Home ]

28okt2001

Back ] Next ]

 

CATATAN SEMASA MINDA TOK GURU - released:(28okt2001)

 

 

PEMIKIRAN YAB TUAN GURU DATO’  MENTERI  BESAR KELANTAN

 

UMNO Nak Panggil Ulamak Al-Azhar?

 

1.                 Pelajar Melayu yang berkelulusan Al-Azhar sama ada B.A., M.A. atau Phd. pun Ulamak Al-Azhar juga.

 

2.                 Kenapa bersusah sangat dengan orang Al-Azhar?   Sikit-sikit bangsa Arab, sikit-sikit bangsa Inggeris.   Adakah UMNO telah hilang jati diri Melayunya  dan sangat bergantung kepada bangsa lain.    Walaupun UMNO mendakwa mempunyai 60 orang ulamak UMNO, kenapa tidak percaya kepada ulamak sendiri?   Gunalah ulamak UMNO itu untuk berdepan dengan ulamak PAS dan berdepan dengan Umat Islam.

 

3.                 Waktu PAS melawan UMNO, tidak pernah terlintas untuk kita minta tolong orang lain.   Bagi kita pejuang Islam, kebenaran Al-Quran dan Hadith mengatasi kebenaran manusia, baik  manusia Arab atau sesiapa pun.    Tak payah cari orang lain.  Cukup dengan Al-Quran.  Cukup dengan Hadith.  Kalau UMNO benar-benar yakin, berdepanlah sendiri dengan ulamak PAS!    Susah apa?

 

4.                 Waktu UMNO nak haramkan penggunaan ‘Islam’ pada awal tahun ini,  waktu itu ia pakai ulamak mana?    Adakah ulamak Yahudi?   Sekarang pula mereka nak panggil ulamak Al-Azhar!   Jelaslah UMNO sedang membuat panggilan kecemasan.  Panggil S.O.S. yang bersifat “Save Our Soul” benar-benar membuktikan UMNO sedang lemas, cemas, panas dan rimas.

 

Nampak sangat serba tak kena.   Tengoklah.   Lagi tak kena di depan.

 

 

 

Pejabat Menteri Besar Kelantan

 

Bertarikh: 11 Syaaban 1422 / 28 Oktober 2002

 

 

 


 

 

Menentang Kezaliman Di Afghanistan

 

 

          Ramai orang cuba timbulkan yang Taliban tidak dapat sokongan rakyat Aghanistan.   Tak dapat sokongan macam mana kalau dah 95% bumi Afghanistan di kuasai Taliban.

 

          Ada juga yang timbulkan Taliban ditolak oleh rakyat.  Rakyatnya akan memberontak.   Kalau Taliban takutkan rakyat memberontak, kenapa Kerajaan Taliban beri senjata kepada rakyatnya untuk melawan Amerika.   Logiknya,  Kerajaan Taliban akan takutlah membekalkan senjata jika benar rakyatnya mahu memberontak.   Betulkah rakyat bencikan Taliban?  

        

Lebih-lebih lagi laporan terakhir dalam akhbar pada 24 Oktober 2001 yang melaporkan Kerajaan Taliban tinggal bersama dengan rakyatnya yang sedang terancam.   Pemimpin-pemimpinnya sanggup hidup dan mati bersama Islam dan rakyatnya.  

 

Kita bukan apa.   Cuma bersimpati dengan orang Islam yang ditindas.   Taliban ke atau siapa saja.  Tak kira.  Islam mesti menyokong keadilan menentang kezaliman dan melawan musuh Allah.  Menolong mereka yang susah.   Man and child in Ghani Khiel

     

 

 

Pejabat Menteri Besar Kelantan

 

Tarikh: 11 Syaaban 1422 / 28 Oktober 2001.  

 

 

Link to supported document from Asiaweek Interview

Webfiles: "The Taliban Are Well Liked"

Peace protester

Back ] Next ]

 


Bravenet.com

www.kelantan.net is managed by: kelantaniklan, tekno associate and public affilliate and world wide web associates