Kehendak
dan perancangan manusia tidak akan dapat mengatasi
Qada’ dan Qadar Allah.Mereka boleh berbuat makar setakat yang
diizinkan tetapi apabila Allah S.W.T. mahu mengatasi,
segala-galanya akan berjalan dan berlaku mengikut
ketentuanNYA.(Al
Jabbar rul Mutakabbir).
Demikian juga kejatuhan parti sekular yang
diasaskansendiri
oleh Mustafa Kamal Ataturk 79 tahun yang lalu.Pemimpin sekularnya yang telah bertakhta selama
40 tahun bernama Bulent Ecevitmengetuai
Parti KiriDemokratik (DSP) telah hancur
lebur dalam Pilihan Raya Turki yang telah diadakan
pada 3 November 2002.Parti Keadilan dan Pembangunan (AK)
telah menguasai 363 dari jumlah keseluruhan
Kerusi Parlimen yang sebanyak 550.Ini adalah kemenangan yang terlalu besar bagi
Islam.Bayangkan, sebuah pangkalan terbesar pemerintah
sekular yang pertama sekali diasaskan di dunia boleh
ranap di tangan sebuah parti Islam.Ini kuasa Allah.Ini kehendak Islam yang bersifat fitrah.Ini gelombang yang sedang bertiup merentasi
hampir seluruh planet bumi.Lihat sahaja di Kashmir dan Pakistan.Pervez Musharraf yang ‘mencuri kuasa’ditahun 1999 melalui sebuah “coup de tat’
tidak berdarah terpaksa turut akur dengan kehendak
peti undi.Kini beliau sedang cuba buat-buat sibuk untuk berunding
dengan Parti Pakistan Muslim-League
– Quaid (PML – Q) dan saki baki pengaruh
penyokong BenazirBhuttoiaituPeople’s Party
(PPP).Sebuah kerajaan campuran sedang dirangka
melalui broker kuasa dari Musharraf dimana pemimpin PPP,
AsifAli
Savdari yang sedang menjalani tahanan politik
dijanjikan pembebasan jika sanggup berkongsi kuasa.Demikian secebis berita luar negara terkini.
Di
Malaysia, kita turut mendengar kegoncangan kuasa parti
sekular bernama UMNO.Dia berkongsi kuasa dengan sekutu-sekutunya
sejak kira-kira 40 tahun yang lalu.Kini, setelah ditolak kencang oleh orang Islam
dan Melayudalam
tahun 1999, UMNO cuba mengumpan sokongan kepada kaum
Cina dan India dengan pelbagai gula-gula.Terkadang-kadang, mungkin kerana terlalu lama,
banyak kali UMNO tersilap.Amalan berbohong, fitnah dan melaga-lagakan
orang, lama-kelamaan menjerat dirinya sendiri.Lihatlah penggunaan Bahasa Inggeris.Lihatlah isu pengganas yang cuba dilumur
selutnya kepada PAS.Sekali menentang rasuah, sekali pula seakan-akan
melindunginya.UMNO yang menghina Islam tetapi dituduh PAS
yang mendokong Islam sebagai punca kemunduran umat.Pengharaman perkataan Islam dalam mana-mana
pertubuhan pernah dicadangkan oleh UMNO.Nasib baik ia diselamatkan oleh Mufti-Mufti dan
Raja-Raja Melayu.Mengisytiharkan MalaysiaNegara Islam pada 29 September 2001 tetapi
tidak boleh dipinda apa-apa dan tidak perlu dibahaskan.Pendek kata, panjang sungguh senarai bukti
berbentuk prima face sikap UMNO yang sekular.
Saya cuma termenung sendiri, jika ‘UMNO Turki’
yang berusia 79 tahun di bawah Presidennya bernama
Bulent Ecevit boleh jatuh, dan koyak rabak, apakah
mustahil UMNO Malaysia?Bulent menjadi Presiden selama 20 tahun.Perdana Menteri Malaysia pun sudah 21 tahun
berada di takhta.Beliaupun sudah isytihar akan berundur pada bulan
Oktober 2003.Jika tibalah tarikh tersebut, UMNO hanyut
dengan pengunduran Presidennya, apakah akan berlaku
rundingan dan mungkin pengampunan dengan seorang
tahanan politik di Penjara Sungai Buluh?Jika Musharraf sedang nazak bergelut dalam
kepayahan rundingan perkongsian kuasa dengan Asif Ali
Zavdari demi mengekalkan kuasa yang telah dinafikan
oleh rakyatnya, apakah tidak mustahil ini akan berlaku
di Malaysia?
Pada
3 November 2002 pun BA telah ditawarkan untuk
memasuki pintu BN yang sedang dibuka dengan
seluas-luasnya.Pada tarikh 3 November 2002 jugalah parti
sekular di Turki telah ditumbangkan.Nampak persamaan!
Apa macam?Satu soalan besar dan memerlukan renungan yangmendalam oleh seluruh rakyat Malaysia.Jika UMNO Turki boleh lingkup, UMNO Malaysia
bagaimana?