CATATAN
SEMASA MINDA TOK GURU - released:()
Minda
Mursyidul Am
UMNO
IKUT CARA TERTENTU
UMNO
sering mengulangi alasan berbuat sesuatu kerana ada
cara tertentu.
Masa nak pulih ekonomi pun ada cara tertentu.
Masa nak tarik penerbitan KDN pun cara
tertentu. Masa
nak sekat ceramah pun cara tertentu. Masa nak wujud ISA pun cara tertentu. Masa nak tahan orang tanpa bicara pun cara tertentu.
Masa nak caj Anwar Ibrahim pun cara tertentu.
Masa tumbuk dia pun cara tertentu.
Masa nak tubuh Suruhanjaya Penyiasatan pun cara
tertentu. Masa
nak usung tilam di Mahkamah pun cara tertentu.
Masa nak namakan KMM pun cara tertentu.
Masa nak cari ahli KMM dan tuduh mereka pun
cara tertentu. Masa nak punggah mereka ke Taiping pun cara tertentu.
Masa nak beri royalti kepada Terengganu pun
ikut cara tertentu.
Masa nak tarik royalti pun ikut cara tertentu.
Masa nak lewat-lewatkan pemberian geran wajib
kepada Kelantan pun ikut cara tertentu.
Masa nak buang perkataan Islam pun ikut cara
tertentu. Masa
nak isytihar Negara Islam pun ikut cara tertentu.
Demikianlah cara tertentu UMNO.
Semuanya ikut cara tertentu biar pun memijak
demokrasi dan mengingkari hak-hak asasi manusia
seperti yang dijamin oleh Perlembagaan Negara.
Sekarang, dalam
menyokong pendirian Pengerusi SUHAKAM yang mahu
meletakkan demokrasi dan hak asasi manusia sebagai
tersenarai di belakang dalam suasana menentang
keganasan, sekali lagi UMNO/BN mengulangi cara
tertentu atau cara tersendirinya.
Kalau
beginilah stailnya, demokrasi apa! Jelaslah demokrasi kita tidak lengkap. Perlu cara tertentu pula untuk melengkapkan
demokrasi.
Inilah punca orang memberontak.
Orang demonstrasi.
Nak suraikan perhimpunan, sembur
air asid, pukul orang dan macam-macam
- ikut
cara tertentu.
Ibu bapa susah
payah didik anak untuk sampai ke Universiti.
Di Universiti diajar tentang Islam, keadilan,
amanah, kebenaran, kejujuran, hak asasi manusia,
demokrasi, perjuangan, menentang kemungkaran, memilih
pemimpin yang terbaik, keluhuran perlembagaan,
kesusilaan, ketaatan, dan pendurhakaan. Bagi pelajar Islam, semua ini menentukan seseorang itu
ke Syurga atau ke neraka.
Itulah akhirnya.
Apa erti mengaji tinggi-tinggi.
Lepas dapat keputusan, dapat sijil, tampal di
dinding. Kemudian,
bila bekerja dan jadi pemimpin atau rakyat
- ilmu
yang dipelajari letak ke tepi.
Masa praktikal dalam hidup, kita atau mereka
buat ikut suka hati, ikut cara tersendiri, ikut cara
tertentu. Saya
nak soal, cara tertentu, cara tertentu itu apa dia
kalau tidak ikut
nafsu.
Dah kalau tidak ikut ilmu, ikut nafsulah tu
namanya. Tak
boleh pergi ikut lain.
Islam ajar kita
memerintah guna kasih sayang.
Kasih mesra. Tegakkan makruf. Tentang
kemungkaran.
UMNO guna ugut, gari, paksa dan kuasa.
ISA yang tahan tanpa bicara, tahu-tahu orang
masuk jel -
itulah ugut namanya.
Itulah jenis paksa namanya.
Orang latih rakyat kasihkan kerajaan
kerana kerajaan
tidak khianat.
Tidak khianat
kepada rakyat.
Jaga
hukum Allah.
Bukan putar belit hukum Allah.
Sengaja kadang-kadang tu kelirukan hukum, baca
sebahagian sembunyi sebahagian.
Habis rakyat pening.
Tahu-tahu wajib patuh kepada kerajaan.
Sebab
itu Nabi kita S.A.W. tiada masalah.
Dia miskinpun orang sayang.
Orang tidak memberontak.
Orang fitnah dan lawan dia kok belakang;
adalah. Musuh
dia buat zalim pada dia; adalah.
Tapi dia tetap tidak zalim, hinggalah dapat
buka Kota Mekah.
Masa jadi orang yang berkuasa sepenuhnyapun,
Baginda tidak pernah zalim.
Dia isytihar Negara Islam, orang boleh terima.
Inilah Islam.
Buat seperti Quran dan Hadith Baru boleh
panggil Negara Islam.
Pemimpin Islam.
Sikit-sikit
cara tertentu. Cara tersendiri.
Cara itulah yang biasanya cara yang
bukan Islam.
Cara yang kurang Islam.
Cara yang ikut… |
|
Pejabat
Menteri Besar Kelantan
Kota
Bharu.
Tarikh:20
Syaaban 1422
/ 6 November 2001
|