HUDUD:
UMNO YANG SERBA TAK KENA
Ada
pemimpin UMNO perli PAS yang Hudud yang dicadang untuk pelaksanaan di Kelantan berbeza dengan Terengganu.
Saya nak beritahulah bahawa Undang-Undang dan Peraturan Agama Majlis Agama negeri-negeri pun turut berbeza. Padahal,
ini sudah berpuluh tahun. Ini perkara biasa.
Kerajaan Negeri Kelantan dan Terengganu tidak berbeza dengan jenis-jenis kesalahan iaitu sariqah (mencuri), hirabah (merompak), zina (melakukan persetubuhan haram), qazaf, syurbul khamri dan irtidad (murtad).
Penalti kesalahan dan jika sabit kesalahanpun tetap sama.
Soal ayat yang berbeza tidak membawa kepada perbezaan. Kalaupun
ada perbezaan sekalipun ia tidak menolak Hudud. Kedua-dua negeri mahu
mendaulatkan Hudud. UMNO yang begitu sibuk sekarang sampai berpeluh-peluh
dan termengah-mengah ni bersusahpayah nak laksana Hudud ke atau nak lemahkan usaha negeri yang nak laksanakan Hudud?
Ini soalnya. Dudud sibuk soal perbezaan teknikal.
Ini boleh diatasi. Lebih-lebih
lagi bila BA memerintah pusat. Kalau tidak ada, diadakan. Kalau
kekurangan infrastruktur, ditambah. Jika
Undang-undang Persekutuan menghalang, pinda Undang-Undang Persekutuan. Pendek
kata, kalau nak serba boleh, kalau tak nak, serba berdalih. Kalau kita
masih ingat, UMNO memang cukup kuat berdalih dalam soal Hudud. MCA dan MIC pun tidak pandai berdalih dan berbelit macam
UMNO. Kita boleh turunkan misal:
i)
Dulu, dia tekan Kelantan supaya laksanakan Hudud;
ii)
Dulu, atas halangan masyarakat majmuk;
iii) Lepas
itu, masyarakat masih miskin (seakan-akan masyarakat Arab di zaman Nabi dulu kaya raya) ;
iv)
Lepas itu, susah nak cari saksi tidak fasiq;
v)
Lepas itu, ramai yang akan kudung tangan dan kaki, macam mana orang Islam nak bersaing;
vi)
Lepas itu, kata mereka, “adakah dalam keadaan umat Islam yang sudah lemah, pelaksanaan hukum yang
boleh melemahkan lagi umat Islam mesti dilaksanakan?”
vii)
Lepas itu, Hudud macam mana bila orang Islam kena hukum dan orang bukan Islam boleh lepas.
Semua
ini ayat-ayat yang datang dari mulut pemimpin UMNO. Banyak kali sungguh lidah dia bercabang dalam soal Hudud ini.
Rakyat boleh fikir sendirilah. Ayat-ayat ini mahu melaksanakan
Hudud dan kasihkan Hudud atau sebaliknya.
Apa lagi yang kita orang Islam mahu harapkan dari UMNO dengan kata-kata yang sejelas ini. Mustahil Menteri-Menteri, Biro Agama UMNO, ulama’-ulama’ dalam TV, radio dan surat khabar yang menyokong UMNO; tidak boleh faham benda ini. Lebih-lebih lagi ulama’ yang terdapat dalam
disket ‘Debat Olok-Olok UMNO’ yang
dijual di serata kaki lima. Ustaz-ustaz seperti Haji Ghazali Ahmad, Mohd.
Nor bin Deris dan Haji Omar Khalid yang kononnya mewakili PAS berdepan dengan Mustafa Taib, Prof. Ismail Ibrahim dan Ustaz
Shafie Daud yang kononnya mewakili UMNO. Ini berlaku di pertengahan tahun
2001. Sebahagian dari mereka inilah yang dulunya gila-gila menuduh UMNO kafir.
Tahu-tahu inilah pula orang-orangnya.
Pejabat
Menteri Besar Kelantan
Kota
Bharu.
Bertarikh: 30 Rabiul Akhir 1423 / 11 Julai 2002
|