Siapakah
Nik Aziz Nik Mat?
KEMENANGAN
Angkatan Perpaduan Ummah di Kelantan dalam pilihanraya umum
tahun 1990 dan perlantikan Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz
sebagal Menteri Besar merupakan dua peristiwa penting dalam
sejarah politik tanahair.
Dalam
sejarah pilihanraya umum di negara kita, belum pernah berlaku
parti-parti pembangkang bergabung dan dapat mengalahkan parti
pemerintah (Barisan Nasional) lalu menubuhkan sebuah kerajaan
negeri. Inilah yang berlaku di Kelantan apabila Angkatan
Perpaduan Ummah menang untuk berkuasa dalam pilihanraya
tersebut.
Angkatan
Perpaduan Ummah bukan sahaja telah berjaya menumbangkan
kerajaan Barisan Nasional, malah telah memenangi semua (sapu
bersih) kerusi yang dipertandingkan untuk Dewan Undangan
Negeri dan untuk parlimen di Kelantan.
Dalam
sejarah perlantikan Menteri Besar pula belum ada seorang tok
guru yang berserban dan berjubah dilantik sebagai Menteri
Besar, selain daripada Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz bin Nik
Mat.
Inilah
yang saya katakan bahawa kemenangan mutlak Angkatan Perpaduan
Ummah di Kelantan dan perlantikan Tuan Guru Haji Nik Abdul
Aziz sebagai Menteri Besar merupakan dua peristiwa penting
dalam sejarah politik tanahair.
Satu
hakikat yang harus diakui ialah kemenangan mutlak yang dicapai
oleh Angkatan Perpaduan Ummah di Kelantan itu ada hubung
kaitnya dengan kepimpinan dan keperibadian Tuan Guru Haji Nik
Abdul Aziz yang dianggap unik dan luar biasa itu.
Ada
kalangan yang berpendapat bahawa sekiranya Tuan Guru Haji Nik
Abdul Aziz tidak memimpin PAS Kelantan, Angkatan Perpaduan
Ummah tidak akan mencapai kemenangan mutlak sebagaimana yang
dicapai dalam pilihanraya umum tahun 1990 itu.
Pendapat ini disokong pula oleh beberapa orang wartawan dalam
dan luar negeri (termasuk wartawan dari kumpulan akhbar Utusan
Melayu) yang meramalkan bahawa agak sukar bagi UMNO untuk
menguasai semula negeri Kelantan melalui pilihanraya selagi
Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz memegangjawatan Menteri Besar.
Pendek kata, kepimpinan dan pengaruh peribadi Tuan Guru Haji
Nik Abdul Aziz menjadi faktor utama dalam percaturan politik
di negeri Kelantan pada masa kini.
Di
dalam buku ini, saya telah mencatatkan beberapa kisah yang
agak menarik mengenai latarbelakang pendidikan Tuan Guru Haji
Nik Abdul Aziz dan latar belakang keluarganya. Bagi saya Tuan
Guru Haji Nik Abdul Aziz ini bukan sahaja sebagai seorang
Menteri Besar dan wakil rakyat yang luar biasa, malah beliau
ialah seorang ulama dan pendakwah yang unik.
Latar belakang pendidikannya tidak sama dengan Menteri-Menteri
Besar lain sebelum ini. Kalau dalam kuliah dan ceramah beliau
sering menekankan soal mendaulatkan Islam maka dalam
pentadbiran di negeri Kelantan juga beliau menitik beratkan
soal menegakkan hukum Allah.
Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz tidak bertindak dan tidak
melakukan sesuatu kecuali untuk kepentingan Islam.
Beliau
menemui rombongan pemimpin daripada Parti Tindakan Demokratik
(DAP) yang diketuai oleh Encik Lim Kit Siang bukan dengan
tujuan untuk berbincang tentang hubungan berpolitik tetapi
dengan tujuan untuk menyampaikan pandangan dan ajaran Islam
kepada para pemimpin bukan Islam yang berpengaruh itu.
Inilah
sifat-sifat keistimewaan Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz yang
tidak kelihatan pada mana-mana Menteri Besar dan Menteri
kerajaan Pusat di negara ini.
Soal
yang paling utama dan mencabar yang dihadapi oleh tuan Guru
Haji Nik Abdul Aziz ialah soal melaksanakan hukum Hudud di
negeri Kelantan.
Sebagai seorang Menteri Besar yang mewakili Parti Islam (PAS)
beliau menyambut baik kenyataan dan jaminan Perdana Menteri
Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamed bahawa kerajaan Pusat tidak
akan menghalang hasrat kerajaan Kelantan melaksanakan hukum
Hudud di peringkat negeri.
Di
negara ini, soal perlaksanaan hukum Hudud belum pernah
dibincangkan dengan sebegitu serius sebelum Tuan Guru Haji Nik
Abdul Aziz membangkitkannya walaupun PAS di bawah tiga orang
Menteri Besar telah menjalankan pemerintahan di Kelantan
selama 18 tahun sebelum dijatuhkan oleh Barisan Nasional pada
tahun 1978.
Hanya
apabila seorang Menteri Besar dari kalangan ulama dilantik
sebagai Menteri Besar, maka barulah perlaksanaan hukum Hudud
ini dibincang secara serius sekali. Hakikat inilah yang
menjadikan perlaksanaan hukum Hudud menjadi satu perkara yang
amat menarik ketika Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz memimpin
kerajaan Kelantan.
Ekoran
daripada azam dan cita-cita kerajaan Angkatan Perpaduan Ummah
yang diterajui oleh PAS di Kelantan hendak melaksanakan hukum
Hudud itu maka ramai intelek Islam termasuk pakar
undang-undang Islam di Universiti Islam Antarabangsa, Tan Sri
Professor Dr. Ahmad Ibrahim, telah memberi pandangan dan
tafsiran tentang hukum Hudud itu.
Masyarakat
Islam dan bukan Islam telah mendapat gambaran yang jelas
tentang kedudukan hukum Hudud itu melalui tulisan para intelek
islam yang disiarkan oleh akhbar-akhbar tempatan.
Seorang rakan memberitahu saya bahawa satu peristiwa yang
menarik telah berlaku apabilaTuan Guru Haji Nik Abdul Aziz
berucap di Markaz PAS Tebuk Pulai, Sabak Bernam, Selangor
dalam bulan Mei 1992. Beberapa orang sami Buddha dan ketua
masyarakat bukan Islam hendak mengetahui soal perlaksanaan
hukum Hudud dari mulut Menteri Besar Kelantan itu sendiri lalu
mereka duduk di pentas untuk mengikuti ucapan Tuan Guru Haji
Nik Abdul Aziz dengan penuh minat. Ini semua berlaku kerana
rahmat hukum Hudud yang hendak dilaksanakan oleh kerajaan
negeri Kelantan di bawah pimpinan Tuan Guru Haji Nik Abdul
Aziz bin Nik Mat.
Soal
perlaksanaan hukum Hudud ini memberikan kepada kita banyak
pengertian dan tanggapan tentang Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz
sebagai ulama dan Menteri Besar.
Menteri Besar yang luar biasa
Perlantikan
seorang yang berpendidikan agama sebagai Menteri Besar pada
mulanya dianggap sebagai perkara biasa sahaja. Ini adalah
kerana sebelum ini memang sudah ada beberapa orang Menteri
Besar dipilih dari kalangan orang-orang yang memperolehi
kelulusan tinggi dalam pelajaran agama.
Bekas
Menteri Besar Johor, Allahyarham Tan Sri Hassan Yunus, ialah
seorang yang berkelulusan Universiti Al-Azhar di Mesir, sebuah
universiti yang banyak melahirkan tokoh-tokoh agama.
Allahyarham Tan Sri Hassan juga pemah berkhidmat sebagai mufti
kerajaan Johor sebelum bergiat cergas dalam UMNO.
Menteri
Besar Terengganu sekarang, Tan Sri Wan Mokhtar Ahmad. juga
seorang lepasan Universiti Al-Azhar. Beliau pernah berkhidmat
sebagai seorang guru kanan di Sekolah Menengah Agama Zainal
Abidin, Kuala Terengganu sebelum bertanding untuk menjadi
wakil rakyat kawasan parlimen Kemaman dalam pilihanraya umum
1964.
