Home ]

UMNO Buat Pasukan Baru?

Back ] Next ]

 

UMNO Buat Pasukan Baru?  

Dengar khabar UMNO susun semula di Kelantan kerana pasukan lama dikira tidak sedap.  “Tok rok ddok”   Tidak mampu nak tumbangkan Kerajaan Negeri yang ada, kena susun pasukan lain.   Hak kena buang ialah Ustaz Md. Nor Deris selaku Ketua Penerangan UMNO Negeri dan Dato’ Rosli Ibrahim.     Ustaz Nor Deris bekas orang kuat PAS yang ada buah Azhar, manakala Dato’ Rosli bekas orang kuat  S 46 iaitu Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Negeri.

          Kalau buang Nor Deris samalah seperti buang benih agama dalam UMNO.    Baru nak cambah, cantas.   Baru nak ceding, cah keting. Dulu lantik kira-kiranya adalah juga logiknya.    Hok dia baca Ayat lain dan tafsir lain atau tafsir Ayat sekerat-sekerat itu suku fasal tapi mahulah juga rujuk Ayat Al-Quran.   Ada bunyilah juga Hadith Nabi.   Pelik sungguh.   Nok bercakap hal Islam, isytihar Negara Islam tapi buang Ustaz.   Maka pulang pulih UMNO jadi sedia kala.   Macam mana nak lawan Parti Islam. Tuju kebangsaan juga.   Balik tempat sedia.   Hanya bom asap.    Bercakaplah mereka mengenai ciri dan sifat-sifat Negara Islam dan hukum halal haram sesama mereka.   Rakyat mana nak dengar.   Rakyat Kelantan sekarang sudah jinak dengan Islam sepanjang 12 tahun kita memerintah.  Dia kenal dah hak mana Tok Guru Quran dan  hak mana cari makan dengan Ayat Quran.         

Buang bekas orang kuat Semangat 46 adalah satu lagi hal.  Maknanya buang bekas penyokong parti itu la tu.   Sahlah orang-orang bekas Semangat 46 yang dulu masuk UMNO tidak ada harga.   Jadi UMNO hanya untuk orang Mahathir.   Untuk orang Parti UMNO lama yang telah mati. Wakil dia, Dato’ Mustapha dan Dato’ Ibrahim Ali, orang bekas S46 tak ada tempat.   Pendek kata ubah pemain pun tak ke mana.   Nak sembunyi ke siapa hilang duit dalam Tabung Haji RM200 juta, Skandal Perwaja RM10 bilion,   MAS rugi, hilang duit dalam Tabung Amanah Ikhtiar Malaysia dan kehilangan wang untuk projek PPRT hampir RM40 juta.   Baitulmal Selangor pun disapu RM2 juta masa Dr. Yusof Nor, senyap saja.   Semuanya main bilion dan juta-juta.   Tak main sikit-sikit.   Padanlah Almarhum Tg. Ab. Rahman kata UMNO perompak Bank.  MCA merompak Koperasi dan MIC perompak Lebuhraya.  (Lihat Harakah bertarikh 1 – 15 Mei 2002).           Semua ini duit rakyat.   Kemudian, nak suruh rakyat sayang dan undi mereka. Mana boleh jadi.   Rakyat suka tengok TV, dia tengok.  Dia tak suka, dia tutup.  Orang Kelantan cerdik.  Dia boleh baca belaka.   UMNO ingat dia boleh kelabukan mata melalui lenggang lenggok penyanyi,  patung burung petalawati, bercakap yang bersembur-sembur dan sogokkan duit kepada pekebun kecil RISDA.    Catlah biru kuning merah pun, dia akan pilih hijau.   Warna ahli Syurga.   Pakailah songkok tinggi manapun, kalau tidak belaga angin dengan Allah dan Rasul jangan harap dapat pahala.  Lelah saja.   Silap-silap terguling pulak.   Kita malas cakap besar tapi kita yakin.   InsyaAllah Tuhan berpihak kepada yang benar.   Buatlah aniaya.   Benda makan diri sendiri.

 

Pejabat Menteri Besar

Kelantan

KOTA BHARU. 

Bertarikh:25 Safar 1423 / 8 Mei 2002

 

 


Bravenet.com

www.kelantan.net is managed by: kelantaniklan, tekno associate and public affilliate and world wide web associates