DI ANTARA DENDAM KU LI DAN DENDAM TOK GURU
Ku
Li kata Tok Guru kononnya nak pinda perlembagaan untuk nak balas dendam kepada
Sultan Kelantan, tapi kalau sekilas ikan di air kita dah tahu jantan betinanya,
sepatah kata Ku Li kita dah tahu ke mana halanya.
Bercakap
pasal nak pinda perlembagaan ni, kita nak tau jugaklah satu perkara, kalau
betullah nak pinda ni pasal nak balas dendam, apa sebab pulak yang Ku Li kata
Tok Guru ni berdendam dengan Sultan Kelantan?
Setakat
yang kita tahu Tok Guru ni jenis Tok Gurulah, mana ada dendam-dendam ni, tapi
kalau Ku Li tu… Yalah, dengar khabar kalau bukan sebab Che Det main ilat masa
berlawan dulu, lama dah dia ni dapat jadi PM!
Hai,
orang suruh bubar, kita dah bubar, tapi duk melangut tunggu kerusi menteri nak
mari, alih-alih kriteria pulak yang lari, nak lawan boss sendiri, tak ada
kawasan nak bagi undi, eh, takkanlah jadi gurka ke mati?
Kalau
tau setakat jadi MT, tak adalah nak malu ke diri bubar parti, orang-orang kuat
pulak habis kena buli, bekas commander negeri, si Rozali kat sempadan sendiri,
si deputy, Shukri kat sempadan sini, mana nak lari?
Dah
tau diri tu kuli, buat apa nak besar ke diri, la ni si Mustapha tu yang jadi
ketua negeri, alih-alih kita ni pandai-pandai nak arah perbaiki parti, yang kita
ni mesyuarat pun tak pernah pergi, tapi nak tunjuk lagak lagi.
Kepada
Tok Guru, tak payahlah Tok Guru nak layan dia ni lagi, dia ni dah tak tahu ke
mana nak pergi, politik ni Che Det bukan tak reti, kanan kiri kanan kiri Che Det
bawak lari akhirnya tinggal Ku Li teriak sorang diri.
Bila
frust sudah mari, Tok Guru pulak makin nak meningkat lagi, tambah-tambah dengan
sesatu institusi yang dia boleh pelepas diri, mulalah maki sana maki sini, yalah,
dari Presiden turun ke MT, mana boleh jadi?
Pendek
kata, tak ada sebab Tok Guru nak berdendam dengan sesiapa, tapi Ku Li tu yang
sebenarnya berdendam dengan Che Det sebab Che Det tak habis-habis buat janji
dengan dia, last-last satu apa pun tarak mari jugak.
Satu
cara Ku Li nak balas dendam dengan Che Det, bila nampak Tok Guru nak ikut Che
Det, cepat-cepat Ku Li sekat Tok Guru, konon-konon nak tunjuk macho lah tu, dulu
aku lawan Che Det, la ni pun aku lawan jugak.
Patut-patutnya
kalau betullah awak ni nak balas dendam kat Che Det, cepat-cepatlah awak pergi
pujuk Sultan terima pindaan, dah selesai awak lawanlah Che Det kat court, kan ke
dulu Che Det kalahkan awak kat court?
La
ni dengar cerita court tu kan ke dah clear, dan awak dulu pun kata pindaan asal
kat pusat tu tak sah sebab raja-raja tak sign, pergilah challenge kat court
pindaan kat negeri ni, mana tahu kot-kot sangkut, terus jadi PM!
|