‘KELANTAN
BOLEH’
Pelik
jugalah dengar orang Pusat cabar Kerajaan Negeri
supaya membangunkan negeri sehebat BN di pusat dan
negeri-negeri lain.
Macam cerita Mohamad Ali cabar budak kampung
bertumbuk.
Dia yang kutip cukai, tol, rampas royalti,
monopoli minyak, road tax, income tax, hasil import
eksport dan pelbagai wang rakyat tentulah banyak duit.
Logiklah anda membina itu dan ini.
Itu tanggungjawab.
Bina jalan, jambatan, elektrik, air,
kawasan industri, Bandar baru, lapangan
terbang, pelabuhan, bangunan jabatan kerajaan, dewan,
kompleks sukan, sekolah, hospital dan lain-lain.
Kerajaan Pusat di Perancis, Amerika dan
Republik Soviet di Rusia pun begitu.
Kita tengok di Indonesia, Thailand dan
Singapura pun sama.
Cabaran yang tidak munasabah!
Kita pun membangun.
Tak kiralah dibangunkan oleh Kerajaan Pusat ke
atau Kerajaan Negeri ke atau pihak swasta.
Berapa kali nak cakap.
Kalau kata tidak ada pembangunan, tu peruntukan
yang disalurkan melalui JPP itu apa?
Buat pelbagai projek di Kelantan
berbilion-bilion ringgit setahun.
Nak buat pembangunan buatlah, kita tidak
halang. Macam
buat kerja baiklah dalam agama kita. Kita Sembahyang, dia Sembahyang. Sama-sama dapat pahala.
Apa pula cabar-cabar.
Kalau dah
ikhlas, cukuplah.
Kita sama-sama
buat pembangunan.
Kelantan pun membangun.
Anda suka, saya suka.
Mari pilihanraya, rakyat buat pilihan.
Apa pula kata Kelantan tiada pembangunan.
Kempen yang bukan-bukan.
Kalau benar, tak apa.
Ini tidak berasas.
Yang lebih istimewa ialah selain dari membangun
secara fizikal, Kerajaan Negeri tekankan pembangunan
rohani. Pembangunan
insan ini penting kerana ia menekankan soal dosa dan
pahala. Ia
amat pentingkan perkara Syurga dan Neraka. Baiklah. Kalau nak banding sangat, mana ada Kerajaan Negeri lain yang
menggunakan sumber Peruntukan Negeri sendiri dan
memberikan tumpuan serta perhatian seserius Kelantan
dalam bidang pendidikan agama.
Kita bukan setakat menyediakan peruntukan yang
besar malah menubuhkan Yayasan Islam Kelantan, khusus
untuk mengendalikan sekolah-sekolah agama secara
komited dengan jumlah peruntukan yang hampir RM40
juta setahun setiap tahun.
Kita membiayai
87 buah sekolah agama keseluruhannya
dengan tenaga pengajar seramai 2,213 orang yang
mengendalikan pembangunan insan seramai 40,166
orang pelajar kemaskini.
Tidak cukup dengan itu, kita ada pula
berbelas-belas Pusat Pengajian Pondok.
Yakin dengan kesungguhan dan keikhlasan ini,
Kelantan kini dibanjiri oleh anak-anak dari
negeri-negeri pantai barat termasuk Sabah, Sarawak,
Singapura, Brunei, Thailand dan Kampuchea.
Malah, ada bukti dimana ibu bapa yang
berketurunan Cina dari luar Kelantan
menghantar anak-anak mereka ke sekolah-sekolah
Menengah Aliran Cina di Kelantan.
Semakin Pusat meracuni fikiran ibubapa dari
luar Kelantan menjauhi sekolah-sekolah Agama dan
Pondok di Kota Serambi Mekah ini, kita nampak Kelantan
semakin diberikan kepercayaan.
Ini kuasa Allah.
Makin ditekan, makin ramai pelancong.
Makin ditakut-takutkan, makin ramai pelabur
yang datang.
Hotel dan Chalet kita bertambah.
Kota Bharu menjadi semakin sesak. Sektor
perbankan berkembang dengan baik.
Jemaah Haji dari Kelantan semakin meningkat
setiap tahun.
Memang tidak ada sebab kita tidak boleh
membangun seperti yang dikatakan oleh PM kerana
Kelantan sesungguhnya sedang rancak membangun.
Kita boleh dan memang ‘Kelantan boleh’.
Tapi kita bangun perlahan-lahanlah.
Cara kitalah.
Membangun Bersama Islam.
Cuba kalau bagi layanan yang sama rata seperti
negeri-negeri lain, tentu kita akan lebih membangun.
Hak susahnya campur aduk dengan politik.
Ini yang kurang cerdik.
Demokrasi beri kita pilih setiap 5 tahun.
Orang Kelantan pilih bulan.
Nak buat macam mana.
Mereka sayang kepada
Islam.
Apa pula didiskriminasi dan wujudkan kerajaan
dalam kerajaan. JPP tu semacam kerajaanlah.
Ini yang kita tak faham.
Saja nak timbulkan perpecahan.
Nak pecahkan sokongan rakyat kepada dua.
Ini kerja apa ni kalau tidak khianat.
Kenapa tidak wujud JPP di Kedah, Johor, Melaka,
Negeri Sembilan dan Selangor?
Adakan pula
jawatan
Penolong Pegawai Pembangunan di setiap Jajahan. Apa dia ni kalau tidak
membazir.
Rugi wang rakyat.
Bayar gaji pegawai superscale dan
pegawai-pegawai kanan di JPP, terpaksa sewa bangunan
baru, bayaran elektrik, air, telefon, kenderaan
jabatan, termasuk mengadakan beratus jawatan Ketua
Kerani, Kerani, Juruteknik, Tukang Pelan, Jurutaip, Pembantu Am Rendah, Drebar dan Jaga. Adakan pula
Penyelia Pembangunan Mukim semata-mata untuk
menganggu tugas-tugas Penggawa dan Penghulu lantikan
Kerajaan Negeri;
macam cerita dua Imam pula.
Tujuannya semata-mata nak tulis atas papan
tanda setiap projek Pusat
- Satu
lagi projek BN.
Dekat pilihanraya macam sekarang mulalah cabar
- minta PAS buktikan.
Buktikan apa?.
Buktikan BN yang membazir.
Buktikan BN kutip cukai dari rakyat termasuk
rakyat Kelantan dan dabik dada bahawa dia buat itu dan
ini.
Tanya sikit; duit siapa?
Kalau duit rakyat lalu buat projek untuk
rakyat; itu
bukan luar biasa.
Itu biasalah. Siapa suruh jadi Kerajaan Pusat
kalau tidak mahu pikul tanggungjawab.
Jika kita duduk di Pusat pun, kita akan buat
pembangunan dengan lebih hebat.
Tapi kita jamin kita tidak akan membazir.
Kita akan adil, kita akan hormati demokrasi.
Kita akan lebih bertoleransi. Tengok
Kelantan sekarang inilah.
Tak ada pun militan.
Orang Islam suka. Orang bukan Islam pun selesa.
Melayu happy, Cina happy dan semua happy. OK semua.
All right semua.
Mereka semua kata Thank you.
Pejabat
Menteri Besar
Kelantan
Kota
Bharu.
Bertarikh:25
Safar 1423 / 8
Mei 2002
|