MINDA
TOK GURU
UMNO:
KEMBALILAH KEPADA ISLAM
Tohmahan
yang mengatakan bahawa orang PAS fanatik kepada
pemimpin mereka nampaknya berkumandang lagi.
Utusan Malaysia yang
melaporkan bahawa, Perdana Menteri berkata:
“Malangnya kerana sikap fanatik mereka tidak
menerima penjelasan kita.”
(Utusan Malaysia 22 Julai 2002).
PAS dikatakan telah berjaya membasuh minda
masyarakat.
Kata Dr. Mahathir:
“apabila
kita beritahu perkara yang baik, rakyat tidak nak
terima.”
Sehari
sebelum ini, cendikiawan Islam dalam Forum
Antarabangsa mengenai Islam (KALIF 2002) turut sibuk
dengan saranan supaya umat Islam tidak taksub.
(Mingguan Malaysia 21 Julai 2002).
Sebenarnya sikap I’tisam (berpegang teguh
dengan kebenaran) adalah sebuah tuntutan.
Ini boleh kita lihat dalam seruan Allah
Subhanahu Wataala melalui firmanNya yang bermaksud:
“Berpegang
teguhlah (I’tisam) kamu
dengan tali Allah dan janganlah kamu bercerai
berai.”
(Surah Al Imran:
Ayat 103)
Apa
dia berpegang teguh kepada tali Allah jika tidak
kepada Al-Quran dan Hadith?
Hakikat bahawa para sahabat berjuang sampai
mengorbankan
harta,
masa,
jiwa
dan
raga
adalah contoh
i’tisam yang
boleh dilihat disepanjang sejarah.
Ini bukan fanatik.
Daripada i’tisamlah lahirnya sabar dan jihad
sebagai dua tonggak serentak yang menjunjung Islam.
Islam lalu menjadi agama Allah yang membangun,
berkembang dan maju.
Penglibatan PAS adalah penerusan kepada sikap
berpegang teguh dengan kebenaran dalam meneruskan
usaha jihad bagi menegakkan kebenaran.
Inilah yang disifatkan oleh Allah sebagai Al
Bayyinah.
“Dan tidaklah berpecah belah orang-orang
yang didatangkan Al Kitab (kepada mereka) melainkan
sesudah
datang
kepada
mereka
bukti
yang
nyata.”
(Surah Al
Bayyinah:
Ayat
4).
Begitulah
hingga sampai ke hari kiamat, InsyaAllah.
Ini
sangat berbeza dengan istilah yang digunakan
oleh Perdana Menteri.
Istilah fanatik itu sendiri sudah tidak kena
untuk dihubungkan dengan PAS.
Fanatik bermakna menyokong secara membabi buta.
Ini tidak berlaku dalam PAS.
Yang ada ialah i’tisam.
Mereka menyokong kuat PAS kerana PAS berpegang
teguh dengan kebenaran.
Ertinya di sini, kerja amal kita hendaklah
didasarkan kepada perintah dan larangan Al-Quran serta
Sunnah Nabi Muhammad S.A.W.
Jika UMNO mahu rakyat i’tisam kepada mereka,
mereka perlu buktikan terlebih dahulu segala yang
dibuat, sama ada undang-undang
atau
peraturan
atau
pelaksanaan
kepada sebarang
dasar dan
program pembangunan tidak bercanggah dengan tali-tali
Allah.
Contohnya, jika menuduh biar ada bukti.
Setiap kesalahan perlu disabitkan di Mahkamah.
Pendakwaan pula tidak boleh dilakukan secara
terpilih.
Amalan rasuah perlu disiasat dan diselesaikan
tanpa campur tangan.
Projek-projek membazir perlu dihentikan.
Amalan menyalahgunakan wang rakyat untuk “bail
out”
anak pinak dan kroni perlu dielakkan.
Undang-Undang Hudud tidak boleh dicemuh malah
perlu diusaha untuk ditegakkan.
Ringkasnya UMNO perlu membuktikan bahawa dia
tidak berdolak dalik.
Lidahnya tidak bercabang.
Sehingga ini, terlalu banyak bukti yang
menunjukkan UMNO tidak konsistan dengan pegangan
agama.
Satu contoh mudah ialah judi.
Bagaimana rakyat boleh menyerahkan kepercayaan
kepada UMNO jika dalam hal judi, ada Pengerusi Genting
Berhad di Malaysia menyebutkan:
“Beliau
tidak berjumpa ayat Al-Quran yang mengharamkan judi.”
Apa
sikap UMNO?
Diam sahaja;
malah makin asyik melulus dan meluaskan
penglibatan dalam aktiviti judi.
Sedangkan judi ini diharamkan oleh semua agama
di dunia.
Al-Quran sendiri meletakkan judi setaraf dengan
arak.
