Marilah
kita mulakan dengan satu petikan Ayat Al-Quran yang
bermaksud:
“Kahwinilah
wanita-wanita (lain) yang kamu senangi: dua, tiga atau empat.Kemudian, jika kamu takut tidak akan dapat berlaku adil maka
(kahwinilah) seorang sahaja.”
(Sebahagiandari maksud Surah An Nisa’:Ayat 3)
Jelaslahdi sini bahawa agama Islam satu agama fitrah.Ia praktikal.Islam
menyediakan ruang yang sah untuk mengiktiraf kehendak hambanya yang
berkemampuan.Penyediaan
alternatif menggambarkan sikap keterbukaan agama termulia ini untuk
sesuai diamalkan dalam apa jua keadaan, masa dan ketika dimana-mana.Bagaimanapun, ia disediakan untuk dinikmati dan digunakan
dengan penuh tanggungjawab.Ukuran tanggungjawab digariskan dengan terang melalui amalan
keadilan.Adil di sini menyentuh soal giliran, pemberian nafkah
zahir dan batin, makan, pakai, jaminan keselamatan dan tempat
tinggal.Selaras
dengan inilah saya menekankan pentingnya kaum wanita itu dilindungi
dari penyalahgunaan amalan poligami yang sememangnya dihalalkan ini.Saya ada tekankan keperluan suami memberikan keadilan yang
secukupnya dalam menggulung perbahasan Belanjawan 2003 pada27
Oktober 2002 yang lalu.Ia
keluar dalam akhbar-akhbar perdana.Jika perlu saya petik ia berbunyi:
“Saya
bersetuju sangat kalau undang-undang yang dibuat ini berbentuk rotan
dan bukan denda sahaja supaya dia berfikir dua kali.Berpoligami dalam Islam bukan untuk memuaskan nafsu.”
“Beliau
menegaskan, undang-undang sebatan itu perlu diadakan kerana golongan
terbabit berpoligami bukan kerana menolong janda atau isteri kedua,
tetapi semata-mata untuk memuaskan nafsu.“Orang macam ini tidak boleh dibiarkan hukumannya serupa
dengan orang yang berpoligami dengan baik.”
“Beliau
banyak terdengar rayuan daripada saudari baru berkahwin dengan
lelaki yang sudah berkahwin, dan selepas itu mengalami nasib ibarat
‘madu habis sepah dibuang’.“Lelaki macam ini kena ada hukuman sebat mandatori selain
denda.”
(Lihat Utusan Malaysia 28 Oktober 2002)
Saya percaya ini adalah satu pembelaan terhadap kaum wanita.Semoga saya diberikan keadilan dalam ulasan oleh mana-mana
pihak walaupun saya sudah mulai melihat tulisan-tulisan nakal yang
suka mencari peluang dan mencuri-curi pukul dari belakang.Jika itu sahaja yang dicari, dia akan dapat apa yang
dicarinya.Misalnya
Dato’ Rais yang cuba menganggap cadangan saya sebagai melucukan.
Dato’
Mustafa Mohamad pula mengganggap itu remeh temeh manakala sahabat
mereka yang bernama Astora pula membesar-besarkan unsurtidak lojiknya merotan sampai mati pucuk.Buat Dato’ Rais, apa pula yang melucukan (Berita
Harian 29 Oktober 2002).Jika tiada undang-undang, mari kita wujudkan.Perkara amalan poligami yang terseleweng perlu ditangani.Ia serius.Perihal
pentingnya isu di sekitar wanita ditangani turut diwajarkan oleh
pengwujudan Kementerian Pembangunan Wanita.Tidak ada yang remeh apabila menyentuh soal wanita.Ia melibatkan rumah tangga, masa depan keluarga, zuriat, anak
cucu, penyakit sosial dan acuan pembentukan generasi yang akan
datang.Oleh
kerana itulah ia diperbincangkan di Sidang Dewan pada 25 Oktober
2002yang lalu.Kita dapat lihat respond Dato’ Shahrizat
yang segera dari cadangan saya ini.Semua ini adalah jawapan kepada Dato’ Mustafa dan Dato’
Rais…itupun
jika mereka mahu faham.Kitapun
bukan setakat bahaskan penyelewengan poligami, malah seluruh sektor
pembangunan yang mencakupi segala aspek Belanjawan Negeri.Remeh temeh macam mana apabila Dewan bergema dengan pelbagai
perkara serius yang mendengar kritikan, muhasabah, menilai
perancangan, mengikuti status pelaksanaan projek, mengenal pasti
kelemahan dan berazam azam bagi memacu pertumbuhan ekonomi negeri
untuk membawa Kelantan Darulnaim ke satu tahap pencapaian yang lebih
gemilang ditahun 2003.
