CATATAN
SEMASA MINDA TOK GURU - released:(11okt2001)
|
UMNO JIHAD DI PAKISTAN
Dalam
Utusan Malaysia bertarikh 11 Oktober 2001, Pemuda UMNO hendak
hantar 175 orang ke Pakistan.
Nak jihad lah tu. Beringat sikit.
Nanti dituduh KMM.
KMM dah kena tak fasal-fasal.
Serupa saja kalau orang UMNO pergi ke Pakistan atau
Afghanistan.
Pelajar kita yang pergi ke Afghanistan dulupun untuk
membantu. Kalau
berperang di Afghanistan militan, UMNO juga yang nak ke
Pakistan pun dah
jadi militan. Ke lagu mana?
Ke main pilih bulu?
DUIT TABUNG HAJI
Saya hairan
kenapa duit yang lesap sebanyak
RM8 juta tak boleh disiasat.
Polis kata ini kes BPR dan BPR kata kerja siasat kerja
polis. Menteri
pula kata jumlahnya bukan banyak cuma lapan juta.
Cuma. Ini
duit Tok Aji, duit Tok Ayoh, duit orang kampung, duit orang
bandar yang nak tunaikan Rukun Islam ke lima.
Pusing kok mana pun, Kerajaan mesti siasat.
Kena batang hidung kenalah.
Satu tutup dua tutup.
Mana boleh jadi. Muzakarah pun tutup.
MUZAKARAH
NEGARA ISLAM
Minta
muzakarah tak nak.
Lepas itu, suruh jelaskan negara Islam. Nak jelaskan lagu mana?
Nak jelas dalam ceramah, permit tak bagi. Nak tulis banyak-banyak dalam akhbar, akhbar ditarik
KDN. Pelik
sungguh. Semua saluran ditutup.
UMNO pun barangkali akan tutup juga.
Tak lama lagi agaknya.
|