MENGENALI
UMNO DARI TULISAN ABDULLAH AHMAD DAN ANNUAR MUSA
Mengenali
UMNO dari pena dan lidah orang PAS
sering dihubung dengan fitnah.
“Itu semua fitnah!”.
Begitulah tempelakan mudah amalan lazim pemimpin UMNO.
Ini boleh disaksikan dalam kes Menteri Besar Selangor
yang sedang berlindung dari hujan fakta yang didedah oleh
Dato’ Dr. Hassan Ali.
Mengikut Perdana Menteri, pemimpin PAS tidak pernah
melihat sesuatupun yang baik dari UMNO.
Apa hal dengan laporan Polis Dato’ Azmi Khalid,
Menteri Pembangunan Luar Bandar serta dakwaan Dato’ Abdullah
Ahmad tentang penyelewengan Wang PPRT sejumlah RM47 juta?.
Seorang bekas Menteri UMNO sedang didedahkan oleh
seorang Menteri penuh UMNO dan disokong oleh bekas Timbalan
Menteri UMNO. Semuanya
cerita UMNO. “Pure
and real.” Ini tersiar di dalam sebuah rencana dalam Mingguan Malaysia
bertarikh 11 November 2001 bertajuk ‘Skandal
PPRT Kelantan’. Masihkah
fitnah?.
Sekurang-kurangnya
untuk kali ini, mari kita menjadi pembaca yang hanya percaya
kepada pemimpin UMNO sahaja.
Yakinlah 100%. Mari kita hanya taksub dengan berita dari Akhbar
Mingguan Malaysia sahaja.
Ketepikan Harakah.
Jauhkan diri dari Detik Daily, Laman Reformasi, Berita
Keadilan, Malaysiakini.com, Memo, Perkasa, Warqah dan Suara.
Kita jangan dengar fitnah.
Bermula
dari premis ini, maka kenalah seluruh masyarakat Malaysia
yakin bahawa UMNO tidak akan naik.
Ini diketahui oleh Presiden UMNO sendiri yang telah
menjadi Pengerusi Perhubungan UMNO Kelantan
selama
10
tahun. Dalam
pertemuan empat mata Dato’ Abdullah Ahmad dengan Pengerusi
Perhubungan UMNO Kelantan sekarang (Dato’ Mustapa Mohamad)
juga, perihal tidak yakinnya UMNO untuk menang juga diakui.
Ini semua tercatat di dalam artikel Dato’ Abdullah
Ahmad. Lalu
penulis rencana tetap dalam ruangan isu itu menyimpulkan dalam
keluaran Mingguan Malaysia bertarikh 18 November 2001 seperti
berikut:
“UMNO
Kelantan tidak akan menang Pilihanraya 2004 walaupun
penulis mahu ia menang.
Andainya UMNO Kelantan menang dalam pilihanraya umum
akan datang, penulis akan serahkan harta penulis yang kononnya
bergunung di Kelantan sebagaimana didakwa Annuar, kepada
Baitulmal Kelantan”.
(Tambahan:
Tidak menang bererti kalah.
Kalaulah katakan menang juga (walaupun diyakini kalah),
berilah kepada Baitulmal separuh dan PAS separuh.
Kenanglah sedikit jasa PAS yang telah berjaya menjaga
Kelantan selama UMNO tiada dengan aman, tenang dan tanpa
mengkhianati wang rakyat miskin atau kaya).
Kembali kita
kepada analisis, demikianlah sebuah bacaan politik yang dibuat
oleh seorang veteran UMNO. Penyakit yang membelit seluruh tubuh
UMNO inilah yang meletakkan beliau (Abdullah Ahmad) selaku
seorang realis, terpaksa mengakui
dengan penuh terbuka
tentang tiada
langsungnya kemungkinan untuk UMNO kembali berkuasa.