Sewaktu
PAS menguasai kerajaan negeri Kelantan pada tahun 1959,
Menteri Besarnya, Allahyarham Datuk Ishak Lotfi Omar, ialah
seorang yang mendapat didikan agama di Tanah Suci Makkah dan
beliau pernah bertugas sebagai seorang pegawai di Majlis Agama
Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan sebelum bertanding
untuk kawasan Dewan Undangan Negeri Ketereh dalam pilihanraya
umum tahun 1959.
Bekas
Menteri Besar Terengganu, Allahyarham Tan Sri Ibrahim Fikri
Muhammad, dan bekas Menteri Besar Perak. Allahyarham Datuk
Ahmad Said, juga mendapat pendidikan agama tempatan sebelum
Perang Dunia Kedua.
Pendek
kata, tokoh-tokoh yang mempunyai pengajian agama telah pun
diberi amanat untuk memegang jawatan penting sebagai Menteri
Besar atau Menteri kerajaan Pusat.
Berdasarkan
kepada hakikat itulah, maka perlantikan Tuan Guru Haji Nik
Abdul Aziz sebagai Menteri Besar dalam kerajaan Angkatan
Perpaduan Ummah dianggap sebagai perkara biasa sahaja.
Masyarakat
umum pada mulanya menjangka bahawa Tuan Guru Haji Nik Abdul
Aziz akan mengikut jejak langkah para Menteri Besar lain
setelah menduduki kerusi Menteri Besar itu. Atau dengan
lain perkataan, Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz juga mungkin
akan mengubah corak atau gaya hidupnya setelah dilantik
menjadi ketua kerajaan negeri supaya sesuai dan selaras dengan
gaya hidup menteri-menteri lain sebagaimana lazimnya dilakukan
oleh orang-orang yang mendapat jawatan dan pangkat tinggi
dalam zaman moden ini.
Kalau
seorang bekas mufti, atau bekas guru agama, atau juga bekas
pegawai kanan di Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu
Kelantan telah mengubah corak hidup supaya menjadi ala-Barat
serta selaras dan setaraf dengan pemimpin-pemimpin kerajaan
negeri atau Pusat, maka mengapa Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz
tidak berbuat demikian?
Apakah
keistimewaan Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz dalam perkara ini?
“Kalau
beliau seorang insan biasa, sudah tentu pula jauh sekali
daripada seorang malaikat, sudah pasti lambat-laun beliau akan
mengikuti jejak langkah Menteri-Menteri Besar sebelumnya.”
ujar seorang wartawan yang belum mengenali peribadi Tuan Guru
Haji Nik Abdul Aziz dengan lebih dekat.
Pada
peringkat awal, ada kalangan yang dapat menerima pendapat dan
teori seperti yang dikatakan wartawan itu, tetapi setelah
lebih setahun beliau memegang jawatan Menteri Besar, orang
ramai mula menyedari bahawa Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz ini
ialah seorang Menteri Besar yang luar biasa.
Apa
yang jelas sekarang ialah beliau tidak begitu mudah dapat
dipengaruhi oleh kelaziman-kelaziman dalam gaya hidup
orang-orang yang telah mendapat kedudukan dan jawatan tinggi
dalam kerajaan dan parti politik.
Dan
setakat ini, beliau masih dapat mempertahankan corak hidupnya
sebagal seorang tok guru dan pendakwah sepenuh masa tanpa
terpedaya dengan kelaziman-kelaziman corak hidup yang
diperlihatkan oleh pemimpin-pemimpin kerajaan yang lain.
Tuan
Guru Haji Nik Abdul Aziz bukan sahaja Menteri Besar yang luar
biasa, malah beliau telah dikenali sebagai seorang wakil
rakyat yang luar biasa juga.
Selama
19 tahun beliau menjadi anggota parlimen dan lima tahun
sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri beliau masih tidak
mempunyai rumah yang dilengkapi dengan perhiasan mewah hatta
kerusi meja sekalipun, sebagaimana kebanyakan orang menganggap
peralatan ini harus ada pada seseorang pemimpin parti atau
wakil rakyat apatah lagi menteri.
Ketika
saya dan rakan-rakan lain dari Kuala Lumpur dan Kuala
Terengganu dijemput menikmati sarapan pagi di kediamannya di
Pulau Melaka pada 30 Disember 1990, saya tidak nampak di ruang
tamu itu kerusi meja, walaupun sebuah.
Kami
menikmati sarapan pagi dengan duduk bersila di lantai lapang
yang bertikar; jauh sekali bezanya daripada keadaan duduk di
kerusi empuk dengan dikelilingi perhiasan-perhiasan mewah di
rumah Menteri-Menteri atau wakil-wakil rakyat yang pemah kami
kunjungi.
Walau
bagaimanapun, kami berasa lebih mesra dan selesa berada di
tengah-tengah kesederhanaan hidup seorang Menteri Besar dan
pemimpin Islam ini.
Sebelum
kunjungan ini, rakyat Malaysia telah dikejutkan dengan satu
kenyataan akhbar yang menyebut bahawa Menteri Besar Kelantan,
Tuan Guru Haj i Nik Abdul Aziz, tidak akan berpindah ke
kediaman rasmi Menteri Besar di JKR 10, Kampung Sirih, Kota
Baharu.
Kenyataan
akhbar itu juga menjelaskan bahawa Tuan Guru Haji Nik Abdul
Aziz akan tetap tinggal di rumahnya yang asal di belakang
masjid Pulau Melaka yang dibina oleh almarhum ayahnya, Tuan
Guru Haji Nik Mat bin Raja Banjar atau lebih terkenali dengan
panggilan Haji Nik Mat Alim.
Dengan
kenyataan itu, jelaslah bahawa Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz
lebih mengutamakan hidup di sebuah rumah serba sederhana yang
berhampiran dengan sebuah masjid daripada menikmati hidup di 'istana'
yang dilengkapi dengan alat perhiasan serba mewah seperti di
JKR 10 itu.
Beliau
hanya datang sekali-sekala sahaja ke JKR 10 untuk menemui
tetamu dari dalam dan luar negeri. Dan kediaman rasmi Menteri
Besar itu sekarang ini dijadikan tempat tetamu-tetamu kerajaan.
Belum ada dalam sejarah tanahair seorang Menteri Besar enggan
berpindah ke kediaman yang lebih mewah dan serta indah selain
daripada Menteri Besar Kelantan sekarang.
Dan
dalam sejarah tanahair, tidak ada rumah seorang wakil rakyat
yang tidak dilengkapkan dengan kerusi meja dan kemudahan mewah
dan mahal selain daripada rumah bekas Ahli Parlimen Pengkalan
Chepa dan Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan Semut Api.
Sedangkan beliau sudah menjadi wakil rakyat selama 25 tahun.
Inilah
yang dikatakan bahawa Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz ini bukan
sahaja sebagal Menteri Besar yang luar biasa, malah beliau
juga seorang wakil rakyat yang tidak ada bandingannya di
tanahair kita.
Sebagai
seorang Menteri Besar yang mewakili parti Islam, beliau cuba
mengamalkan kehidupan dan tugas harian mengikut ajaran Islam
yang memang menjadi prinsip dan pegangannya.
Beliau
juga berusaha menyelesaikan masalah yang dihadapinya mengikut
cara Islam, tidak seperti Menteri Besar yang lain yang
menghadapi tugas dan masalah mereka dengan lebih merujuk
kepada sistem ciptaan penjajah atau sistem yang tidak
bersangkut paut atau mungkin juga bertentangan dengan ajaran
Al-Quran dan sunnah Rasulullah S.A.W.
Menteri-Menteri
Besar lain daripada UMNO, walaupun berkelulusan dari
Universiti Al-Azhar, diketahui tidak pernah berusaha ke arah
mendekatkan pegawai-pegawai kerajaan kepada menghayati Islam
dalam erti kata yang sebenarnya.
Dalam
hal ini Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz telah memperlihatkan
kejayaan awal membentuk peribadi Islam di kalangan pegawai dan
kakitangan kerajaan. Misalnya, di pejabat Menteri Besar,
apabila masuk waktu Zohor, beliau mengajak kakitangan kerajaan,
termasuk anggota tentera dan polis, serta para tetamu beragama
Islam bersembahyang jamaah bersama-samanya.
Selepas
menunaikan fardhu Zohor, beliau mengambil masa 10 minit untuk
memberi “kuliah senafas” kepada para kakitangan dan tetamu
itu.
