CATATAN
SEMASA MINDA TOK GURU - released:(25nov2001)
Minda
Mursyidul Am
ERTI
MULIA DAN HINA
Allah
Taala sebagai Tuhan, tentunya mempunyai segala sifat
yang cukup mulia. Oleh itu apa saja yang dimuliakanNya, turut mulia dan
segala apa yang dihinakanNya turut hina.
Islam
adalah agama yang mulia kerana Allah yang
memuliakanNya maka yang lain semuanya hina.
Tauhid adalah aqidah yang mulia kerana Allah
yang memuliakanNya.
Syirik dengan sendirinya hina, termasuk sekular
turut hina.
Al-Quran
adalah Kitab langit yang mulia kerana Allah sendiri
memuliakanNya. Maka segala ajarannya turut mulia. Orang yang mengamalkannya dan memperjuangkannya turut
mulia. Sebaliknya
sesiapa saja yang menentangnya adalah hina kerana
Allah Taala menghinakannya.
Sebab
itu kita diminta ulang sebutan didalam Doa Qunut yang
bermaksud:
“Sesungguhnya tidak hinalah orang yang
kamu restui dan tidak mulialah orang yang kamu
musuhi.”
Jika
kita mengatakan mulia, sedangkan Tuhan
mengatakan hina maka itu pandangan kita yang cetek dan
tidak tahu membezakan antara mulia dan hina.
Pejabat
Menteri Besar Kelantan
Kota
Bharu
Bertarikh:
9 Ramadhan
1422/25 November 2001
|