Cadangan
yang dikemukakan oleh Pengerusi Suruhanjaya Pilihan
Raya Datuk Ab. Rashid Ab. Rahmanke Kabinet supaya semua parti politik diberikan
“air time” dalam media elektroniksemasa Pilihan Raya Umum yang akan datang
berasaskan jumlah calon yang dipertandingkan adalah
berita yang melegakan (Lihat New Straits Times 8
Ogos 2002).Saya ingin mengucapkan tahniah kepada beliau
biarpun terlalu awal diatas keberanian dan kejujuran
Datuk Ab. Rashid yang mencetuskan idea ini.Usaha ini amat terpuji dalam konteks memulih
dan memelihara amalan demokrasi di Malaysia yang
semakin tergugat.Semoga persoalan yang dicetuskan ini mendapat
restu daripada Allah S.W.T. demi menyelamatkan amalan
kebebasan bersuara dan pendemokrasian politik seperti
yang dijamin oleh Perlembagaan Negara.
Mudahan-mudahan, ini akan menjadi langkah awal
yang akan disusuli oleh lain-lain penerokaan.Semoga demokrasi semakin terserlah dengan
jaminan hak, kebebasan dan keadilan melalui
usaha-usaha pemulihan yang selanjutnya.