PEMERINTAH, MEDIA DAN PEMBACA
Minggu
ketiga dari bulan Januari 2002 menyaksikan banyak episod
kehidupan rakyat Malaysia yang semakin ditekan. Ini boleh disahkan dari empat berita di akhbar-akhbar
perdana seperti berikut:-
i) Pensyarah:
List
of anti government lecturers compiled
- NST 23 Januari 2002;
ii) Guru
Tadika:
Pre-school teachers
who incite hatred will be sack
- NST 23 Januari 2002;
iii)
Pelajar IPTA:
Semua
200,000 mahasiswa yang sedang menuntut di semua IPTA
seluruh negara diwajibkan menandatangani persetujuan
akujanji sebaik sahaja bermulanya sesi akademik menjelang Mei
2002;
-
Berita Harian 24 Januari 2002;
iv)
“Bukti sokongan warga UPM kepada kepimpinan Perdana
Menteri diperkuatkan
lagi dengan
penyerahan surat akujanji kakitangan akademik dan
sokongannya, sebagai simbolik sokongan mereka kepada kerajaan.”
-
Berita Harian 19 Januari 2002.
Dari
empat petikan dan matan-matan penting berkenaan, sangatlah
jelas bahawa minggu ketiga bulan Januari tahun ini melihat
unsur gertakan, ugutan, paksaan, yang konon akhirnya disertai
oleh “sokongan”.
Ayat
akhir dari perkara iv) di atas terang sekali menunjukkan
bagaimana paksaan akujanji akhirnya disimpul-simpulkan dengan
kata-kata lunak seolah-olah “pihak yang dipaksa”
bersetuju dipaksa memberikan sokongan kepada akujanji
berkenaan. Pada
kebiasaannya RTM akan menyusuli pula dengan slot-slot
interview pelajar atau sesiapa saja yang dianggap sesuai.
Kononnya spontan - semestinya
yang lazimnya berbunyi
“….. saya ingat ianya tiada masalah.”
atau “sebagai
pelajar kita mesti cemerlang dalam pelajaran,” atau
“memang patut dan bagus
akujanji itu untuk melahirkan penjawat awam yang kommited
hanya dengan tugas.”
Demikianlah
kita melihat bagaimana hebatnya fikiran rakyat dikongkong dan
dibelenggu. Kita
ada Akta Mesin Cetak.
Kita ada Akta Hasutan.
Kita ada OSA. Kita ada ISA.
Kita ada Akta Polis.
Kita semakin kaya dengan akta, kuasa dan kuatkuasa.
Diatas sana, kita ada Mahkamah dan kita ada Perdana
Menteri selaku orang yang nombor 1.
Semuanya bagaikan mata-mata lembing yang terhunus tepat
ke setiap batang leher rakyat. Dalam keadaan hampir tidak boleh bergerak itulah,
media pandang dengar dalam kaca TV memainkan peranan
propagandanya. Suasana berfikir secara kritikal seperti yang
dianjurkan oleh Edward De Bono melalui bukunya ‘Six
Thinking Hats’ atau Stephen R. Covey melalui bukunya ‘Seven
Habbits’ tidak langsung mendapat kesempatan yang selesa
untuk diamalkan. Apa
yang nak dikaji apabila segala sesuatu itu disogok.
Pembohongan,
fitnah dan kisah-kisah benar telah dibungkus dalam kertas
pembalut hadiah yang diwangikan dengan “air freshner”
- semua
ditaja. Pelopornya ialah Kementerian Penerangan melalui
juaranya Rangkaian TV1, Saluran Perdana.
Sanggup dimuatkan berita perdana dengan tayangan slot
90 saat yang mewakili sebuah mesej pemberitaan yang dianggap
oleh Sdr. Rustam A. Sani sebagai satu kebetulan yang tidak
betul. Sementara
Tan Sri Khalil Yaakob terus mempertahankan ia sebagai berita
dan bukan propaganda (NST:
12 Januari 2002). ZAM pula dalam mempertahankan kedudukan tetap berkeras
yang slot itu sebuah kebetulan.