Diantara fakta yang didedahkan dan dipercayai menjadi
punca kekalahan akan datang adalah amalan-amalan penyelewengan
seperti berikut:-
Konspirasi:
i)
Adanya konspirasi untuk menjatuhkan Annuar Musa di
Hotel Legend, Kuala Lumpur;
(Mingguan Malaysia 18 Nov. 2001)
Politik
wang
ii)
Tuduhan orang kuat Annuar Musa iaitu Datuk Ariffin
Hamid, Bahagian Pengkalan Chepa menggunakan wang (politik
wang) semasa kempen pemilihan Ketua Bahagian; (Mingguan
Malaysia 18 Nov. 2001)
UMNO
ketepi Bumiputera
iii)
Orang bukan bumiputera yang sama mendapat projek di dua
buah negeri; (Mingguan Malaysia 18 Nov. 2001)
Kepentingan
peribadi
iv)
Dakwaan adanya kelulusan peruntukan Menteri Pembangunan
Luar Bandar sebanyak RM50,000 untuk satu projek di tanah milik
Dato’ Abdullah Ahmad; (Mingguan Malaysia 18 Nov. 2001)
Mengkhianati
peruntukan golongan termiskin
v)
Penubuhan syarikat untuk menyedut keluar dana yang
diperuntukkan untuk golongan termiskin dari Kementerian
Pembangunan Luar Bandar; (Mingguan Malaysia 18 Nov. 2001)
Kepentingan peribadi
vi)
Projek ‘Putra Peringat’ yang dibina di atas tanah
milik pemimpin UMNO menggunakan peruntukan kerajaan; (Mingguan
Malaysia 18 Nov. 2001)
Penyelewengan
vii)
Penyelewengan projek usahasama Nishikigoi (M) Bhd. dan
Yayasan Kemiskinan Kelantan (YKK);
(Mingguan Malaysia 18 Nov. 2001)
Kepentingan
peribadi
viii)
Pembinaan Bangunan UMNO Peringat di atas tanah milik
individu; (Mingguan Malaysia 18 Nov. 2001)
Kegagalan
projek
ix)
Penjualan projek ‘telur emas’
di Bukit Cina, Kok Lanas kepada sebuah syarikat dari
Negeri Sembilan; (Mingguan Malaysia 18 Nov. 2001)
Salah
menyalah
x)
Di Sri Perdana, Putrajaya ditengah-tengah kehadiran
Dato’ Abdullah Ahmad, Tg. Razaleigh, Dato’ Kadir Sheikh
Fadzir dan Naib-Naib Presiden UMNO, Perdana Menteri telah
dilontarkan dengan kata-kata kesat berbunyi:
“you
perlu berhenti dan berikan kepada Pak Lah.
You adalah penyebab UMNO kini tidak popular”.
(Mingguan
Malaysia 18 Nov. 2001)
Guna duit orang
miskin kempen pilihanraya
xi)
Separuh dari RM40 juta (Peruntukan PPRT) digunakan
untuk kempen pilihanraya di Kelantan; (Utusan Malaysia 13 Nov.
2001)
Lobi
melobi
xii)
Dato’ Annuar Musa digunakan oleh Dato’ Abdullah
Ahmad untuk mendapat jawatan sebagai Wakil Malaysia ke PBB;
(Utusan Malaysia 13 Nov. 2001)
Ikut
mana yang kuat. Bukan ikut mana yang betul.
xiii)
Dato’ Abdullah Ahmad kuat menyokong Anwar Ibrahim
tetapi apabila Anwar jatuh, tulisannya keras memburukkan
beliau pula; (Utusan Malaysia 13 Nov. 2001)
Mulianya
perangai setengah pemimpin
xiv)
Skandal PPRT Kelantan adalah contoh klasik kes harapkan
pagar, pagar makan padi. (Utusan Malaysia 13 Nov. 2001)
(Dipetik
dengan cermat dari Rencana di
Utusan Malaysia 13 Nov.
