Tuesday, February 19 @ 09:46:11 MYT
KOTA BHARU, 19 Feb (Hrkh) - Jabatan dan badan-badan agama
di negeri ini diminta memainkan peranan untuk menjelaskan
kekeliruan ditimbulkan sesetengah pihak melalui media
elektronik yang mentafsir ayat-ayat al Quran sesuka hati.
Menteri Besar, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata,
Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (Jaheaik), Majlis Agama
Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (Maik) dan Yayasan Islam
Kelantan (Yik) boleh menjelaskan kekeliruan yang sengaja ditimbulkan pihak terbabit."Adalah amat bahaya sekiranya pentafsiran
ayat-ayat al Quran dilakukan sesuka hati kerana ia melibatkan dosa besar," katanya
ketika menggulung perbahasan Enakmen Perbekalan Tambahan di persidangan
Dewan Undangan Negeri (Dun) di sini, 18 Febuari. Pentafsiran ayat-ayat al Quran sesuka hati
kini dilakukan secara berleluasa melalui media elektronik terutamanya RTM bagi
memburuk-burukkan imej perjuangan Islam yang didokong PAS.Selain itu, mereka juga menuduh kerajaan
Kelantan melarang wanita cantik bekerja dan mengulang tayang tragedi berdarah di
Memali. Oleh itu, Menteri Besar mahu jabatan agama dan agensi terbabit memainkan
peranan menjelaskan kekeliruan tersebut. "Penjelasan itu boleh dilakukan tanpa
menyebut nama PAS atau Umno," katanya. Adun Meranti, Ustaz Nasaruddin Daud
berkata, orang yang buta mata dan tuli telinga sahaja yang mudah terpengaruh
dengan propaganda kerajaan Barisan Nasional (BN). Katanya, mereka yang buta dan tuli tidak
dapat membezakan apa yang telah dilakukan kerajaan Kelantan sejak
mentadbir negeri ini. Timbalan Menteri Besar, Dato' Haji Abdul
Halim Abdul Rahman percaya propaganda yang dimainkan RTM tidak mampu untuk
mempengaruhi rakyat berdasarkan prestasi BN pada pilihan raya kecil Indera
Kayangan, Januari lalu. Kata beliau, sekiranya propaganda yang
dimainkan berulang tayang melalui media elektronik tersebut berkesan sudah tentu
BN menang dengan majoriti lebih besar. "Namun berdasarkan kepada petunjuk
pilihan raya itu, BN hanya mampu meningkatkan lebih 100 undi sahaja.
"Boleh dikatakan sangat tidak berjaya serangan saraf yang dilakukan melalui
media elektronik sebelum ini," katanya. Menurutnya, pengundi di Indera Kayangan
tidak mudah terpengaruh dengan proganda tersebut, walaupun penayangan video klip
memburuk pembangkang dilakukan secara berulang kali. Kata beliau, sepatutnya BN boleh menang
dengan majoriti lebih besar memandangkan segala kemudahan digunakan pada pilihan
raya kecil itu, termasuk peruntukan kewangan yang banyak.
Katanya, propaganda berkenaan turut memualkan orang ramai sehingga mereka
terus bersimpati terhadap PAS dan pembangkang. Bagaimanapun beliau membayangkan
serangan saraf secara berterusan yang dilakukan Umno dan BN melalui media
elektronik menggambarkan pilihan raya umum akan datang mungkin diadakan lebih
awal.
Open
Souce: melayucyber
|