Inilah
cara hidup dan amalan seorang Menteri Besar yang bertaraf
ulama dan Tok Guru ketika memegang jawatan sebagai ketua
kerajaan Negeri Kelantan.
Sebelum
Angkatan Perpaduan Ummah berkuasa di Kelantan, kita hanya
dapat melihat papan-papan tanda yang menunjuk dan mengingatkan
kita ada sekolah atau hospital kira-kira 500 meter di hadapan.
Tetapi kini, kerajaan Angkatan Perpaduan Ummah Kelantan
pimpinan Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz telah memasang pula
papan-papan tanda yang menunjukkan serta memberi ingatan
kepada kita bahawa kira-kira 500 meter di hadapan ada masjid.
Tercacaknya
papan-papan tanda yang menunjukkan adanya masjld itu, telah
memberi kesan positif kepada seseorang Islam yang menggunakan
jalan raya berkenaan.
Mengingatkan
orang Islam tentang adanya masjid adalah sama dengan
mengingatkan kaum Muslimin dan Muslimat supaya menunafkan
solat lima waktu, kerana masjid dan sembahyang tidak dapat
dipisahkan antara satu sama lain.
Dalam
memimpin kerajaan Kelantan, Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz
menyelaraskan kepimpinannya itu sebagai usaha membentuk
fikiran rakyat supaya berfikir dan bertindak mengikut cara
Islam.
Sebagai
contohnya, kerajaan negeri telah meletakkan papan-papan tanda
di simpang-simpang jalan di dalam Bandar Kota Bharu untuk
memberi panduan kepada orang ramai bagaimana cara untuk
memotong kenderaan di jalanraya mengikut ajaran Islam.
Apa
yang jelas sekarang ialah Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz
menghendaki supaya rakyat Kelantan beramal mengikut ajaran
Islam daripada sekecil-kecil amalan seperti memotong kenderaan
dijalan raya sehinggalah kepada perkara-perkara Besar seperti
mentadbir negara dan sebagainya.
Kalau
dikaji sejarah beliau menyertai PAS, maka jelaslah bahawa
tujuan utama Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz menyertal PAS
adalah untuk berdakwah dan menyampaikan ajaran Islam yang
hakiki kepada ummah seluruhnya.
Tugas
Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz menjadi lebih berat lagi apabila
beliau dilantik untuk memimpin kerajaan Negeri Kelantan yang
majoriti rakyatnya menghendaki supaya Islam dijadikan dasar
dan amalan pemerintahan Negeri.
Beliau
telah menggunakan kuasa sebagai Menteri Besar untuk membuat
beberapa perubahan ke arah menjadikan Negeri Kelantan sebagai
sebuah negeri contoh atau model Negeri Islam di negara
Malaysia ini bahkan di seluruh dunia.
Dengan
kerjasama parti-parti komponen Angkatan Perpaduan Ummah,
beliau dijangka tidak akan menghadapi apa-apa masalah untuk
melaksanakan hasrat dan cita-cita rakyat Kelantan itu.
Apa
yang paling menarik sekali dalam usaha beliau membuat beberapa
perubahan itu ialah sokongan yang didapati oleh beliau
daripada masyarakat bukan Islam setempat.
Terdapat
pemimpin masyarakat Cina dari parti MCA di Kelantan yang
sanggup menghadapi tindakan disiplin daripada parti itu kerana
memberi sokongan kepada kerajaan Kelantan di bawah pimpinan
Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz.
Sokongan
masyarakat bukan Islam terhadap pimpinan Tuan Guru Haji Nik
Abdul Aziz itu sekaligus menolak dakwaan sesetengah golongan
yang mengatakan bahawa pelabur asing takut hendak menanam
modal di Kelantan kerana Menteri Besarnya memakai jubah dan
serban serta menjadikan Islam sebagai dasar pemerintahan.
Pelabur-pelabur luar Negeri menyedari dan yakin tentang
kestabilan politik yang berterusan di negeri Kelantan walaupun
seorang ulama Islam yang tegas hendak melaksanakan Islam
mengetuai kerajaan, dan besar kemungkinan lebih banyak lagi
pemodal asing akan menanam modal di negeri itu.
Dalam
sidang Dewan Undangan Negeri Kelantan pada 3 Ogos 1991, Dewan
telah diberitahu bahawa kira-kira 200 juta ringgit modal asing
telah dilaburkan di Kelantan sejak Angkatan Perpaduan Unnnah
mengambil alih pentadbiran negerl. Keyakinan pemodal asing dan
sokongan masyarakat bukan Islam terhadap kerajaan Negeri itu
adalah kerana ketokohan Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz sebagai
seorang Menteri Besar yang mampu untuk menghadapi segala
cabaran.
Setakat
ini, musuh-musuh politik PAS dan Angkatan Perpaduan Ummah
didapati gagal untuk menghalang masyarakat bukan Islam
daripada menyokong kerajaan negeri Kelantan dan gagal untuk
menakut-nakutkan pemodal asing melabur di negeri Kelantan yang
dipimpin oleh Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz.
Setelah
kita mengkaji dan meneliti segala tindak-tanduk dan amalan
Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz sejak beliau memegang jawatan
selama setahun setengah, maka jelaslah bahawa ada banyak
perbezaan antara beliau dengan Menteri-Menteri Besar lain yang
berkelulusan agama, khususnya dari Universiti Al-Azhar.
Berbanding
dengan apa yang dilakukan oleh Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz
kettka menjadi Menteri Besar, Allahyarham Tan Hassan Yunus,
Johor dan sekarang Tan Sri Wan Mokhtar Ahmad, Terengganu tidak
mampu dan tidak sanggup memberi kuliah subuh dan menjalankan
kerja-kerja dakwah apabila mereka menjadi Menteri Besar.
Tidak
ada seorang Menteri Besar sebelum ini yang sanggup tinggal di
sebuah rumah yang tidak mempunyai alat-alat perhiasan dan
kerusi meja yang indah tetapi Menteri Besar Tuan Guru Haji Nik
Abdul Aziz rela tinggal di rumah yang tidak mempunyai
alat-alat itu selain dua buah almari yang penuh dengan
kitab-kitab agama.
Malah
ada antara Menteri Besar yang baru sahaja memegang jawatan
tidak sabar-sabar lagi berpindah ke kediaman Menteri Besar
yang serba indah dan mula membina rumah sendiri dengan harga
yang mahal.
Menteri
Besar Kelantan sekarang mempunyai sikap yang amat berbeza
daripada Menteri-Menteri Besar tersebut.
Rumah
Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz di Pulau Melaka masih sederhana.
Rumah kampung daripada kayu ini terselindung di belakang
masjid. Semua ini sebagai membuktikan bahawa beliau tidak
terpedaya dengan darjat dan kebendaan.
Sebelum
ini belum ada seorang Menteri Besar dari kalangan lulusan
tinggi agama yang dapat mengekalkan identiti sebagai seorang
ulama dan pendakwah selain daripada Tuan Guru Haji Nik Abdul
Aziz bin Nik Mat.
Kita
telah dapat melihat beberapa orang yang sebelum menjadi
Menteri Besar tidak pernah memakai pakaian barat, tetapi
setelah memegang jawatan Menteri Besar, mereka kelihatan
seolah-olah lebih barat daripada mereka yang mendapat didikan
sekular.
Ini
adalah kerana mereka terpengaruh dengan kedudukan dan jawatan
yang mereka pegang. Tetapi setakat ini, Alhamdulillah, Tuan
Guru Haji Nik Abdul Aziz masih kekal sebagai Haji Nik Abdul
Aziz yang lama, dan beliau tidak terpengaruh dengan kelaziman
corak hidup Menteri-Menteri Besar yang lain.
Para
pemerhati politik tanahair mula menyedari bahawa Menteri Besar
Kelantan yang bernama Haji Nik Abdul Aziz ini bukanlah
sembarangan Menteri Besar, tidak serupa dengan Menteri-Menteri
Besar yang berkuasa sebelum ini, bukan sahaja di Kelantan
bahkan di negeri-negeri lain.
Tuan
Guru Haji Nik Abdul Aziz ialah seorang Menteri Besar yang luar
biasa, dan beliau juga seorang ulama dan Tok Guru yang unik
apabila dibandingkan dengan ulama-ulama dan tok guru-tok guru
lain yang ada sekarang.