Mengenai “merotan sampai mati pucuk”, ini
dipanggil orang sebagaiunsurmahumengukuhkanhujah.Iacubaserius
untuk empertegaskan
lagi keperluan dengan ditambah elemen sebatan.Ia berunsur cadangan awal untuk disusuli oleh sama ada
Peringkat Negeri atau Pusat.Saya amat jelas.Sebagaimana
tidak perlu diambil kapak untuk dibelah dada bagi membuktikan
kesetiaan cinta, begitulah juga maksudnya.Kadang kala ada perkara yang tidak membawa makna yang
sesungguhnya.Ia
cuma penegasan.Misalan
lain ialah seperti “hidup berdua mati bersama” atau “biar
mati anak jangan mati adat”.Demikianlah juga istilah “sampai
mati pucuk”.
Kita kena faham
yang setiap dasar awam memerlukantinjauan, kajian, penyertaan orang ramai dan penelitian
terlebih dahulu.Sama
ada memadaidengan hanya mendenda atau disertai dengan sebatan.Bukan main pakai isytihar dalam Perhimpunan Agung lalu terus
mahu dilaksanakan.Jika
mahu tahu lebih lanjut, sila semak bagaimana keputusan untuk memaksa
penggunaan Bahasa Inggeris dalam mata pelajaran Matematik dan Sains
atau dalam mengisytiharkan Malaysia Negara Islam.Saya bukan begitu.Ini lontaran awal.Belum perlu lagi untuk kononnya sedemikian pro-aktif
hinggakan mahu analisa bagaimana pula mahu merotan dan pastikan
pesalah dibelasah hingga mati pucuk.Cuba-cubalah matang sedikit dan memahami cadangan utama yang
menjadi maudhu’ untuk mengenakan penalti tambahan dengan merotanselaindaridenda.Lihatisudancadangan penyelesaian
yang dikemukakan secara keseluruhan.Kata orang Inggeris “look at the trees.”Saya kira setakat itulah dahulu buat sementara waktu.
Sehubungan dengan ini, orang Eropah secara terbuka, sangat
tidak bersetuju dengan poligami.Terdapat pelbagai alasan dan ulasan negatif yang boleh kita
ikuti dalam pelbagai majalah, makalah dan buku-buku tulisan mereka.Ada juga kadangkalanya mereka disertai sama oleh ahli-ahli
sosiologi tempatan.Bagaimanapun, masalah manusia tetap tidak selesai.Naluri semula jadi ini akhirnya tidak dapat dikekang.Ia mencari pintu belakang lalu tercetuslah skandal-skandal
hubungan luar nikah dalam bentuk perempuan simpanan.Jalinan cinta rahsia segi tiga atau kadang-kadang
bersegi-segi kemudian berakhir dengan kelahiran gejala anak haram.
Dalam merahsiakan hubungan sulit ini banyak pulalah wang saku
kedua-dua pihak yang dibazirkan.Belanja hotel, rumah sewa/apartment, duit poket, alat make
up, bil elektrik, air dan telefon tambahan adalah diantara
sebahagian daripadanya.Mungkin
penyediaan kereta ‘sport’ menjadi keperluan “mandotary” bagi
perempuan simpanan yang berkelas tinggi.
Huruhara yang bermula dari amalan berbohong dengan isteri,
telah merebak kepada pembaziran wang untuk mencapaikan hajat.Akibatnya,timbullahgejalazina,pelacuran,anakharam,amalan pengguguran,
tidak mengaku anak, pembuangan bayi, pembunuhan berikutan dendam dan
dengki serta berbagai-bagai penyakit kelamin seperti siplis, HIV dan
AIDS.Wanitayang bersedia menjadi perempuan simpanan kadang kala menjadi
simpanan dalam amalan bersilang pasangan pada satu-satu masa.Ini lebih mendatangkan kegawatan.Dalam kes-kes yang lebih kronik, amalan ini turut
terbongkar di gereja-gereja yang boleh kita ikuti kisah-kisah
kejinya dalam akhbar dan majalah.Presiden AS sepertiClinton
dan PM Britain seperti John Major tidak terkecuali dari terseret
dalam kancah ini.
Saya melihat poligami dalam seribu satu macam keindahan.Ia menyediakan segala-galanya secara halal melalui peraturan
syariat.Tentunya
segala syarat dan rukunnya wajib dipatuhi.Bagi mereka yang berkemampuan, Allah S.W.T sentiasa membuka
ruang poligami dalam pengertian ibadah yang luas.Keadilannya boleh disaksikan dan dicontohi melalui setiap
amalan Rasulullah S.A.W.Tetapi awas!Jangan sampai melakukan kezaliman kepada kaum wanita.Ini yang saya cadangkan supaya disebat bagi mereka yang cuma
mahu gunakan poligami untuk memuaskan hawa nafsu berkelamin
semata-mata.Ambilah
wanita dua, tiga atau empat mengikut kemampuan dengan melaksanakan
keadilan yang dituntut oleh syariat dengan sepenuhnya.Berpoligamilah jika mampu tetapi “jika kamu khuatir (takut)
tidak akan dapat berlaku adil, maka (kahwinilah)seorangsahaja.”Menternak “mistress”
akan
menelurkan maksiat dan menetaskan seribu satu macam malapetaka yang
membinasakan seluruh umat manusia.