2001 dan Mingguan Malaysia 18 Nov. 2001 oleh Abdullah
Ahmad)
Gesaan
terbuka yang berbunyi “you
perlu berhenti” adalah ledakan puncak gambaran
betapa bergolaknya UMNO di segenap peringkat. Empat
belas penyakit seperti yang di senaraikan adalah unsur
tipikal, topikal dan sangat kritikal.
Ia hampir boleh ditemui dimana-mana baik didalam,
ditengah, ditepi , diatas dan dibawah UMNO.
Dari akar umbi hingga ke pucuk pimpinan.
Tidak hairanlah pokoknya semakin kering, garing dan
gering. Dia hanya hidup dengan bantuan alat pernafasan dan
“pace maker” berupa ISA, Akujanji dan penggelapan berita
dan maklumat. Ayat-ayat
yang berbunyi “you perlu berhenti” menjadi “taboo”
yang amat ditakuti. Baik diperingkat Bahagian yang dalam
konteks ini diwakili oleh Bahagian Peringat, inilah realiti
yang sama-sama kita sedang saksikan; atau
diperingkat negeri
seperti yang
juga sama-sama
kita sedang
saksikan melalui aksi Dato’ Seri Khir Toyo di
Selangor -
inilah UMNO.
Skandal demi skandal sedang jatuh
bertimpa-timpa. Baiki
dinding, runtuh bumbung, sentuh dinding, jatuh tingkap, repair
lantai, tumbang tiang! Mungkin punca yang ada cuma itu sahaja.
Itulah mungkin satu-satunya.
Tidak syak lagi.
Tanpa terlalu
banyak memberikan kicap cuka, kita pulangkan penilaian ini
untuk renungan lanjut. Rasanya
tidak ada orang yang berani katakan yang artikel ini menabur
fitnah. Rujukannya
tidak lain dari Akhbar Mingguan/Utusan Malaysia bertarikh 11,
13 dan 18 November 2001.
Pemimpin UMNO
biasanya tidak berbohong dan tidak mungkin Utusan Malaysia
boleh berbohong. Yang
biasa berbohong mengikut tuduhan ialah Harakah? Maka,
tersebarlah sebuah kebenaran: dari UMNO mengenai UMNO buat
seluruh rakyat Malaysia. Carilah amalan “good governance”, “efficiency” dan
“transparent” yang digariskan MAMPU dalam skandal PPRT di
Kelantan ini. Mudah-mudahan
berjumpa! Inilah dia agaknya erti kecekapan dan kebijaksanaan
mentadbir seperti yang sentiasa menjadi dakwaan YAB Perdana
Menteri?
Moral dari
kisah ini senang saja. Yang salah tetap salah.
Terlalu banyak berbohong akhirnya inilah jadinya.
Benda Sembahyang Hajat yang dibuat rakyat sekeliling
pening yang memohon pertolongan
dari Allah untuk menunjukkan
yang benar
itu sebagai
benar jangan
dibuat main.
Nampak
macam biasa sahaja tetapi sebenarnya ia telah mengundang
campur tangan dari kuasa
yang ‘Luar Biasa’.
Kalau orang Melayu dulu menyebut UMNO ni barangkali
telah terminum air yassin, maka kini kita elok ambil renungan
dari sepotong maksud Ayat Quran yang berbunyi:
Dan
janganlah kamu berbuat kerosakan di (muka) bumi.
Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang
berbuat kerosakan.”
(Surah Al-Qashash:
Sebahagian daripada Ayat 77)
Sesungguhnya
Allah itu amat dekat, tidak sejauh yang disangkakan oleh
kebanyakan manusia.
Sifat Maha MelihatNya amat meliputi segala sesuatu.
ANUAL
BAKHRI BIN HARON
Setiausaha
Politik
Menteri
Besar Kelantan
Bertarikh:
4 Ramadhan 1422 / 20
November 2001.
|