CATATAN
SEMASA MINDA TOK GURU - released:(28okt2001)
PEMIKIRAN
YAB TUAN GURU DATO’ MENTERI BESAR
KELANTAN
UMNO
Nak Panggil Ulamak Al-Azhar?
1.
Pelajar Melayu yang berkelulusan Al-Azhar sama
ada B.A., M.A. atau Phd. pun Ulamak Al-Azhar juga.
2.
Kenapa bersusah sangat dengan orang Al-Azhar?
Sikit-sikit bangsa Arab, sikit-sikit bangsa
Inggeris. Adakah
UMNO telah hilang jati diri Melayunya dan sangat bergantung kepada bangsa lain.
Walaupun UMNO mendakwa mempunyai 60
orang ulamak UMNO,
kenapa tidak percaya kepada ulamak sendiri?
Gunalah ulamak UMNO itu untuk berdepan dengan
ulamak PAS dan berdepan dengan Umat Islam.
3.
Waktu PAS melawan UMNO, tidak pernah terlintas
untuk kita minta tolong orang lain.
Bagi kita pejuang Islam, kebenaran Al-Quran dan
Hadith mengatasi kebenaran manusia, baik
manusia Arab atau sesiapa pun.
Tak payah cari orang lain.
Cukup dengan Al-Quran.
Cukup dengan Hadith.
Kalau UMNO benar-benar yakin, berdepanlah
sendiri dengan ulamak PAS!
Susah apa?
4.
Waktu UMNO nak haramkan penggunaan ‘Islam’
pada awal tahun ini, waktu itu ia pakai ulamak mana? Adakah ulamak Yahudi?
Sekarang pula mereka nak panggil ulamak
Al-Azhar! Jelaslah
UMNO sedang membuat panggilan kecemasan.
Panggil S.O.S. yang bersifat “Save Our
Soul” benar-benar membuktikan UMNO sedang lemas,
cemas, panas dan rimas.
Nampak
sangat serba tak kena.
Tengoklah. Lagi tak kena di depan.
Pejabat
Menteri Besar Kelantan
Bertarikh:
11 Syaaban 1422 / 28
Oktober 2002
Menentang
Kezaliman Di Afghanistan
Ramai
orang cuba timbulkan yang Taliban tidak dapat sokongan
rakyat Aghanistan. Tak dapat sokongan macam mana kalau dah 95% bumi
Afghanistan di kuasai Taliban.
Ada juga yang timbulkan Taliban ditolak oleh
rakyat. Rakyatnya
akan memberontak.
Kalau Taliban takutkan rakyat memberontak,
kenapa Kerajaan Taliban beri senjata kepada rakyatnya
untuk melawan Amerika.
Logiknya,
Kerajaan Taliban akan takutlah membekalkan
senjata jika benar rakyatnya mahu memberontak. Betulkah rakyat bencikan Taliban?
|
Lebih-lebih lagi laporan terakhir dalam akhbar
pada 24 Oktober 2001 yang melaporkan Kerajaan Taliban
tinggal bersama dengan rakyatnya yang sedang terancam. Pemimpin-pemimpinnya sanggup hidup dan mati bersama
Islam dan rakyatnya.
|
Kita bukan apa.
Cuma bersimpati dengan orang Islam yang
ditindas. Taliban
ke atau siapa saja.
Tak kira.
Islam mesti menyokong keadilan menentang
kezaliman dan melawan musuh Allah.
Menolong mereka yang susah.
|
|
Pejabat
Menteri Besar Kelantan
Tarikh:
11 Syaaban 1422 / 28
Oktober 2001.
Link
to supported document from Asiaweek Interview Webfiles:
"The Taliban Are Well Liked"
|