CATATAN
SEMASA MINDA TOK GURU - released:(08apr2002)
Minda
Mursyidul Am
MINDA
TOK GURU
NEGARA
ISLAM TIDAK PERLU SIDANG
MAJLIS
FATWA KEBANGSAAN?
Cerita
Setiausaha Parlimen JPM Datuk Noh Omar sedap juga.
Sidang Dewan Rakyat diberitahu bahawa dah cukup
dengan muzakarah Fatwa Kebangsaan Ke 15 pada tahun
1986 mengenai status Islam.
Negara ini tidak payah ada fatwa dalam
pengisytiharan 29 September 2001.
Kalau dalam kes Memali,
Majlis Fatwa Kebangsaan juga yang mengharamkan
semua pihak bangkitkan lagi isu Memali.
Tiba-tiba, bila RTM tayangkan klip Memali yang
siap dengan ulasan dan tomahan sebelah pihak, Majlis
Fatwa Kebangsaan biarkan saja.
Setelah lumat digaul, diuli dan puas menjamu
hawa nafsu memfitnah “orang-orang mati dan PAS”,
pada pertengahan
Mac 2002 Majlis Fatwa Kebangsaan putuskan semula
haramnya semua pihak membangkitkan isu Memali.
Macam berpakat-pakat pula.
Kita
boleh nampak permainan UMNO.
Masa dia nak guna fatwa Majlis Fatwa Kebangsaan
sepenuhnya, dia pakai sepenuhnya.
Bila dia nak langgar dia langgar dan kemudian
dia pakai balik.
Hormat kepada Fatwa Ulama ikut suka-suka saja.
Sekarang dia enggan bawa pengisytiharan
Malaysia Negara Islam pada 29 September 2001 itu ke
Majlis Fatwa. Menteri
itu kata pandangan pada tahun 1986 oleh Muzakarah
Fatwa Kebangsaan itu sudah cukup.
Sebab itulah jika ada orang mengatakan UMNO
memperalatkan Majlis Fatwa Kebangsaan kita sukar untuk
menolaknya.
Kalau
tengok pandangan yang dibuat di tahun 1986, ia
mewakili suasana amalan Islam dari merdeka hingga 1986
sahaja. Sekarang
tahun 2002, iaitu 16 tahun kemudiannya.
Di tengah-tengah itu, banyak amalan yang anti
Islam. Hudud
ditolak, hukum Islam dipermainkan, ratu cantik dilepas
mufti yang ambil tindakan dibuang, menghina janggut
Nabi selamba sahaja, kata Islam tidak sesuai dengan
masyarakat majmuk cuba pula untuk haramkan Islam dari
digunakan oleh mana-mana pertubuhan.
Mengenai masyarakat
majmuk sudah berapa ramai orang Islam yang mati di
atas keyakinan Islam tidak boleh laksana kerana
masyarakat majmuk?
Siapa tanggung dosa-dosa ini?
Tak takutkah?
Di tengah-tengah suasana yang amat memusuhi
Islam
itulah,
UMNO tiba-tiba kata negara ini negara Islam.
Usahkan saya terkejut budak-budak pun naik
hairan. Nak
sembunyi dimana kasino, kilang arak, lesen judi,
disko, rumah urut dan empat nombor ekor?
Mulalah kata tak jumpa Ayat Quran yang
haramkan ini semua!
Mengenai
keamanan yang kononnya ada di Malaysia, saya kata aman
yang dipaksa. Dibuat-buat. Semua diikat lalu duduk diam semua orang.
Ikat dengan larangan berceramah, larangan
berhimpun dengan aman, larangan menyatakan pendapat,
larangan untuk berbeza pendapat, larangan menerbitkan
surat khabar dan majalah yang mendedahkan kemungkaran.
Sedangkan,
semua hak ini ada dalam perlembagaan.
Berkas rakyat dengan Akta Polis ISA, OSA, Akta
Hasutan, Akta Universiti dan Universiti Kolej. Berkas tangan dan plastar mulut.
Habis, nak bising macam mana.
Nampak bergerak siki-sikit lagi, diberkas paksa
aku janji lagi. Tak
bergerak langsung.
Diam. Silap
sikit, sembur air, kejar, tarik permit, rampas akhbar,
halau, pukul, reman, tangkap dan lokap.
Rakyat cuma boleh berkumpul untuk hanya makan
dan minum saja. Bercakap
mengenai negara, amalan demokrasi negara, apa yang
silap mengenai negara dan apa cara untuk membaiki
negara tidak boleh.
Ini yang buat rakyat kita ramai yang kena
kencing manis, darah tinggi dan lemah jantung.
Dah asyik makan saja.
Sebak di dalam. Nak cakap tak boleh. Inilah
amannya Malaysia. Lalu jadilah Malaysia negara Islam.
Dah dia kata negara Islam, negara Islamlah.
Nak buat macam mana.
Tunggu 2003 nilah. InsyaAllah.
Pejabat
Menteri Besar Kelantan
Kota
Bharu.
Bertarikh:24
Muharram 1423/7
April 2002 |