Kebetulan dan berita yang bagaimana kalau dah hampir
semuanya bersifat “slanderous” dan ditunjukkan
secara berulang selama 3 minggu.
Dimana betulnya
apabila PAS dihubung-hubungkan dengan keganasan Pertubuhan Al-Qaeda
di Afghanistan. Bukti
mengarutnya dakwaan ini dapat kita lihat melalui permohonan
maaf NST (Singapura) diatas kesilapan mereka dalam melibatkan
PAS dengan keganasan rangkaian Al-Qaeda dan Taliban melalui
beritanya bertarikh 4 Januari 2002.
Kita boleh semak permohonan maaf ini oleh Jane’s
Intelligence Review bertarikh 12 Januari 2002. Sekurang-kurangnya dari peristiwa ini, kita menjadi
terharu juga dengan kejujuran akhbar Singapura itu yang berani
menguatkan diri untuk melutut bermohon maaf.
Syabas NST (Singapura).
Bagaimana dengan akhbar-akhbar perdana di Malaysia
termasuk TV1 Saluran Perdana?
Tidak terlintaskah untuk mencontohi sikap
‘gentleman’ orang lain?
Saya
tidak tahu
bagaimanakah agaknya
unjuran Pak
Lah Badawi,
Timbalan
Perdana Menteri dapat
dipenuhi. Kata
beliau, “Pihak akhbar mestilah sentiasa dapat memahami
dan meluahkan semula kepentingan para pembacanya supaya
pendapat rakyat dari pelbagai latar belakang sosial dan
politik boleh disuarakan.”
Beliau seterusnya mengharapkan supaya para pengamal
media cetak tidak berkompromi dengan prinsip asas kewartawanan
iaitu integriti jujur dan adil. Ia mesti dilaporkan dengan tepat dimana sebarang mesej
yang disampaikan mesti diletakkan pada konteksnya yang betul. (Lihat
Utusan Malaysia 16 Januari 2002).
Kalau
boleh kita kutip ayat-ayat kunci dari TPM itu, dan menukarnya
dalam bentuk soalan ia akan berbunyi:
i)
Adakah diberi ruang yang mencukupi bagi suara rakyat
dari pelbagai latarbelakang dalam liputan akhbar?
ii)
Apa erti adil, berintegriti dan jujur?
Mungkin tanpa perlu dipengaruhi sesiapa, elok juga kita
semak erti ketiga-tiga perkataan ini dari mana-mana Ustaz atau
Tok Imam. Paling
malas, buka buku kamus dan cari maknanya untuk diukur dengan
seruan Pak Lah, amalan Pak Lah dan anak-anak buahnya di
stesen-stesen media;
iii)
Apa pula maksud tepat?
Ada bezakah tepat dengan putar belit, mengada-adakan
apa yang tiada dan menyorok insiden terkini dari diketahui
umum?
iv)
Atau Pak Lah cuma
sekadar mahu dilihat relevan pada Majlis Perasmian Kompleks
Kilang Percetakan Akhbar The Star di Bukit Jelutong yang
dihadirinya itu.
Sedangkan beliau sendiri tidak percaya dengan seruan
yang diharapkan itu disahut oleh wartawan!
Tanpa
cuba menghukum mana-mana pihak, mari kita cuba tanyakan apa
yang sudah jadi dengan kes-kes seperti Tan Sri Eric Chia
dengan isu kerugian wang melebihi 1 billion ringgit di Perwaja
Steel. Apa
sudah jadi dengan berita laporan polis Dato’ Fauzi Ab.
Rahman (ADUN Beserah) tentang kerja tidak amanah pemimpin UMNO
di Pahang. Apa
pula kesudahan dengan kisah kehilangan wang PPRT yang
menghampiri RM40 juta.
Apa pula nasib laporan BPR oleh sdr. Lutfi Othman yang
sudah sampai pusingan kelima terhadap dakwaan amalan rasuah
dan penyalahgunaan kuasa Dato’ Seri Khir Toyo. Rakyat mahu tahu kenapa kes DSAI dinafikan ikat jamin.
