CATATAN
SEMASA MINDA TOK GURU - released:(30okt2001)
HARAM
TAZKIRAH SELEPAS TARAWIKH?
Tidak boleh tazkirah selepas Sembahyang
Tarawikh. Begitulah
bunyi arahan seperti yang dimuatkan dalam laporan
akhbar pada 30 Oktober 2001. Pelik sungguh bunyinya.
Quran inikan jenis zikir. Berzikir ialah mengingati Allah.
Banyak ayat-ayat yang membawa maksud ini. Ia adalah seperti Ayat dalam
Surah Az Zariyaat 55, Al Kahfi 57 dan Ayat dalam
Surah Al
Ghaasyiyah 21 – 22. Dah menjadi tabii Islam yang sebati antara
ayatnya dan pengertian dari maksud ayatnya.
Kita di Kelantan memang galakkan semua masjid
dan surau membuat tazkirah dari ayat-ayat Quran yang
dibaca pada setiap malam di sepanjang Bulan Ramadhan.
Tujuannya ialah untuk memberi kefahaman tentang
pengajaran ayat yang dibaca pada malam itu.
Begitulah untuk malam-malam berikutnya. Mana ruginya?
Gunakan apa juga saluran untuk mengembangkan
Islam. Ini takutkan Islam pula.
Nampaknya begitulah.
Keldai hanya
pandai memikul Quran diatas belakangnya tapi
sedikitpun tidak tahu akan kandungan dan dan
maksudya. Jangan kita jadi macam keldai ini
sudahlah!. |
Kalau tidak beri ilmu melalui tafsiran ayat
dalam majlis tazkirah, bagaimana lagi?
Sampai masjid dan suraupun nak diberkas.
Ceramah agama ditutup. Akhbar yang membicarakan Islam disekat.
Orang berhimpun nak serah memorandum disembur.
Umat Islam nak Sembahyang Hajat di Kedutaan
Amerika dihalau. Nak tazkirah di masjid memahami Ayat Quran
dilarang. Jika
tidak dapat dibuat tazkirah semasa Sembahyang
Tarawikh, dah, cuba cakap dimana lagi? Di padang? Di bawah pokok kelapa?
Semua
tak boleh!
Negara Islam macam mana ni yang tidak izin
bertazkirah mengenai Islam.
Islam boleh. Memahami Islam tidak boleh.
Zikir boleh. Memahami erti zikir tidak boleh.
Baca Quran dan taddarus boleh. Memahami dan mengupas maksud tafsiran ayat-ayat
yang dibaca tidak boleh.
Islam jenis apa ni?
|
Pejabat
Menteri Besar Kelantan
Tarikh:
13 Syaaban 1422/30 Oktober 2001
|