Home ]

2002/06/20:::Isu Pahala Dosa - Syabas Khir Toyo

Back ] Next ]

 

MINDA TOK GURU

 

ISU PAHALA  DOSA

 

“SYABAS KHIR TOYO”   -    NIK ABD. AZIZ

 

 

Masa saya agak terhad.  Maklumlah musim-musim ombak besar.  Nak betulkan layar.  Nak canggah angin.  Nak elak dari batu-batu karang yang menyekat bahtera kami dan nak landa gelombang yang dibuat-buat.  Kita tahu siapa yang buat.  Dalam pada itu pun, saya nak ambil masa sikitlah untuk layan Menteri Besar Selangor mengenai pahala dosa.  Nak layan semua tidak boleh.

 

          Punca asas perbalahan PAS UMNO duduk di sinilah.   Dulu UMNO kata, politik suku agama suku.   Sekarang apabila PAS tekankan bahawa dengan mengguna kuasa politik, kita menegak makruf dan menentang mungkar dan kita boleh pahala, nampaknya UMNO dah mula boleh terima.  Sekurang-kurangnya diperingkat ini Menteri Besar Selangor selaku Pengerusi Biro Agama Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia sudah boleh terima bahawa kerja mentadbir negara melalui politik ini dapat pahala.  Ini berita gembira bagi saya.   Nampak UMNO dah mulai faham.   Walaupun cukup lama nak boleh faham, tapi tak apalah.  Dah mulai faham mujurlah.   Walaupun mula-mula ini berlumba membina Masjid dan Sekolah agama dulu nak dapat pahala.   Kemudian mulalah maju sikit untuk berlumba membuat kerja-kerja makruf dan mencegah rasuah dan semua penyelewengan.   Ini semua mesti buat.  Jangan rajin buat masjid saja tapi nak  ceramah  di masjid  tak  bagi.   Buat  masjid  boleh  pahala.   Beri orang ceramah di masjid dan luar masjidpun boleh pahala.   Tak lama,  kempen rakyat tutup aurat.   Kurangkan lesen judi dan premis judi sebelum haramkan judi.   Yang rakyat naik celaru ini apabila masjid pun buat tapi nite club pun buat (nyamuk pun pelihara, hospital pun buat).    Pemimpin tertinggi UMNO pesan jangan rasuah tapi bila aduan amalan rasuah dibuat keatas pemimpin UMNO Negeri, kenapa buat diam.   Ini rakyat tidak boleh faham.   Islam bukan lagu tu.   Dia mesti serentak.   Buat makruf tolak mungkar.   Sembah Allah tolak syirik.   Taatkan peraturan Allah dan tentang maksiat.   Jenis ambil sebahagian dan tolak sebahagian ni benda lain.   Benda pragmatik.   Benda kebangsaan, benda oportunis.   Benda zionis.

 

          Bagaimanpun, bolehlah saya puji Menteri Besar Selangor.   Dia dah mulai nampak yang politik ni benda boleh pahala.   Tak kena buat dapat dosa.   Tapi saya nak ingatkan dia jugalah bahawa dengan berkata begitu, dia bercanggah sesama sendiri.   Hamid Othman misalnya marah sangat bila saya sebut pahala dosa.   Ada juga orang lain yang lebih atas pula anggap PAS memberi rasuah dengan menyebut pahala dan Syurga dalam ceramah.   Khir Toyo pula lain macam.   Dah tanya orang atas dan minta izin atau belum?

 

          Saya tak ada apa lah.   Orang kata UMNO buat masjid lagi banyak dapat pahala.   Tak dak apa.   Ini maknanya PAS yang sebut benda ini berpuluh tahun bukannya menimbulkan pecah belah.   Orang berpecah kerana  UMNO  bawa  orang  Islam supaya lihat pahala dosa ini benda suku.  

 

Kumpulan orang Islam yang terpengaruh dengan alasan ini beradalah dalam UMNO.   Timbulah perpecahan.   Cuba pula semua pemimpin UMNO sebut macam Khir Toyo, baru orang Islam mula bersatu.   Pengikut dan ahli UMNO akan faham kehendak Islam seperti yang orang PAS faham.   Timbullah penyatuan dalam Islam.   Jadi, syabaslah saya ucap kepada MB Selangor.   PAS sokong sangatlah kita berlumba-lumba membuat kerja makruf.   Tapi jangan lupa.   Mungkar pun wajib cegah.   Kena berlumba-lumba juga.   Kalau tidak, orang boleh gelar macam-macam.   Jangan sibuk dok salahkan orang.   Semak kita tu dulu.   Khir Toyo jenis buat semakan kali ini.  Syabas saya ucapkan.   Syabas.

 

 

 

 

Pejabat Menteri Besar Kelantan

Kota Darulnaim

KOTA BHARU. 

Bertarikh : 8 Rabiul Akhir 1423 / 19 Jun 2002

 


Bravenet.com

www.kelantan.net is managed by: kelantaniklan, tekno associate and public affilliate and world wide web associates