Peribadinya
di bentuk untuk menjadi ulama sebenar
Faktor
utama kejayaan Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz bin Nik Mat dalam
bidang pelajaran dan politik adalah kerana didikan daripada
almarhum ayahandanya yang terkenal sebagai seorang ulama yang
bersikap tegas dan keras terhadap pendidikan anak-anaknya.
Allahyarham
Tuan Guru Haji Nik Mat bin Raja Banjar, ayahanda kepada Tuan
Guru Haji Nik Abdul Aziz ini, ialah seorang ulama yang
terkenal pada zamannya dan almarhum juga dikenali sebagai Haji
Nik Mat Alim.
Ayahanda
kepada Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz ini juga dikenali dengan
gelaran 'Haji Nik Mat Pongoh' di kalangan penduduk sekitar
Kedai Lalat dan Pulau Melaka.
Gelaran
'Pongoh' itu diberi kerana almarhum dikatakan bersikap keras
dan bengis terhadap anak-anak dan murid-muridnya. Almarhum
ialah seorang ulama yang mengambil perhatian yang berat
terhadap pelajaran anak-anaknya.
Menerusi
pondok Pulau Melaka yang diasaskannya itu, almarhum telah
mendidik anak-anaknya bersama-sama dengan ratusan pelajar lain
yang datang dari seluruh ceruk rantau Asia Tenggara.
Di
Pondok Pulau Melaka inilah Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz
mendapat didikan awal daripada almarhum ayahandanya bersama-sama
dengan pelajar-pelajar lain.
Allahyarham
Tuan Guru Haji Nik Mat tidak dapat bertolak ansur dengan
anak-anaknya tentang pelajaran dan pakaian. Anak-anaknya
diperintahkan supaya memakai kain pelikat, baju Melayu,
memakai songkok atau kopiah putih. Dan anak-anaknya dilarang
keras berambut panjang.
Perintah-perintah
ini bukan sahaja ditujukan kepada anak-anaknya tetapi juga
kepada semua muridnya di pondok itu.
Menurut
anaknya, Nik Din (adik kepada Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz),
almarhum ayahandanya telah mewajibkan anak-anaknya bangun pada
jam 4.00 pagi setiap hari untuk membaca dan menghafaz Al-Quran.
"Selepas
menunatkan solat fardhu Subuh, kami diperintahkan supaya
mengulangkaji dan menghafaz nahu-saraf bahasa Arab.
"Pada
sebelah petang, selepas sembahyang Asar, kami diwajibkan
mempelajari ilmu tajwid dan membaca Al-Quran.
"Dan
selepas sembahyang Maghrib, kami ikuti pelajaran Hadith dan
tafsir Al-Quran.
'Kalau
ada antara kami yang terlewat bangun dari waktu yang telah
ditetapkan, kami akan dihukum, dan paling kurang, kami akan
dijiruskan dengan air sebelum waktu Subuh," kata Nik Din.
Nik
Din selanjutnya menerangkan bahawa disiplin pada zaman
abang-abang (zaman Nik Aziz) dan kakak-kakaknya adalah lebih
keras dibandingkan dengan disiplin yang dikenakan terhadap
adik-adiknya.
Beliau
juga menceritakan bahawa Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz dan
adik-adiknya pernah dipukul kerana tidak menghafaz pelajaran
sebagaimana yang diperintahkan.
Begitulah
kerasnya disiplin Allahyarham Tuan Guru Haji Nik Mat terhadap
anak-anaknya dalam soal pelajaran dan soal-soal yang ada
hubungkaitnya dengan ajaran agama Islam.
Di
samping mengenakan disiplin yang ketat kepada anak-anaknya
dalam soal pelajaran, Allahyarham juga menggalakkan
anak-anaknya supaya menceburkan diri dalam bidang pertanian.
Allahyarham Tuan Guru Haji Nik Mat sangat berminat dalam
bidang pertanian dan anak-anaknya telah dikerahkan supaya
membantunya dalam bidang pertanian.
Untuk
menggalakkan anak-anaknya supaya membantunya bertani
Allahyarham telah membayar upah lima puluh sen kepada
tiap-tiap seorang anaknya yang berjaya menggali satu lubang
untuk menanam sebatang pokok rambutan.
Selain
daripada mengajar dan berdakwah, Allahyarham menghabiskan masa
lapangnya dengan menanam pokok rambutan, durlan, nenas, pisang
dan tanaman-tanaman lain di sekeliling pondoknya di Pulau
Melaka itu. Allahyarham juga dikatakan pernah
berkebun secara lebih serius di luar kawasan Pulau Melaka.
Oleh
kerana Allahyarham begitu berminat sekali dalam bidang
pelajaran agama dan pertanian, maka antara syarat untuk
memilih bakal menantunya juga diutamakan kepada mereka yang
mendapat didikan agama dan sanggup menjadi petani sepenuh masa.
Oleh sebab itulah, Allahyarham Haji Nik Amat, iaitu suami
kepada Nik Zainab (kakak kepada Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz)
telah menjadi menantunya yang pertama.
Allahyarham
Haji Nik Amat merupakan seorang ulama dan seorang petani yang
gigih telah membuka pondok dan berkebun di Batu Balai,
Jerantut, Pahang. Beliau memang berjaya dalam kedua-dua
bidang ini.
Ekoran
daripada perpindahan Nik Zainab mengikuti suaminya itu maka
beberapa orang adiknya yang terdiri daripada Haji Nik
Abdullah, Nik Wajih dan Hajah Aishah bersama-sama suaminya
turut berpindah ke Batu Balai, Jerantut.
Kesemua
anak dan menantu Allahyarham Haji Nik Mat Alim yang berada di
daerah Jerantut ltu masing-masing telah memiliki kebun getah
dan kebun durian. Mereka boleh dianggap sebagai pekebun
yang berjaya.
Walaupun
anak-anak dan menantu Tuan Guru Haji Nik Mat itu berhijrah ke
Pahang sebagai pekebun, tetapi mereka telah dilengkapi dan
dibekali dengan ilmu dan pengetahuan agama yang membolehkan
juga mereka menjadi pendakwah.
Inilah
keistimewaan anak-anak dan menantu Allahyarham Tuan Guru Haji
Nik Mat yang telah memberikan didikan yang berkesan di Pondok
Pulau Melaka sebelum berhijrah atau berpindah ke kawasan lain.
Hasil
daripada sikap tegas terhadap anak-anaknya itu, maka semua
anaknya patuh kepada perintah Tuhan, dan tidak melakukan
amalan-amalan yang bertentangan dengan ajaran agama Islam yang
maha suci, taat kepada ibu bapa dan berjaya dalam lapangan
hidup yang mereka ceburi.
Walaupun
anak-anak perempuannya hanya setakat menjadi suri rumah tangga
sahaja, tetapi mereka mampu untuk menjadi pendakwah atau guru
agama kerana mereka telah mendapat didikan dan latihan
daripada orang tua mereka, Allahyarham Tuan Guru Haji Nik Mat
bin Raja Banjar.
Anak
perempuannya yang sulung, Nik Zainab binti Haji Nik Mat, turut
belajar bersama-sama suaminya dengan Allahyarham Tok Khurasan
di Kampung Sirih, Kota Baharu dalam zaman pemerintahan Jepun
dahulu.
Tuan
Guru Haji Nik Abdul Aziz dan almarhum ayahandanya adalah
antara murid-murid Tok Khurasan pada waktu itu. Encik Taib,
anak Tok Khurasan, menceritakan bahawa tidak ramai murid
ayahnya sedar tentang kehadiran seorang perempuan berguru
kepada ayahnya pada waktu itu kerana kehadirannya secara
tertutup dan rahsia.
"Keluarga
saya sendiri pada mulanya tidak menyedari adanya anak
perempuan Haji Nik Mat bersama-sama suami dan adiknya (Haji
Nik Abdul Aziz) mengikuti pelajaran yang disampaikan oleh
Allahyarham Tok Khurasan. Ada tabir melindungi keluarga
Haji Nik Mat di madrasah itu,' jelas Encik Taib lagi.
Kisah
ini sengaja dipaparkan untuk membuktikan bahawa Allahyarham
Tuan Guru Haji Nik Mat Alim itu seorang ulama dan seorang bapa
yang mementingkan pelajaran anak-anaknya sehinggakan anak
perempuan sulungnya juga ikut belajar bersama-samanya dengan
Tok Khurasan dalam zaman pemerintahan Jepun dahulu.
