Home ]

Beri ruangan persaingan politik sihat

Back ] Next ]

 

Beri ruangan persaingan politik sihat- MB Kelantan

 KUALA LUMPUR: Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat, menggesa ruang persaingan politik yang lebih sihat diberi kepada rakyat untuk membolehkan mereka bebas memilih dengan penuh keadilan.

"Persaingan dalam berpolitik juga harus diberikan peluang kepada rakyat di negara ini. Selagi halangan-halangan rasuah, politik wang dan kampen-kempen palsu wujud di Malaysia, selagi itulah rakyat tidak boleh menunjukan kemampuan yang sebenar," kata beliau selepas menghadiri Simposium Antarabangsa Kerajaan Elektronik di Hotel Shangri-La, baru-baru (Khamis) ini.

Katanya, persaingan ini akan menjadikan manusia lebih berkualiti dan Islam sendiri mengajar manusia hidup berkualiti dalam apa jua sekali pun.

"Supaya amalan manusia berkualiti, Allah sengaja meletakkan naluri bersaing dalam tubuh manusia. Dan Allah akan memberikan ganjaran syurga di akhirat kelak," kata beliau.

Beliau mengatakan jika rakyat diberi kebebasan untuk menyokong PAS, DAP, PRM, Umno dan parti-parti lain tanpa dihalang, beliau yakin politik Malaysia akan cemerlang.

"Sekarang parti politik pembangkang tidak diberi peluang, antaranya dalam kem-kem askar, kami (PAS) tidak diberi peluang untuk memeriksa (cara mereka mengundi) dengan sepenuh," kata beliau kesal.

Katanya lagi, ini termasuk juga televisyen, dan radio yang tidak memberikan peluang kepada parti-parti pembangkang untuk siaran, tidak seperti parti-parti komponen kerajaan.

"Kalaulah dikatakan polisi stesyen tv itu sendiri, yang menghalang kami. Berikan lesen tv kepada kami sama. Kenapa pula kami tidak diberikan permit untuk bina stesyen tv atau radio?

"Lesen-lesen semua diberikan kepada penyokong-penyokong kerajaan. Sudah lama kami minta lesen untuk mengadakan stesyen radio sendiri, tetapi dia (kerajaan BN) tidak bagi (berikan)," kata beliau lagi.

 


Bravenet.com

www.kelantan.net is managed by: kelantaniklan, tekno associate and public affilliate and world wide web associates