Home ]

Surat Terbuka Kepada Penggundi Kawasan Parlimen Pendang dan Dun Anak Bukit

Back ] Next ]

 

SURAT TERBUKA KEPADA PENGUNDI KAWASAN PARLIMEN PENDANG DAN DUN ANAK BUKIT

---------------------------------------------------------------------------------

KEZALIMAN 

            Saya dahului ucapan dengan salam sejahtera kepada semua bakal pengundi.   Salam yang disertai dengan doa kesejahteraan ini saya dahulukan kerana melihat suasana amalan Islam dan demokrasi yang semakin tertekan.   Semuanya angkara UMNO/BN.   Dalam masjid tidak dibenarkan tazkirah.   Luar masjid pun tetap tidak dibenarkan ceramah.   Akhbar dan majalah yang mengkritik kerajaan digantung dan ditarik permit.    Politik pelajar di Universiti-universiti tempatan disekat.  Melanggarnya dipecat.  Anehnya,  Kelab UMNO dihalalkan pula untuk disertai pelajar-pelajar Malaysia dari luar negara.  Bahkan, duit pun turut disediakan.  Saluran media, baik bercetak atau radio dan TV hampir tidak langsung memberi ruang walau sebelah kaki untuk BA mengemukakan pandangan.   Sebarang perbezaan pendapat dituduh sebagai pelampau, anti-pembangunan dan memusuhi negara Malaysia.

 

ANCAMAN ISA

        Untuk menyempurnakan lagi penindasan, ISA digunakan.   Ia menakutkan dan memang munasabah ditakuti kerana terbukti dihalalkan kezaliman dengan menggunakan instrumen undang-undang.   Walaupun ia menyalahi demokrasi dan Perlembagaan, ia tetap dikuatkuasakan.   Sesiapa sahaja dari rakyat Malaysia boleh menjadi mangsa pada bila-bila masa.   Inilah nasib Malaysia yang memiliki pemimpin   ‘bertaraf dunia’,  kononnya.

 

PERTAHANKAN ISLAM DAN DEMOKRASI

          Apakah nasib ini mustahil diubah?    Tentunya tidak mustahil kerana kita ada BA.    Malaysia  perlukan  pembangkang yang kuat untuk mengembalikan Islam ke landasan dan memulihkan demokrasi.  Reformasi ummah dalam segenap aspek hanya boleh diusahakan melalui pengukuhan saf pembangkang.   Amerika tidak akan bertindak sewenang-wenangnya ke atas Afghanistan dan Palestine jika ada satu lagi kuasa besar dunia yang boleh mengimbangi kegelojohan mereka seperti ketika adanya kuasa Rusia.  

 

 

“Dan kalaulah Allah tidak menolak (persaingan) setengah manusia (yang ingkar dan derhaka) dengan setengahnya yang lain (yang beriman dan setia) nescaya rosak binasalah bumi ini; akan tetapi Allah sentiasa melimpah kurniaNya kepada sekalian alam.”

 

  (Surah Al-Baqarah  :          Ayat 251)

 

 

Demikian juga dengan UMNO/BN.  Memperkasakan pembangkang samalah seperti menyekat kegelinciran Islam dan demokrasi dari terus berlaku.   Sokongan pengundi kepada calon PAS (BA) yang sekuat-kuatnya amat mustahak dibuat di kedua-dua kerusi, Parlimen dan DUN.    Cabaran mesti bersambut dan UMNO/BN wajib dikalahkan.

 

HUDUD

            Menyentuh tentang hudud, UMNO tidak jemu-jemu mengatakan bahawa Hudud ini adalah Hudud PAS.   Bila dicabar mana hudud UMNO, dia membisu sampai ke hari ini.   Tidak satu pun alasan yang tetap dan istiqamah.   Kaji bukan main lama (sejak tahun 1993).     Sepatah draf pun tidak keluar.    “Nak buat tapi tak nak buat”.   Punya berbelit,  Allah sahajalah yang Maha Mengetahui.