Tidak
ramai anak perempuan atau golongan muslimat yang turut menadah
kitab untuk belajar secara sepenuh masa dalam tahun-tahun
1940an dahulu. Tetapi Tuan Guru Haji Nik Mat sudah memandang
betapa pentingnya pelajaran untuk anak-anaknya walaupun anak
perempuan.
Menurut
beberapa orang tua yang rapat dengan keluarga Tuan Guru Haji
Nik Mat di Kedai Lalat, disiplin yang ketat dan kawalan yang
keras ke atas anak-anaknya itu bukan sahaja telah memberi
kesan yang positif kepada kehidupan anak-anaknya, malah telah
memberi manfaat kepada anak-anak muridnya iaitu mereka yang
seangkatan dengan Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz.
Seorang
daripada anggota keluarganya, Haji Nik Ali bin Raja Ismail,
yang lebih dikenali dengan panggilan ‘Ayah Li’ memberitahu
saya bahawa hampir semua bekas muridnya telah berjaya
menghadapi cabaran hidup kerana berkat daripada asuhan dan
latihan yang keras daripada Allahyarham Tuan Guru Haji Nik
Mat.
Allahyarham
Tuan Guru Haji
Mat mempunyai 27 orang anak daripada empat orang isteri.
Sembilan daripadanya telah meninggal dunia dan yang masih
hidup seramai 18 orang. Antara yang masih hidup itu
ialah sepuluh lelaki dan lapan orang perempuan.
Tuan
Guru Haji Nik Abdul Aziz ialah anak yang kedua daripada
isterinya yang pertama, Cik Aminah binti Majid. Anak-anaknya
daripada isteri yang pertama adalah seperti yang berikut:
-
Nik
Zainab - ikut suami, Allahyarham Haji NikAmat, membuka
tanah berkebun dan membuka sekolah pondok di Batu Balat,
Jerantut, Pahang.
-
NikAbdulAziz
-
Nik
Khadijah
-
Nik
Azizah - suri rumah, sekarang menetap di Ayer Lanas.
-
Nik
Rozi, lulusan Universitt Al-Azhar, bekas pensyarah di
Institut Teknologi MARA, Shah Alam. Sekarang sebagai
Pengetua Maahad Muhammadi (lelaki).
-
Nik
Hassan - meninggal dunia ketika berusia 18 tahun.
-
Nik
Abdul Rahman - meninggal dunia ketika berumur 7-8 tahun.
-
Nik
Anuar - meninggal dunia ketika masih menyusu.
Daripada
isteri yang kedua, Hajjah Kalthum binti Awang, Allahyarham
mendapat seorang anak lelaki yang bernama Nik Hussin, bekas
tentera berpangkat Pegawai Waran bahagian perubatan di Kem
Terendak, Melaka.
Daripada
isteri yang ketiga. Tengku Mariam, Allahyarham mendapat tujuh
orang anak:
-
Haji
Nik Abdullah - pekebun di Batu Balai, Jerantut.
-
Nik
Wajih - membuka tanah kebun di Batu Balai, Jerantut.
-
Hajah
Nik Aishah - ikut suami membuka tanah dan berkebun di Batu
Balai, Jerantut.
-
Nik
Nordin (Nik Din) - lulus SPM dan 4 Thanawi, bertugas di
Syarikat Telekom Malaysia.
-
Hajjah
Nik Aminah - Lulus 4 Thanawi.
-
Nik
Muhammad Nasim - bertugas di Pejabat Pemegang Harta di
Kota Baharu.
Dan
anak-anak daripada isteri yang keempat, Raja Tijah binti Raja
Mamat:
-
Nik
Zubaidah - suri rumah.
-
Nik
Mariam - suri rumah.
-
Nik
Daud - seorang peniaga di Kuantan, Pahang.
-
Nik
Rosnah - suri rumah.
-
Nik
Muhammad Ajun - masih belajar di Universiti Al-Azhar
Kalau
diperhatikan daripada kelulusan anak-anaknya dan pekerjaan
yang diceburi oleh mereka jelaslah bahawa hasratnya untuk
melihat anak-anaknya berjaya dalam bidang pelajaran dan
pertanian telah dimakbulkan oleh Allah yang Maha Kaya.
Faktor
utama kejayaan anak-anaknya itu adalah kerana mereka patuh dan
tunduk kepada garis-garis panduan yang diberi oleh ayahanda
mereka.
Tuan
Guru Haji Nik Abdul Aziz sendiri mengakui bahawa kejayaannya
sekarang ini adalah kerana berkat daripada asuhan dan didikan
almarhum ayahandanya.
"Lebih
daripada separuh kejayaan saya di bidang pendidikan dan
politik harus diberi kepada almarhum ayahanda saya hasil
daripada didikannya yang begitu terasa kekesanannya,"
ujar Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz.
Disiplin
yang ketat yang dikenakan ke atasnya telah menjadikan beliau
sebagai seorang anak yang paling taat kepada kedua
ibu-bapanya, dan sekaligus menjadikan beliau seorang hamba
Allah yang patuh kepada ajaran agama Islam yang maha suci.
Satu
hakikat yang harus diakui ialah sifat wara’ dan merendah
diri yang dimiliki oleh Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz sekarang
adalah kesan daripada ajaran, didikan dan disiplin yang
dikenakan ke atasnya oleh almarhum ayahandanya ketika masih
dalam alam kanak-kanak hinggalah ke alam dewasa.
Dalam
erti kata lain, almarhum ayahandanyalah yang telah membentuk
peribadinya untuk menjadi seorang abid yang berdisiplin, patuh
kepada perintah Allah dan beristiqamah dalam perjuangan untuk
menegakkan hukum Allah di negara ini.
Keturunan
Raja Jembal
AImarhum
Haji Nik Mat bin Raja Banjar adalah daripada keturunan Raja
Jembal yang memerintah negeri Kelantan dalam kurun ke- 16.
Keturunan
Raja Jembal ini masih ramai lagi di negeri Kelantan, terutama
sekali di Kedai Lalat, Pulau Melaka dan beberapa buah kampung
lain di dalam jajahan Kota Baharu.
Sejarah
Raja Jembal telah ditulis oleh Almarhum Dato' Perdana Menteri
Kelantan, Nik Mahmud bin Nik Ismail (ayah Dato' Nik Ahmad
Kamil) sebelum Perang Dunia Kedua.
Buku
sejarah Raja Jembal yang ditulisnya itu telah dijadikan buku
bacaan ilmu tawarikh bagi sekolah-sekolah Melayu di Kelantan
sebelum Perang Dunia Kedua.
Antara
ahli kerabat Raja Jembal yang terkenal ialah Puteri Saadung,
anak angkat Cik Siti Wan Kembang yang memerintah di bahagian
Hulu Kelantan pada waktu ltu.
Asal-usul
atau salsilah keturunan Raja Jembal ini bermula daripada
seorang kerabat diraja Kedah bernama Raja Bersiong yang telah
singgah lalu kemudiannya terus menetap di Kedat Lalat,
kira-kira 10 kilometer dari Kota Baharu.
Raja
Bersiong ini dikatakan membawa dua orang anak angkat yang
bernama Raja Sakti dan seorang lagi bernama Tuan Puteri Mani
Kemian.
Ada
cerita yang mengatakan bahawa Raja Sakti itu berasal dari 'buluh
betung' dan Tuan Puteri Mani Kemian itu terbit dari 'buih'.
Dan ekoran daripada cerita dongeng itulah menyebabkan anak
cucu Raja Jembal tidak memakan sayur buluh betung yang menjadi
makanan kegemaran orang Melayu sejak dulu hingga sekarang.
Tetapi
saya telah diberitahu bahawa cucu-cicit Raja Jembal zaman
sekarang menyifatkan cerita itu sebagai dongeng dan sudah
tidak percaya lagi dengannya.
Cikgu
Tuan Mat bin Raja Kecil, seorarig guru bersara yang arif
tentang sejarah Raja Jembal berkata bahawa sekarang ini tidak
ada lagi orang daripada keturunan Raja Jembal itu yang percaya
dengan dongeng yang mengatakan asal-usul nenek moyang mereka
dari buluh betung dan buih.
