Petikan dari
wawancara Datuk Nik Abdul Aziz bersama Mingguan Malaysia
Mingguan Malaysia: Pertembungan
UMNO dan PAS seakan-akan tiada akhirnya. Tidak bolehkah orang seperti
Datuk memulakan inisiatif untuk merapatkan dua buah parti orang Melayu-Islam
ini?
NIK AZIZ: Tidak ada perkara yang
terpaku dalam kepala saya selain untuk menyatukan orang melayu
sebagaimana Nabi Muhammad sendiri menyatukan orang Arab dan menyatukan
manusia-manusia di atas muka bumi. Nabi Muhammad kata kita semua ini
hamba Allah, dan inilah asas politik Islam. Tuan-tuan mesti berabdi
kepada Allah. Yang sibuk sekarang ialah manusia mengabdikan sesama
manusia.
Timbul masalah PAS dan UMNO ini ialah
UMNO hendak megabdikan manusia kepada manusia, tidak untuk mengabdikan
manusia dengan Allah. Sebab itu dasar kami ialah Islam, ertinya kami
hendak tarik manusia, bukan sahaja Melayu, ertinya manusia Cina,
India balik kepada Allah. Ekonomi kita mesti turut kepada Allah,
rumahtangga kita mesti turut kepada Allah, politik kita mesti turut
kepada Allah. Ini kerana kita hamba, bukan Tuhan.
Orang bila dia duit banyak sikit,
pengaruh dan pangkat banyak sikit, mula dia hendak ambil alih kerja
Allah. Sebagaimana Allah, dia mesti dihormat, mesti disembah, mesti
didengar kata-kata. Manusia yang menggunakan dasar sekular ini hendak
ambil tangan Allah. Islam tidak benarkan, ia tidak kena.
petikan dari Mingguan
Malaysia Ahad 7 February 1999 |