Kedua-duanya najis (rijsun).
Rakyat boleh semak saham penglibatan kerajaan
dalam syarikat yang dilaburkan seperti Genting
Berhad, Resorts World Bhd., Metroplex Bhd.,
Berjaya Group Bhd. dan Sports Toto Malaysia Bhd.
Ini
ada tercatat di dalam Akaun Awam Persekutuan 1999.
Itu belum
lagi
dihitung
pelaburan
tidak
langsung oleh kerajaan dalam saham-saham
yang terlibat dengan judi.
Hasil yang diperolehi oleh
kerajaan
dalam industri judi terlalu besar.
Ini dengan jelas membuktikan bahawa kerajaan
terlibat secara langsung dengan industri dosa ini.
Perkara ini pernah dibahas dan diakui dalam
Sidang Parlimen dua tiga bulan yang lalu.
Jadi
saya tidak fahamlah bagaimana pemimpin kita boleh
berkata:
“Tunjukkanlah
apa yang tidak baik yang kita buat.”
(Perdana Menteri:
Utusan Malaysia 22 Julai 2002).
Judi itu tentu tidak baik.
Ia berdosa.
Jika Perdana Menteri meminta PAS tunjukkan apa
yang tidak baik, maka ini salah satu daripadanya.
Sangat jelas!
Dalam keadaan beginilah, rakyat khususnya orang
Melayu yang beragama Islam semakin hilang keyakinan
kepada UMNO.
Kalau perlu saya nasihat UMNO, maka sukalah
saya menyeru malah merayu mereka untuk kembali kepada
Al-Quran dan Hadith sebelum terlambat .
Perihal tidak fanatiknya kita kepada pemimpin
kita amat jelas.
UMNO
terima sahaja Al-Quran dan Hadith dengan
meminda
Perlembagaan
atau lain-lain penyesuaian perundangan. Buktikan
kesungguhan untuk memerintah menurut ajaran Islam
dengan sepenuhnya. Tidak ada sebab untuk PAS terus
beri’tisam dengan pemimpinnya.
Bagi PAS, siapa yang menduduki “pilot
seat”
tidak penting.
Islam wajib ditempatkan di atas.
Itu sahaja.
Tidak sekali di atas dan sekali di bawah.
Tidak pernah sekalipun tetap pendiriannya.
Dalam analisa prestasi Barisan Nasional di Anak
Bukit , UMNO masih angkuh tidak mahu menerima
kekalahan.
Perdana Menteri
menyalahkan
sikap penyokong PAS yang fanatik.
(Lihat Utusan Malaysia 20 Julai 2002).
Kalau nak persoalkan perkara fanatik ini,
apakah kemenangan UMNO di Parlimen Pendang
turut melambangkan
sikap
fanatik
penyokong
UMNO
kepada
UMNO.
UMNO
telah terbukti serba tidak kena.
Dia mengkhianati hampir segala amanah Allah
S.W.T. serta seluruh aspirasi orang Melayu.
Saya pun boleh berkata bahawa kemenangan UMNO
itu kerana penyokongnya yang fanatik, walaupun saya
tidak mahu berkata begitu.
Apa yang ingin saya katakan ialah pengundi Anak
Bukit beri’tisam kepada pemimpin PAS kerana pemimpin
PAS telah mampu membuktikan komitmen yang sebenar
kepada perjuangan Islam.
Jika UMNO cemburukan populariti kami, tirulah
macam kami.
Buktikan kecintaan UMNO terhadap Islam dengan
segala iltizam dan keikhlasan.
Cuba cari punca kenapa orang lari dan tidak
mahu mendengar cakap kita.
Bermuhasabahlah.
Jangan terlalu emosi dan menggelabah dengan
cuba menyalahkan parti
lawan ketika kalah semata-mata
kerana
kami
lebih
mempunyai
hujah.
Dulu, kata Islam tidak sesuai kerana halangan
masyarakat majmuk.
Apabila tidak tahan berdepan dengan hujah PAS,
UMNO isytihar Negara Islam!
Dulu,
nak haramkan penggunaan perkataan Islam.
Ini yang dikatakan macam cacing kepanasan.
Lain
kali,
berhiaslah dengan lebih rapi menggunakan
alat solek yang dibekalkan oleh Al-Quran
dan
Hadith
untuk
menarik lebih perhatian.
Baru dipanggil perlumbaan yang sihat.
Ini baru “gentleman”.
PAS tiada halangan.
Percayalah.
Kembalilah kepada Islam.
InsyaAllah; selamat.
Biduk lalu kiambang bertaut.
Pejabat
Menteri Besar Kelantan
Kota
Darulnaim
Kota
Bharu.
Bertarikh:12
Jamadil Awal 1423 / 23
Julai
2002.
|