 

 

Dengan segala kesungguhan; Hudud yang dijelaskan dengan keikhlasan akan meningkatkan kefahaman dan menjamin penerimaan.  Saudara kita dari  keturunan  Tionghua  dan India boleh terima Hudud di Kelantan tanpa masalah.   Merekalah yang sepatutnya tidak takut kerana segala kekayaan mereka hampir terjamin.   Yang takutkan Hudud adalah pencuri, penzina, penyangak, pengkhianat agama, bangsa dan negara; dan bukannya orang Cina.   PAS boleh naik kerana Hudud.   Semua orang Islam sokong Hudud.   Yang tidak sokong dan menakut-nakutkan orang supaya menolak Hudud ialah orang UMNO.   Kenapa hukuman gantung sampai mati kerana kesalahan dadah tidak buat sibuk.  Ramai isteri yang menjadi janda dan anak yang menjadi yatim.    Orang masih boleh menerima sedangkan jumlah mangsa bukan sedikit.   Hudud cuma kudung tangan.   Itupun setelah menjalani proses yang cukup teliti di Mahkamah.    Dengan kudung, orang UMNO masih boleh mengundi UMNO.   Dengan kudung, orang tahu yang dia bekas pencuri.   Dia akan keluar masuk masjid, kedai dan pasar dengan menimbulkan kesedaran kepada mereka yang bercita-cita mahu mencuri. Rugi apa.  Kadar jenayah akan menurun.   Rakyat boleh tidur dengan nyenyak.

 

 

BAHASA 

          Dalam keadaan pentingnya Bahasa Inggeris diberikan tempat, saya percaya BA mempunyai cara yang lebih berkesan.  Langkah tergesa-gesa menjadikan Bahasa tersebut sebagai Bahasa penghantar matapelajaran Sains dan Matematik mulai 1 Januari 2003 amat tidak masuk akal.  Ia dibuat tanpa perancangan.   Tanpa satu tempoh peralihan yang munasabah, ia telah menjadi caca marba.   Kita melihat isu ini lebih kepada

membebankan anak-anak kita di kawasan kampung dan pendalaman.   Tidak mustahil, langkah ini adalah hasil dari sabotaj mereka yang tidak mahu melihat pelajar-pelajar bumiputera maju  ke  hadapan.     Bagi  PAS,  bahasa  adalah

anugerah daripada Allah S.W.T.  baik Bahasa Inggeris atau Bahasa Mandarin.   Penggalakan yang selaras  antara Bahasa

 

Malaysia dengan lain-lain bahasa etnik akan diberikan ruang yang selesa untuk diamalkan.   Kalaupun Bahasa Inggeris hendak diberikan tekanan, kita akan pastikan satu pelan perancangan bagi pelaksanaan usaha tersebut berlaku secara komprehensif dan teratur;  bukan dengan kaedah yang terburu-buru.

 

 

PEMBANGUNAN 

          Pembangunan adalah tanggungjawab mana-mana parti yang memerintah Pusat.   Jika BN yang memerintah maka BN lah yang bertanggungjawab.   Jika BA yang memerintah, kita pulalah yang membuat pembangunan.   Di Amerika Syarikat, sekali Demokrat dan sekali Republikan.    Di India, dulu Kongres, sekarang Janata.  Di Indonesia, dulu Golkar sekarang PDI.    Semuanya berpunca dari undi.  

 

          Akhir kata, selamat mengundi.   Pilihlah calon yang dapat mengembalikan Islam, menentang kezaliman dan memulihkan demokrasi.   Segala-galanya ada pada calon yang kami kemukakan, InsyaAllah.   Orang UMNO juga dijemput dengan segala hormatnya untuk mengundi bulan.   Bagi duit, halal. Bagi kain, pakai.  Bagi Kertas Undi,  pangkah bulan.   Apa salahnya!

 

 

 

 

 

NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT

Mursyidul Am PAS

Bertarikh:     3 Jamadil Awal 1423 / 14 Julai 2002 

 


Bravenet.com

www.kelantan.net is managed by: kelantaniklan, tekno associate and public affilliate and world wide web associates