Terkejut juga kita tengok Menteri Pembangunan Wanita yang
tiba-tiba begitu peka dengan Cadangan Undang-Undang Hudud yang didrafkan oleh Kerajaan Negeri Terengganu. Kita
ingat dia bangun nak sokong, rupanya berdiri tegak nak tentang. Kalut hingga panggil semua badan NGO berseminar pada 6
Jun 2002 di Kuala Lumpur untuk bulatkan tekad menentang Seksyen 9 dan menuntut Undang-Undang itu dibatalkan.
Saya nak tanyalah sikit yang draf itu makna apa? Dan pulak, draf itu dibentangkan dalam sebuah Seminar Hudud yang
diadakan di Dewan Besar Kota Darul Iman pada 11 Mei 2002. Kerajaan Negeri Terengganu panggil semua pihak termasuk
UMNO Pusat. Kita panggil kerana membuka perbincangan. Kita nak dengar pandangan semua pihak. Kita percaya kepada
permuafakatan. Soalnya, dah peka sangat kenapa tidak hadir. Hak yang Menteri itu sebut teguran mengenai Seksyen 9
bukan benda baru. Teguran itu telah diperbincangkan dalam Seminar Hudud anjuran Kerajaan Negeri Terengganu. Rumusan
Seminar pun telah mengambil ketetapan tentang perlunya perkara teknikal dihalusi sedikit lagi. Soal “substance”
tidak berubah. Jadi kira-kiranya apa yang Menteri Wanita UMNO itu nak jadi juara itu sudah ada dalam kepala pemimpin kita
jauh lebih awal.
Hairan juga saya melihat telatah mereka. Kalau
dengan Hudud, bukan main cepat nak membela wanita. Konon bimbangkan penindasan. Kalau ya pun, suruhlah kaji semula.
Ini ada sedikit sahaja nampak cacat,
digesa batal terus. Sepatutnya cadangkanlah alternatif
pembaikian kepada Seksyen 9, sesuai dengan semangat Surah An Nur Ayat 2 itu. Bersifat ilmiah dan bersifat
mukminahlah sikit. Negara kitapun sudah Islam ikut PM. Hudud ni kan Undang-Undang Islam. Kalau apa yang PAS draf
bukan Undang-Undang Hudud Islam, cuba nak tengok draf Undang-Undang Hudud UMNO. Ada ke tak ada. Pelaksanaan dan
kuatkuasa ketetapan dari surah An Nur Ayat 2 yang Allah S.W.T. sendiri putuskan akan jadi lagu mana? Yang sebenarnya,
UMNO ni nak laksana Hudud atau tidak. Kalau nak, buat cara nak. Bantulah sepatutnya. Dah rasa ada kelemahan dalam
draf Hudud yang disediakan PAS, cepat-cepat kemukakan cadangan pembetulan. Ini himpun orang ramai-ramai, panggil semua
NGO, tenyeh cukup-cukup Seksyen 9 yang dikira lemah lalu gesa tekan dan desak Draf Undang-Undang Hudud dan Qisas itu
dibatalkan terus. Tak ada terima kasih langsung. Tidak nampak nak langsung.
Konon prihatin sangat wanita dari dizalimi. Kalau
nak kira, sudah berapa lama nite club, pertunjukan ratu cantik, wanita sebagai GRO, perempuan dijadikan komoditi untuk iklan
barang - semua itu menzalimi wanita. Wanita UMNO buat apa? Tidak nampak gawat dan cemas pun. Majalah-majalah yang
mendedah aurat wanita dilulus dan beredar di pasaran selamba sahaja. Berapa banyak kes rogol, kes buang anak? Saya kata
salah satu punca ialah wanita yang dedahkan aurat. Bukan main riuh rendah.
Betulkah tak mahu Seksyen 9, ke tak mahu Hudud?.
Tak mahu Hudud, negara Islam lagu mana kerana Hudud ini ada dalam Al-Quran dan ada nasnya. Undang-Undang Hudud itu nak
membela wanitalah sebahagiannya. Ia datang dari Allah S.W.T., Tuhan yang mencipta dan menjadikan wanita itu.
Allah lebih tahu apa yang terbaik untuk wanita dan cara pakaiannya, cara berhiasnya, cara berjalannya, cara bercakapnya
semua sekali ada diatur oleh Allah S.W.T. dan Sunnah Nabi S.A.W. Pembaca Berita wanita di TV milik kerajaan sampai
sekarang, saya tengok masih tidak pakai tudung. Ada Menteri Wanita UMNO pun tak pakai tudung. Malah ada Menteri Wanita
UMNO yang kata soal tudung soal peribadi. UMNO buat apa? Ini misal-misal yang boleh menimbulkan keraguan rakyat, UMNO ni
nak sungguh kah kepada Islam atau bagaimana?
Saya tengok artikel-artikel dan komen dalam
akhbar-akhbar semasa makin menyuburkan kekeliruan dan keraguan kepada Undang-Undang Hudud. Akhir-akhir ini begitulah.
Orang cuba-cuba baiki, ini tidak. Ikut katanya macam-macam nak, tapi gaya macam tidak. Baiklah, jika selesai Seksyen
9, kira-kiranya, UMNO bersetujulah dengan Hudud yang akan dibentangkan di Dewan Undangan Negeri Terengganu bulan Julai ini.
Kalau nak dikirakan begitulah. Mari kita sama-sama perhatikan. Apa pulalah agaknya alasan. Rakyat semua
tengok-tengoklah.