Bermulanya Politik Nik
Abdul Aziz Nik Mat (The Living Legend - DOA - Long Live Tok Guru)
Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat telah
menjadi Menteri Besar kelantan semenjak kemenangan besar PAS di dalam
pilihanraya umum di Kelantan pada tahun 1990.
"Sebenarnya kalau ditanya jiwa
halus saya, saya tidak hendak jadi Menteri Besar. Apa yang saya hendak
ialah saya menumpang berdakwah di atas dunia Allah Ta'ala ini,"
katanya.
Guru Agama bersuara perlahan dan
berwajah lembut yang telah dimakan usia itu merupakan Mursyidul Am
PAS. Beliau mengetuai Majlis Syura Parti Islam SeMalaysia iaitu
badan tertinggi yang menjadi pengawal kepada dasar-dasar parti.
"Pengajian saya di luar negara
ialah mengenai sistem kehakiman syarak.Dalam kepala saya ketika itu, tak
adalah kerja saya melainkan saya balik menjadi guru kampung atau menjadi
kadi dan mufti,"katanya kepada wartawan.
Tetapi penangkapan beberapa guru agama
di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) pada tahun 60-an telah
mengubah Nik Ab. Aziz. Beliau masuk PAS tiga hari sebelum menjadi
calon pilihan raya kecil Parlimen Pengkalan Chepa 1967 kerana marahkan
tindakan itu.
|