CATATAN
SEMASA MINDA TOK GURU - released:(06nov2001)
Minda
Mursyidul Am
PINDAAN
PERLEMBAGAAN NEGERI TERENGGANU
BOLEH
ATAU TAK BOLEH?
Kata
Karpal Singh:
“Malah dalam
undang-undang, Malaysia adalah negara sekular, dengan
Islam sebagai agama rasmi.”(Utusan Malaysia: Rabu 27
Mac 2002 -
Muka surat 2)
Karpal sandarkan hujah beliau berdasarkan sekatan Perkara 4 dan Perkara
75 Perlembagaan Persekutuan.
Betul sungguh begitu.
Mengikut
undang-undang bermakna mengikut Perlembagaan Malaysia.
Perlembagaan Persekutuan yang digubal dan
dipertahankan oleh UMNO sebenarnya yang menghalang
Hudud daripada dilaksanakan.
Karpal
Singh bukan melawan Hudud cuma beliau mengatakan
bahawa Perlembagaan Sekular kita inilah yang
menghalang pelaksanaannya.
Orang Islam jangan lemah semangat, Perlembagaan
boleh dibaiki.
Ia boleh dipinda tetapi jika Malaysia masih
dibawah UMNO yang sekular maka selama itulah Islam
tidak dapat dilaksanakan dalam erti kata yang
sebenarnya.
Islam yang syumul mesti menerima segala
undang-undang dan peraturan yang ditetapkan oleh Allah
S.W.T.
Bila kerajaan sekular dan perlembagaan pun
sekular maka masa depan kita di akhirat kelak akan
terletak atas diri
masing-masing.
Tidak akan ada pembelaan daripada kerajaan.
Maka apa erti kita ada kerajaan.
UMNO isytihar Negara Islam tanpa perubahan.
Ini Islam cara UMNO, bukan Islam cara
Rasulullah S.A.W.
Dakwah apa dan Islam jenis apa?
Kalau dah Islam lebih rendah daripada
undang-undang dan peraturan ciptaan manusia,
Islam jenis dia lah tu!
Pejabat
Menteri Besar Kelantan
Kota
Bharu.
Bertarikh:13 Muharam 1423/27 Mac 2002
|