"Cerita
yang mengatakan bahawa Raja Sakti itu keluar dari buluh betung
dan Tuan Puteri Mani Kemian itu keluar dari buih hanyalah
rekaan dan khayalan penulis sejarah yang tidak begitu arif
tentang sejarah dan salsilah Raja jembal," kata Cikgu
Tuan Mat.
Walau
bagaimanapun, Cikgu Tuan Mat mengakui bahawa ada wasiat
daripada Raja Bersiong yang tidak membenarkan anak cucunya
memakan sayur buluh betung dan tidak membenarkan anak cucunya
membuat alat-alat rumah atau alat-alat pertanian dan lain-lainnya
daripada buluh betung.
Menurut
Cikgu Tuan Mat lagi, anak-anak cucu Raja Jembal juga tidak
digalakkan memakan sejenis ikan bernama ikan sekacang.
Sejarah
keturunan Raja Jembal itu bermula daripada perkahwinan Raja
Sakti dengan Puteri Mani Kemian, kedua duanya anak angkat Raja
Bersiong.
Setelah
kemangkatan Raja Bersiong, Raja Sakti telah dilsytiharkan
sebagai raja yang berdaulat di sekitar Kedai Lalat dan
beberapa daerah lain di Kelantan.
Hasil
daripada perkahwinan Raja sakti dengan Puteri Mani itu
lahirlah Raja Loyur, Raja Omar, Raja Bahar dan beberapa orang
putera dan puteri lagi.
Keturunan
Raja Jembal yang ada sekarang ini ialah cucu cicit kepada Raja
Sakti dan Puteri Mani Kemian itu.
Menurut
Cikgu Tuan Mat, pemerintahan Raja Jembal di Kelantan berakhir
setelah kemangkatan Raja Kecil Sulung pada tahun 1725.
Setelah
kemangkatan Raja Kecil Sulung satu rebutan kuasa telah berlaku
antara putera-puteranya iaitu Raja Abdul Rahman dengan
kekandanya, Raja Pah.
Akibat
daripada perebutan kuasa itu, Raja Abdul Rahman tersingkir
daripada takhta pemerintahan keturunan Raja Jembal ini dan
suami kepada Raja Pah, Tuan Besar (atau lebih dikenali sebagai
Long Bahar) mengambil alih pemerintahan daripada keturunan
Raja Jembal.
Perpecahan
telah berlaku dalam kerabat keturunan Raja Jembal lni kerana
Tuan Besar (Long Bahar) yang mengambil alih pemerintahan itu
berasal dari Patani.
Sepatutnya
Raja Abdul Rahman yang mewarisi takhta bagi meneruskan kuasa
keturunan Raja Jembal ini kerana Tuan Besar atau Long Bahar
itu bukan daripada keturunan Raja Jembal.
Walaupun
pemerintahan Raja Jembal telah berakhir, namun kesan
sejarahnya masih wujud dengan adanya makam Raja Loyor, makam
Raja Omar dan makam Raja Bahar yang telah dibaiki dan dibina
semula oleh pihak Muzium Negara dalam tahun 1970an.
Makam-makam ini terletak di sekitar Kedai Lalat.
Sebuah
sekolah menengah di Kedai Lalat telah diberi nama Sekolah
Menengah Raja Sakti dan sebuah sekolah rendah di pekan yang
sama diberl nama Sekolah Kebangsaan Raja Bahar.
Saya
telah diberitahu bahawa kerabat keturunan Raja Jembal yang
sekarang berada di sekitar Kedai Lalat, Pulau Melaka, Sering
dan di daerah-daerah lain di Kelantan masih lagi menggunakan
bahasa diraja atau bahasa lstana dalam pertuturan antara
sesama mereka.
Perkataan
'ku', 'patik', 'kanda', 'bonda', 'ayahanda', 'berangkat', 'cerat',
'mangkat' dan sebagainya masih digunakan oleh keturunan Raja
Jembal walaupun kini mereka hanyalah rakyat biasa yang tinggal
di beberapa buah kampung di Kelantan.
Ini
bererti bahawa pengaruh diraja dan istana masih tebal di
kalangan cucu-cicit Raja Jembal yang masih hidup sekarang
walaupun mereka telah dipisahkan dari istana sejak tiga abad
yang lalu.
Cikgu
Tuan Mat memberitahu saya, Persatuan Kebajikan Keluarga Raja
Jembal telah pun ditubuhkan dan mendapat restu daripada
Persatuan Kerabat Diraja Kelantan.
Persatuan
Kebajikan Keluarga Raja Jembal sekarang diketuai oleh Raja
Mahmud bin Raja Mamat, bekas Ahli Dewan Undangan Negeri
Limbongan dan Naib Ketuanya ialah Cikgu Tuan Mat bin Raja
Kechik.
Saya
juga diberitahu bahawa Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz bin Nik
Mat telah dilantik sebagai penasihat kepada Persatuan
Kebajikan Keluarga Raja Jembal ltu. Pihak Kerabat Diraja
Kelantan telah diberitahu tentang perlantikan itu.
Cerita
ini tidak bermaksud untuk mengulas secara panjang lebar
tentang kisah dan sejarah Raja Jembal, tetapi hanya sekadar
untuk mengaitkan serba sedikit riwayat tentang datuk nenek
Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz dan keluarganya sebagai
berketurunan daripada Raja Jembal yang masyhur dalam sejarah
negeri Kelantan. Datuk sebelah bapa kepada Tuan Guru Haji Nik
Abdul Aziz masih lagi menggunakan panggilan 'raja', iaitu Raja
Banjar.
Tuan
Guru Haji Nik Abdul Aziz mengingati suatu perkara tentang
almarhum datuknya ini. Raja Banjar bukanlah orang kaya
walaupun memiliki banyak tanah.
Mengikut
Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz, datuknya suka merantau.
“Kadang-kadang
datuk saya meninggalkan rumah sehingga satu atau dua minggu.
Apabila beliau pulang, dikerjakannyalah tanah dengan menanam
kelapa dan getah secara bersungguh-sungguh bagaikan
menggantikan masa kerjanya yang telah terbuang disebabkan
merantau itu,” kata Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz.
Oleh
kerana Allahyarham Raja Banjar tidak mengambil perhatian yang
berat terhadap pelajaran anak-anaknya, maka seorang anaknya,
Allahyarham Tuan Guru Haji Nik Mat, telah mengambil daya
usahanya sendiri untuk mendapatkan pelajaran agama daripada
ulama-ulama tempatan pada waktu ltu.
Dengan
usahanya sendiri, Allahyarham mulai belajar di Pondok Haji
Omar Mentuan, kemudian melanjutkan pelajarannya ke Pondok Tok
Kenali yang paling terkenal pada waktu itu.
Di
Pondok Tok Kenali, Allahyarham telah mempelajari semua bidang
ilmu agama untuk melayakkan diri menjadi seorang guru agama
yang berkebolehan dan berpengetahuan.
Selepas
mendapat didikan daripada almarhum Tok Kenali, Allahyarham
Haji Nik Mat telah diiktiraf dan diakui sebagai seorang ulama
dan tok guru oleh masyarakat tempatan pada waktu itu.
Sekembalinya
dari Pondok Tok Kenali, Allahyarham telah menunjukkan sikap
anti khurafat dan memusuhi semua bentuk maksiat yang wujud di
sekitar kampung halamannya.
Menurut
Cikgu Tuan Mat bin Haji Tuan Kechik, setelah Allahyarham Tuan
Guru Haji Nik Mat mendapat didikan agama di Pondok Haji Omar
Mentuan dan Pondok Tok Kenali, Allahyarham telah menunjukkan
sikapnya yang tidak mahu bertolak ansur dengan sesiapa sahaja
tentang ajaran agama Islam.
"Allahyarham
secara nekad dan berani menyembelih beberapa ekor 'ayam pelaga'
kesayangan ayahandanya sendiri yang disimpan dalam satu
sangkar yang istimewa.
'Ayahandanya
yang bengis itu tidak berkata apa-apa apabila diberitahu
bahawa orang yang menyembelih ayam pelaga kesayangannya itu
ialah anaknya sendiri yang bernama Nik Mat," kata Cikgu
Tuan Mat.
Peristiwa
tindakan Allahyarham Tuan Guru Haji Nik Mat menyembelih 'ayam-ayam
pelaga' kesayangan ayahandanya itu telah menggemparkan
masyarakat setempat kerana sebelum itu tidak ada seorang insan
pun yang sanggup dan berani menentang ayahandanya itu.
