UMNO
Buat Pasukan Baru?
Dengar
khabar UMNO susun semula di Kelantan kerana pasukan
lama dikira tidak sedap.
“Tok
rok ddok”
Tidak mampu nak tumbangkan Kerajaan Negeri yang
ada, kena susun pasukan lain.
Hak kena buang ialah Ustaz Md. Nor Deris selaku
Ketua Penerangan UMNO Negeri dan Dato’ Rosli
Ibrahim.
Ustaz Nor Deris bekas orang kuat PAS yang ada
buah Azhar, manakala Dato’ Rosli bekas orang kuat
S 46 iaitu Setiausaha Badan Perhubungan UMNO
Negeri.
Kalau buang Nor
Deris samalah seperti buang benih agama dalam UMNO.
Baru nak cambah, cantas.
Baru nak ceding, cah keting. Dulu lantik
kira-kiranya adalah juga logiknya. Hok dia baca Ayat lain dan tafsir lain atau
tafsir Ayat sekerat-sekerat itu suku fasal tapi
mahulah juga rujuk Ayat Al-Quran.
Ada bunyilah juga Hadith Nabi.
Pelik sungguh. Nok bercakap hal Islam, isytihar Negara Islam tapi
buang Ustaz.
Maka pulang pulih UMNO jadi sedia kala.
Macam mana nak lawan Parti Islam. Tuju
kebangsaan juga.
Balik tempat sedia.
Hanya bom asap.
Bercakaplah mereka mengenai ciri dan
sifat-sifat Negara Islam dan hukum halal haram sesama
mereka. Rakyat
mana nak dengar.
Rakyat Kelantan sekarang sudah jinak dengan
Islam sepanjang 12 tahun kita memerintah.
Dia kenal dah hak mana Tok Guru Quran dan hak mana cari makan dengan Ayat Quran.
Buang
bekas orang kuat Semangat 46 adalah satu lagi hal.
Maknanya buang bekas penyokong parti itu la tu.
Sahlah orang-orang bekas Semangat 46 yang dulu
masuk UMNO tidak ada harga.
Jadi UMNO hanya untuk orang Mahathir.
Untuk orang Parti UMNO lama yang telah mati.
Wakil dia, Dato’ Mustapha dan Dato’ Ibrahim Ali,
orang bekas S46 tak ada tempat.
Pendek kata ubah pemain pun tak ke mana. Nak sembunyi ke siapa hilang duit dalam Tabung Haji
RM200 juta, Skandal Perwaja RM10 bilion,
MAS rugi, hilang duit dalam Tabung Amanah
Ikhtiar Malaysia dan kehilangan wang untuk projek PPRT
hampir RM40 juta.
Baitulmal Selangor pun disapu RM2 juta masa Dr.
Yusof Nor, senyap saja.
Semuanya main bilion dan juta-juta.
Tak main sikit-sikit.
Padanlah Almarhum Tg. Ab. Rahman kata UMNO
perompak Bank. MCA
merompak Koperasi dan MIC perompak Lebuhraya.
(Lihat Harakah bertarikh 1 – 15 Mei 2002).
Semua ini duit rakyat.
Kemudian, nak suruh rakyat sayang dan undi
mereka. Mana boleh jadi.
Rakyat suka tengok TV, dia tengok.
Dia tak suka, dia tutup.
Orang Kelantan cerdik.
Dia boleh baca belaka.
UMNO ingat dia boleh kelabukan mata melalui
lenggang lenggok penyanyi,
patung burung petalawati, bercakap yang
bersembur-sembur dan sogokkan duit kepada pekebun
kecil RISDA.
Catlah biru kuning merah pun, dia akan pilih
hijau. Warna
ahli Syurga.
Pakailah songkok tinggi manapun, kalau tidak
belaga angin dengan Allah dan Rasul jangan harap dapat
pahala. Lelah
saja. Silap-silap
terguling pulak.
Kita malas cakap besar tapi kita yakin.
InsyaAllah Tuhan berpihak kepada yang benar.
Buatlah aniaya.
Benda makan diri sendiri.
Pejabat
Menteri Besar
Kelantan
KOTA
BHARU.
Bertarikh:25
Safar 1423 / 8 Mei 2002
|