anak tiri.   Nak jawab, tidak ada saluran.  Jawab lagu lain, keluar lagu lain.   Orang baik dilihat jadi jahat.   Orang jahat dilihat jadi baik.    Nak mengadu kepada ayah pun, ayah yang turun dari Kuala Lumpur sekali sekala siap dengan tali pinggang.   Hanya Allah lah tempat kami mengadu.    Siapa lagi. 

          Bagi saya, kita bangunlah perlahan-lahan.   Duit orang, duit rakyat kita tidak mahu.  Jangan usik.   Itu amanah.  Kena buat begitu.   Nampak Kelantan miskin, pakat-pakat bantu.   Parti soal lain.   Ini bendanya.   Baru orang panggil  “gentleman”.   Mustapha ni saya tengok “cutting” orang baik.  Tapi kenalah bercakap dan buat kerja macam orang baik-baik.   Jangan berkawan dengan orang yang tidak baik.   Selamat.   Kalau tidak, serupa jah. 

 

Pejabat Menteri Besar

Kelantan

Kota Bharu.

Bertarikh : 2 Safar 1423 / 15 April 2002.

 

Back ] Next ]

 


Bravenet.com

www.kelantan.net is managed by: kelantaniklan, tekno associate and public affilliate and world wide web associates