Ekoran
daripada peristiwa itulah, orang ramai mulai kenal siapa dia
Haji Nik Mat bin Raja Banjar itu. Dan masyarakat
setempat mulai menyedari bahawa anak Raja Banjar ini akan
menentang sesiapa sahaja yang mengingkari ajaran Tuhan Yang
Maha Esa.
Masyarakat
setempat mulai kenal bahawa sikap 'gedebe' (handalan) Raja
Banjar dipusakai oleh Haji Nik Mat.
Orang
Kelantan juga mengatakan darah 'gedebe' ini dipusakai pula
oleh Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz, yang ditunjukkannya
melalui ketegasannya dalam sebarang tindakan dan sanggup
berhadapan dengan segala kemungkinan.
Sebagai
seorang ulama muda yang mempunyai hemah dan cita-cita yang
tinggi, Allahyarham Haji Nik Mat sudah pasti tidak akan berasa
cukup dengan ilmu yang ada padanya pada waktu ltu.
Allahyarham terus menyambung pelajarannya dengan beberapa
ulama yang terkenal di Kelantan pada zaman itu.
Dua
orang ulama yang terkenal di Kelantan pada waktu itu ialah
Allahyarham Tok Khurasan dan Mufti Kerajaan Kelantan,
Allahyarham Haji Wan Musa, ayah kepada Allahyarham Nik
Muhammad Mahyuddin Musa.
Kedua-dua
ulama yang menjadi guru kepada Allahyarham Haji Nik Mat
dianggap pakar dalam segala ilmu, khususnya tafsir, Hadith dan
ilmu mantiq.
Allahyarham
Maulana Tok Khurasan berasal dari Bhafar, India (sekarang
dalam Pakistan) dan Allahyarham telah menamatkan pengajiannya
di Universiti Darul Ulum, Deoband. Ada pendapat yang
mengatakan bahawa Allahyarham Tok Khurasan pernah menjadi
mahaguru di Darul Ulum, Deoband.
Sementara
Allahyarham Haji Wan Musa pula, selain daripada memegang
jawatan sebagal Mufti Kerajaan Kelantan, beliau terkenal
sebagai seorang ulama yang progresif dan fikirannya lebih
terbuka daripada ulama-ulama lain pada zaman itu.
Di
samping berguru kepada Maulana Tok Khurasan dan Mufti Haji Wan
Musa, Allahyarham Haji Nik Mat juga mempelajari ilmu tassawuf
daripada seorang ulama Sudan yang menjadi tetamu khas kepada
Allahyarham Haji Wan Musa.
Ulama
Sudan yang dikenali dengan panggilan 'Sheikh Azhari' itu bukan
sahaja menjadi tetamu kepada Haji Wan Musa, malah beliau juga
menjadi guru kepada Haji Wan Musa dan ulama-ulama lain yang
sealiran dengannya.
Saya
telah diberitahu bahawa ulama dari Sudan inilah yang mula-mula
sekali memperkenalkan tassawuf secara lebih mendalam ke negeri
Kelantan. Sebelum itu, tok-tok guru di Kelantan tidak
begitu berminat untuk mempelajari ilmu tassawuf secara Yang
lebih khusus dan mendalam lagi.
Tuan
Guru Haji Nik Mat dikatakan lebih tegas lagi menentang segala
bentuk khurafat dan amalan bid'ah dalam masyarakat Islam
setempat setelah mendekati ulama muffassirin dan muhaddithin
itu. Allahyarham secara terbuka menentang amalan
menunggu kubur, mengadakan kenduri pada hari-hari tertentu
setelah kematian seseorang muslim, membayar fidyah dan
amalan-amalan lain yang dianggap bid'ah.
Selain
daripada itu, Allahyarham bukan sahaja mengharamkan
anak-anaknya daripada menghisap rokok, malah Allahyarham tidak
menerima sebarang bentuk derma hasil daripada jualan rokok dan
hasil daripada jualan daun tembakau.
Ini
adalah kerana mengikut pendapat Tuan Guru Haji Nik Mat
menghisap rokok itu hukumnya haram dan semua perkara yang ada
hubungan dengan rokok seperti daun tembakau dan hasil jualan
rokok juga dianggap haram.
Allahyarham
Tuan Guru Haji Nik Mat akan mematuhi apa sahaja ajaran dan
pendapat guru-gurunya yang lebih arif daripada guru-gurunya
yang terdahulu.
Menurut
anaknya, Nik Din, Allahyarham pernah menerima hadiah dan
pemberian daripada masyarakat setempat kerana penglibatannya
dalam amalan-amalan yang dianggapnya bid'ah itu, tetapi
setelah Allahyarham berguru dengan Maulana Tok Khurasan, Haji
Wan Musa dan Tok Guru Haji Abas maka semua hadiah dan
pemberian yang diterima itu dibuang dan ditanam dalam satu
tempat khas dalam kawasan kediamannya.
"Tetapi
selepas dua tiga tahun kemudian, Allahyarham menemui semula
barang-barang hadiah itu dalam kawasan rumahnya, dan
Allahyarham terus memusnah dan menghancurkan barang-barang
hadiah itu dengan cangkul di tangannya. Allahyarham
bertindak seolah-olah menghukum hadiah yang diterima hasil
daripada penglibatannya dalam amalan-amalan bid'ah sebelum itu.
"Begitulah
keras sikapnya terhadap perkara-perkara yang dianggap
bertentangan dengan ajaran Islam yang hakiki," ujar Nik
Din lagi.
Allahyarham
Tuan Guru Haji Nik Mat, sebagai seorang ulama yang cintakan
kepada ilmu pengetahuan, tidak berasa kekok atau segan untuk
belajar dengan mana-mana ulama yang dianggap lebih alim dan
lebih arif daripadanya.
Tidak
pernah saya dengar seorang ulama yang sanggup belajar bersama-sama
dengan menantunya dalam masa dan tempat yang sama selain
daripada Allahyarham Tuan Guru Haji Nik Mat bin Raja Banjar
dan Tuan Guru Haji Yaakub Lorong Gajah Mati.
Anak
lelaki Allahyarham Tok Khurasan, Encik Taib, mengesahkan
kepada saya bahawa tuan Guru Haji Nik Mat Alim bersama-sama
dengan anaknya, Haji Nik Abdul Aziz, anak perempuan sulungnya,
Nik Zainab, dan menantunya, Haji Nik Amat, belajar dengan
ayahnya dalam zaman pemerintahan Jepun dahulu.
'Saya
masih ingat lagi, dua orang ulama yang terkenal di Kelantan,
iaitu Allahyarham Tuan Guru Haji Yaakub bin Haji Ahmad, yang
lebih terkenal dengan panggilan Haji Yaakub Lorong Gajah Mati,
dan Allahyarham Haji Nik Mat Alim, bersama-sama dengan
anak-anaknya telah belajar dengan ayah saya di Kampung Sirih,'
kata Encik Taib Tok Khurasan.
Allahyarham
Tuan Guru Haji Yaakub Lorong Gajah Mati membawa
bersama-samanya anak-anaknya iaitu Allahyarham Haji Hassan
Yaakub dan Datuk Ustaz Yusuf Zaki Yaakub. Allahyarham Tuan
Haji Hassan Yaakub ialah pemilik Pustaka Aman Press, sebuah
syarikat penerbitan dan percetakan yang terkenal. Datuk
Ustaz Yusuf Zaki Yaakub pula ialah pemilik Pustaka Dian yang
nama barunya sekarang ialah Dian Darulnalm Sdn. Bhd.,
yang juga syarikat penerbitan dan percetakan.
Menurut
Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz, ayahnya pernah menyatakan
hasratnya kepada Maulana Tok Khurasan untuk melanjutkan
pelajaran ke Deoband, India.
Allahyarham
ayahandanya menyatakan bersedia untuk menjual sebidang tanah
kebun getah di Rantau Panjang bagi mendapatkan biaya belajar
di India.
Allahyarham
Tok Khurasan tidak merestui hasrat Tuan Guru Haji Nik Mat itu
dengan alasan bahawa tidak wajar seseorang itu menjual harta
benda, kebun atau kampung halaman semata-mata dengan tujuan
untuk mendapatkan pelajaran di Deoband, India.
