Home ]

 

KENYATAAN AKHBAR MURSYIDUL AM PAS

 

SPR DAN PEMULIHAN DEMOKRASI

 

 

Cadangan yang dikemukakan oleh Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya Datuk Ab. Rashid Ab. Rahman  ke Kabinet supaya semua parti politik diberikan “air time” dalam media elektronik  semasa Pilihan Raya Umum yang akan datang berasaskan jumlah calon yang dipertandingkan adalah berita yang melegakan (Lihat New Straits Times 8 Ogos 2002).   Saya ingin mengucapkan tahniah kepada beliau biarpun terlalu awal diatas keberanian dan kejujuran Datuk Ab. Rashid yang mencetuskan idea ini.   Usaha ini amat terpuji dalam konteks memulih dan memelihara amalan demokrasi di Malaysia yang semakin tergugat.    Semoga persoalan yang dicetuskan ini mendapat restu daripada Allah S.W.T. demi menyelamatkan amalan kebebasan bersuara dan pendemokrasian politik seperti yang dijamin oleh Perlembagaan Negara.

 

          Mudahan-mudahan, ini akan menjadi langkah awal yang akan disusuli oleh lain-lain penerokaan.   Semoga demokrasi semakin terserlah dengan jaminan hak, kebebasan dan keadilan melalui usaha-usaha pemulihan yang selanjutnya.

 

 

Mursyidul Am PAS

Bertarikh: 28 Jamadil Awal 1423 / 8 Ogos 2002

 

 

 


Bravenet.com

www.kelantan.net is managed by: kelantaniklan, tekno associate and public affilliate and world wide web associates