Home ]

2002/07/11:::HUDUD : UMNO yang serba tak kena?

Back ] Next ]

 

HUDUD:  UMNO YANG SERBA TAK KENA

Ada pemimpin UMNO perli PAS yang Hudud yang dicadang untuk pelaksanaan di Kelantan berbeza dengan Terengganu.     Saya nak beritahulah bahawa Undang-Undang dan Peraturan Agama Majlis Agama negeri-negeri pun turut berbeza. Padahal, ini sudah berpuluh tahun.   Ini perkara biasa.     Kerajaan Negeri Kelantan dan Terengganu tidak berbeza dengan jenis-jenis kesalahan iaitu  sariqah (mencuri), hirabah (merompak), zina (melakukan persetubuhan haram), qazaf, syurbul khamri dan irtidad (murtad).   Penalti  kesalahan dan jika sabit kesalahanpun tetap sama.   Soal ayat yang berbeza tidak membawa kepada perbezaan.   Kalaupun ada perbezaan sekalipun ia tidak menolak Hudud.  Kedua-dua negeri mahu mendaulatkan Hudud.   UMNO yang begitu sibuk sekarang sampai berpeluh-peluh dan termengah-mengah ni bersusahpayah nak laksana Hudud ke atau nak lemahkan usaha negeri yang nak laksanakan Hudud?   Ini soalnya.  Dudud sibuk soal perbezaan teknikal.  Ini  boleh diatasi.  Lebih-lebih lagi bila BA memerintah pusat.   Kalau tidak ada, diadakan. Kalau  kekurangan infrastruktur, ditambah.  Jika  Undang-undang Persekutuan menghalang, pinda Undang-Undang Persekutuan.   Pendek kata, kalau nak serba boleh, kalau tak nak, serba berdalih.   Kalau kita masih ingat, UMNO memang cukup kuat berdalih dalam soal Hudud. MCA dan MIC pun tidak pandai berdalih dan berbelit macam UMNO.  Kita boleh turunkan  misal:         

i)  Dulu, dia tekan Kelantan supaya laksanakan Hudud;

ii)  Dulu, atas halangan masyarakat majmuk;

iii)  Lepas itu, masyarakat masih miskin (seakan-akan masyarakat Arab di zaman Nabi dulu kaya raya) ;

iv)  Lepas itu, susah nak cari saksi tidak fasiq; 

v)  Lepas itu, ramai yang akan kudung tangan dan kaki, macam mana orang Islam nak bersaing; 

vi)  Lepas itu, kata mereka, “adakah dalam keadaan umat Islam yang sudah lemah, pelaksanaan hukum yang boleh melemahkan lagi umat Islam mesti dilaksanakan?” 

vii)  Lepas itu, Hudud macam mana bila orang Islam kena hukum dan orang bukan Islam boleh lepas. 

Semua ini ayat-ayat yang datang dari mulut pemimpin UMNO. Banyak kali sungguh lidah dia bercabang dalam soal Hudud ini.   Rakyat boleh fikir sendirilah.   Ayat-ayat ini mahu melaksanakan Hudud dan kasihkan Hudud atau sebaliknya.          Apa lagi yang kita orang Islam mahu harapkan dari UMNO dengan kata-kata yang sejelas ini.   Mustahil Menteri-Menteri, Biro Agama UMNO, ulama’-ulama’ dalam TV, radio dan surat khabar yang menyokong UMNO;   tidak boleh faham benda ini.   Lebih-lebih lagi ulama’ yang terdapat dalam disket  ‘Debat Olok-Olok UMNO’  yang dijual di serata kaki lima.   Ustaz-ustaz seperti Haji Ghazali Ahmad, Mohd. Nor bin Deris dan Haji Omar Khalid yang kononnya mewakili PAS berdepan dengan Mustafa Taib, Prof. Ismail Ibrahim dan Ustaz Shafie Daud yang kononnya mewakili UMNO.   Ini berlaku di pertengahan tahun 2001.  Sebahagian dari mereka inilah yang dulunya gila-gila menuduh UMNO kafir.   Tahu-tahu inilah pula orang-orangnya.

 

 

 

Pejabat Menteri Besar Kelantan

Kota Bharu. 

Bertarikh: 30 Rabiul Akhir 1423 / 11 Julai 2002

 

 


Bravenet.com

www.kelantan.net is managed by: kelantaniklan, tekno associate and public affilliate and world wide web associates