Alasan
yang diberi oleh Tok Khurasan itu mungkin kerana beliau tidak
mahu melihat Haji Nik Mat menjadi miskin dan papa kedana
setelah kembali dari Deoband sedangkan Haji Nik Mat pada
ketika itu telah pun diktiraf sebagai ulama yang serba boleh.
Begitulah
kuatnya azam dan cita-cita Allahyarham Tuan Guru Haji Nik Mat
dalam bidang pengajian agama Islam, sehinggakan ketika beliau
sudah masuk ke alam tua dan sudah pun beranak cucu masih lagi
bercita-cita hendak melanjutkan pelajaran ke luar negeri.
Suatu
sifat Haji Nik Mat sejak umur mudanya ialah perangai berjimat
cermat. Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz memberitahu,
"Ayah saya pernah membelah sebatang mancis supaya menjadi
dua batang untuk menjimatkan perbelanjaan semasa beliau
belajar di pondok.'
Apa
yang paling menarik sekali dalam mengkaji dan meneliti riwayat
Allahyarham Tuan Guru Haji Nik Mat dalam soal pelajarannya
adalah tentang kecenderungannya kepada ilmu tafsir Al-Quran,
ilmu Hadith dan ilmu mantiq.
Kecenderungan beliau ini adalah berbeza dengan kecenderungan
ulama-ulama tempatan yang lain ketika itu yang lebih banyak
bertumpu kepada ilmu fikah dan tauhid.
Tidak
ramai ulama yang mengajar tafsir Al-Quran, ilmu Hadith dan
mantiq sebelum munculnya Tuan Guru Haji Abas, Tok Khurasan dan
keluarga Mufti Haji Wan Musa di negeri Kelantan.
Ulama-ulama
yang mengutamakan ilmu Hadith dan tafsir Al-Quran ini dianggap
sebagai ‘kaum muda’ yang tidak disenangi oleh golongan tua
atau ulama ilmu fikah.
Tetapi
dari segi kesedaran politik dan kemasyarakatan, golongan kaum
muda lebih arif dan lebih matang daripada golongan kaum tua.
Oleh
sebab itu, gerakan Islam di mana-mana sahaja telah dipelopori
oleh golongan yang mendokong Al-Quran dan Hadith, sementara
golongan tua hanya menjadi pak turut sahaja dalam mana-mana
gerakan Islam itu.
Berdasarkan
kepada hakikat itulah, saya katakan bahawa Allahyarham Tuan
Guru Haji Nik Mat mempunyai kesedaran politik yang lebih
tinggi daripada ulama-ulama tempatan yang sezaman dengannya.
Kalau
Allahyarham Tuan Guru Haji Nik Mat tidak mempunyai kesedaran
politik mengapa anaknya, Haji Nik Abdul Aziz, tidak dihantar
ke pondok Bunut Payung atau ke Pondok Tok Guru Haji Ghani
Pasir Mas?
Mengapa
Haji Nik Abdul Aziz dihantar ke pondok-pondok dan
madrasah-madrasah yang dikuasai oleh golongan yang mendapat
didikan di Deoband, India?
Dan
mengapa Tok Khurasan, Haji Wan Musa, Tok Guru Haji Abas dan
Maulana Abdullah atau Ustaz Lah, menjadi pilihan Allahyarham
Tuan Guru Haji Nik Mat?
Ini
jelas membuktikan Allahyarham Tuan Guru Haji Nik Mat mempunyai
pandangan yang jauh dalam meletakkan asas bagi pelajaran
anak-anaknya, khususnya Haji Nik Abdul Aziz bin Nik Mat.
Mungkin kalau tidak kerana asas pelajaran yang dibentuk oleh
almarhum ayahandanya, kita tidak dapat melihat Tuan Guru
Haji Nik Abdul Aziz seperti Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz yang
menjadi Menteri Besar Kelantan sekarang.
Tuan
Guru Haji Nik Abdul Aziz yang kita lihat sekarang bukan sahaja
layak untuk memegang jawatan Menteri Besar bahkan beliau mampu
untuk menjadi seorang guru atau pensyarah di madrasah, di
ma'ahad dan di universiti.
Bukan
sekadar itu sahaja, beliau sanggup menjadi petani atau pekebun
sekiranya tenaganya dikehendaki.
Ini
semuanya kerana kebijaksanaan Allahyarham Tuan Guru Haji Nik
Mat meletakkan asas pelajaran anak-anaknya, khususnya Tuan
Guru Haji Nik Abdul Aziz.
Selain
daripada itu, Tuan Guru Haji Nik Mat juga boleh diperhitungkan
sebagai seorang ulama dan pendakwah yang telah berjaya memujuk
dan mengajak golongan samseng dan 'kaki pukul' supaya kembali
ke jalan yang diredhai oleh Allah dengan mematuhi ajaran
Islam.
Kampung
Kedai Lalat dan sekitarnya dahulu terkenal sebagai sarang
golongan samseng dan 'kaki pukul' tetapi setelah Allahyarham
Tuan Guru Haji Nik Mat membuka pondok dan mengajar di masjid
Pulau Melaka, jumlah mereka yang terlibat dalam melakukan
jenayah di kawasan itu jauh berkurangan.
Allahyarham
Tuan Guru Haji Nik Mat bukan sahaja dihormati oleh golongan
yang mendapat didikan agama malah Allahyarham dihormati dan
dikagumi oleh semua lapisan masyarakat.
Sebagai
seorang ulama yang sering mengambil perhatian berat terhadap
kedudukan umat Islam dalam segala bidang, Allahyarham merasa
sedih dan pilu dengan berita kekejaman komunis terhadap umat
Islam di Kemboja.
Allahyarham
Tuan Guru Haji Nik Mat berasa begitu dukacita sekali apabila
mendengar berita daripada orang-orang pelarian Kemboja yang
mengatakan bahawa tentera-tentera komunis menikam kanak-kanak
Islam dengan benet dan mencampakkan kanak-kanak itu ke dalam
kawah dan kuah yang panas di hadapan ibu bapa mereka.
Allahyarham
dikatakan tidak dapat mengawal perasaan sedihnya apabila
mendengar berita kekejaman terhadap umat Islam itu.
Menurut
anak Allahyarham, Nik Din, ayahnya itu sangat serius apabila
memikirkan keadaan yang berlaku di Kemboja ltu.
Allahyarham
menghendaki supaya masyarakat antarabangsa melakukan sesuatu
untuk menyelamatkan umat Islam Kemboja daripada kekejaman
tentera komunis yang tidak berperi kemanusiaan itu.
Allahyarham
sendiri telah membeli dua buah kereta sederhana untuk
mengangkut pelarian-pelarian Kemboja itu dari sempadan Siam ke
Kelantan apabila keadaan mengizinkan.
"Allahyarham
juga meminta abang saya,Tuan Guru Nik Abdul Aziz yang menjadi
Ahli Parlimen kawasan Pengkalan Chepa ketika itu, supaya
bercakap di parlimen tentang kekejaman komunis di Kemboja pada
awal tahun 1977 lagi," ujar Nik Din.
Ekoran
daripada berita kekejaman komunis itu, kesihatannya terganggu
dan penyakit kencing manis yang dihidapinya juga sudah tidak
dapat diatasi lagi walaupun berbagai-bagai ikhtiar dijalankan.
Pada 11 Mac 1977 Allahyarham telah menghembuskan nafasnya yang
terakhir dalam usia 72 tahun.
Ada
dua pendapat yang bertentangan tentang tarikh kelahiran Tuan
Guru Haji Nik Mat bin Raja Banjar ini. Encik Nik Din
mengatakan ayahandanya lahir pada tahun 1890 tetapi seorang
ahli sejarah tempatan, Cikgu Tuan Mat bin Haji Tuan Kechik,
mengatakan bahawa Tuan Guru Haji Nik Mat lahir pada tahun
1905. Pendapat Cikgu Tuan Mat itu berdasarkan kepada umur
ayahnya sendiri, almarhum Haji Tuan Kechik, yang lahir pada
1910. Menurut Cikgu Tuan Mat, almarhum ayahandanya lebih
muda lima tahun daripada almarhum Tuan Guru Haji Nik Mat.
Beliau yakin bahawa ayahanda kepada Tuan Guru Haji Nik Abdul
Aziz lahir pada tahun 1905 dan tidak pada tahun 1890
sebagaimana yang dicatatkan oleh Nik Din.
courtesy
of PAS Changlung
|