Ini bukan soal “sensation”.
Bukan perkara “blowing out of proportion”.
Ia soal kejujuran media untuk bersifat professional
dalam menyahut gesaan Pak Lah supaya berani, jujur, adil,
berintegriti, tepat dan professional. Kemana perginya ilmu “investigative
reporting” yang
menjadi unsur penting dalam etika kewartawanan?
Rakyat sudah tiba ke peringkat ‘kecewa’ antara
sesuatu yang dia harap dengan keadaan realiti yang dihidangkan
oleh media pada setiap pagi.
“They feel being ‘disillusioned!’.
Malah ramai di kalangan rakyat sudah dapat meneka apa
yang akan ada dalam berita untuk hari esoknya.
Syukur kepada pemimpin, nikmat keamanan, pintarnya
bapak-bapak menteri kita, indahnya kedamaian di Malaysia,
takut-takutkan dengan huruhara
di tempat lain,
seru semua
orang supaya
tidak melampau, tuduh pembangkang sebagai “extreme”,
kait-kaitkan ajaran sesat dengan PAS, ugut pelajar, pensyarah,
penjawat awam dan kanak-kanak di tadika.
Apa yang tinggal lagi hanyalah keputusan perlawanan
bola sepak, atau laporan mengenai kes ‘geng mamak’ yang
merompak bank. Mungkin
iklan-iklan ubat kempis perut atau kisah kambing berkaki tiga
- itulah
sahaja lagi yang barangkali tinggal
unsur ketepatan pemberitaan oleh media massa yang bebas
dari “distortion”.
Berita-berita tawar yang tidak mencabar dan menajamkan
minda. Kita
sedang berada dalam persekitaran ini.
Fikiran dan pendekatan lapuk Menteri Propaganda Hitler Joseph
Geobel amalan nazi sedang diulangi untuk mengepong rakyat
dari atas dan sekeliling.
Proses ‘pembudakan intelek’ sedang berlaku dengan
sombongnya tanpa memikirkan pun akan kesannya. Rakyat yang semakin celik akal dimana puluhan ribu
graduan yang membanjiri penduduk Malaysia setiap tahun harus
diingat, adalah bakal-bakal pengundi dan pemimpin negara
dimasa depan. Dengan
bentuk asuhan minda yang begitu cemerlang di Sekolah Menengah
dan Universiti baik dalam atau luar negeri, mampukah kerajaan
bertahan dengan mengawal media dan menggunakan pendekatan
sogok, sumbat, dan bengkok-bengkokkan berita sesuka hati.
“Top stories” mengalami penggelapan.
“Non-news” diberikan “highlight”.
Saya cuma
khuatir akan tiba satu ketika yang rakyat sudah
sungguh-sungguh tidak lagi percaya dengan apa sahaja yang
diberitakan. Rakyat
sudah takut setakut-takutnya.
Fikiran dan penentuan benar salah menjadi terkongkong.
Kebenaran hanyalah milik dua tiga kerat orang yang
berkuasa yang menentukan “what is the order and the rule
of the day”.
“Rule of law”
tinggal sia-sia.
Ia digantikan oleh
“… the law of the rulers”.
Walau
apapun,
seperti kata Eleqnor Roosevelt,
“Tiada siapa yang dapat lukakan anda tanpa
kebenaran anda.”
Ghandipun ada menyebutkan sesuatu yang serupa iaitu
“mereka tidak dapat merampas kehormatan kita jika
kita tidak membenarkan.”
Sy. Omar Al-Khattab berkata:
“Bagaimana
kamu nak kongkong seorang rakyat sedangkan sejak bayi lagi dia
sudah menjadi seorang yang bebas sepenuhnya.”
Bagi
kita umat Islam cukuplah kita ambil kekuatan dari sepotong
maksud pendek dari pengertian Surah Al Isra’ Ayat 81 iaitu:
“Dan
katakanlah yang benar telah datang dan yang batil telah lenyap.
Sesungguhnya yang batil itu adalah sesuatu yang pasti
lenyap.”
|