AMERIKA
YANG AKU KENALI
|
Mengenali
Afghanistan dengan maklumat yang sedikit dan
terpisah-pisah tentunya amat mengelirukan.
Lebih sulit lagi apabila maklumat dikongkong oleh
Barat di serata ceruk dunia yang sedang dengan teliti
dan ghairahnya melakarkan peta nakal untuk ditopengkan
ke wajah orang-orang berjanggut di Afghanistan
itu.
Hasilnya, Taliban diberikan kumis militan dan
dijambang dengan imej pengganas yang menggerunkan. |
Disogok-sogoknya pandangan dunia dengan pemusnahan 2
buah patung Buddha atau sikap Taliban yang ‘kononnya’
menafikan kaum wanita untuk menerima
pendidikan. Demikianlah nasib Kerajaan
Taliban dan Ben Laden yang cuba diskripkan dalam drama
dan plot cerita pemusnahan Pentagon pada 11 September
2001 yang lalu.
|
Pernahkah kita semak sebab-sebab terperinci keputusan
untuk memusnahkan patung yang dimaksudkan atau cuba-cuba
bertanyakan sama ada benar dan sungguhkah Kerajaan Taliban
merampas hak wanita dari mendapat pendidikan. Jika kita membuat penyelidikan yang bertaraf
“research”, jawapan yang kita dapati tentu berlainan malah
bertentangan dengan lakaran fakta hidangan AS yang lebih
berbentuk ‘auta’ itu. Dari kajian sebenar, bukan setakat kaum wanita
Afghanistan diberikan pendidikan malah mereka turut dibenarkan
berkhidmat di Kementerian Kesihatan, Kementerian Dalam Negeri,
Kementerian Pendidikan dan Kementerian Kebajikan Awam.
Inilah fakta yang disorok di celah dapur AS dalam
percubaan jahatnya bagi meramukan sebuah resipi fitnah untuk
dikunyah oleh seluruh umat manusia di planet bumi kini.
Dihujung kesannya nanti, setiap butir mata di Timur dan
Barat mula melihat Taliban sebagai Taliban yang diconteng
wajahnya dengan misai, kumis dan jambang “terrorist”
seperti yang dibutuhi Amerika. Tidakkah mungkin Amerika cuma mahukan lampu hijau dari
sebanyak mungkin penjuru untuk mengganyang Islam?
Bukankah Islam satu-satunya tenaga dan saingan kepada
kuasa mustakbirin itu setelah blok komunis mengalami
kelumpuhan? Oleh
kerana itu kita dapat melihat belumpun selesai keganasan di
Kandahar dan Kabul, ‘dia’ kini sedang mengalih
nafsunya untuk kembali ke Baghdad sebagai sasaran kedua dengan alasan seolah-olah
Saddam yang sedang bertanggungjawab menabur debu antraks di
Washington. Ketika
dunia sedang asyik mengukur dan menganalisis pendirian militan
AS, Tel Aviv pula mengambil kesempatan untuk mengamuk dan
dengan cepatnya sedang menabur peluru ke perut dan dada umat
Islam di Palestin dan Semenanjung Gaza. Akan berjayakah mereka untuk menyembunyikan niat dalam
permainan wayang dan sandiwara ini?
|
|
Bayi
Palestine ditembak tentera Israel. |
Kemudian, siapa pula Amerika? Salahkah kita jika cuba mengenali Amerika Syarikat
dengan segala akal budinya. Benar-benar berbudayakah mereka atau ganaskah bangsa
kulit putih yang cuba menjadi ‘polis antarabangsa’ itu?
Faktanya cukup jelas seperti urutan peristiwa di
bawah:-
Kekejaman
Amerika Syarikat terhadap kaum asli Amerika
Kaum Red Indian yang menjadi penduduk asli
Amerika telah dibunuh beberapa juta untuk menghalalkan bangsa
kulit putih itu bertapak sebagai sebuah kerajaan. Begitu juga dengan keganasan terhadap kaum berkulit
hitam dalam amalan sistem hamba.
Serangan ke
atas Filipina
Pembunuhan beramai-ramai wanita, orang awam
dan kanak-kanak di Filipina. Diantara tahun 1899 – 1902 melibatkan pembunuhan
200,000 rakyat Filipina. Serangan dan pembunuhan ini dilakukan untuk menjadikan
Filipina sebagai pengkalan untuk mengeksploitasi China.
Presiden William Mc Kinley lalu merumuskan pertumpahan
darah itu sebagai “takdir dari tuhan” (god’s will).
Serangan ke
atas Hiroshima dan Nagasaki (6 Ogos 1945)
|
|
Ratusan ribu rakyat Jepun di kedua-dua Pulau
telah dibom menggunakan senjata atomik. Ini sebuah aksi keganasan bertaraf antarabangsa.
Sampai ke hari ini sisa bahan radioaktif
dari bom berkenaan masih
mengancam nyawa. Melalui
peristiwa ini, Amerika Syarikat telah dengan angkuhnya
memperkenalkan kepada kerajaan seluruh dunia bahawa dialah ketua yang akan
menentukan segala sesuatu.
Pembunuhan
kejam besar-besaran Amerika di Vietnam, Laos, Kampuchea dan
Korea (tahun 1951 – 1953 dan 1965 – 1974)
Perang Korea antara tahun 1951 – 1953
melibatkan puluhan ribu korban. Bukan hanya rakyat Korea yang mati tetapi orang-orang
China turut terkorban kerana berpihak kepada Korea Utara.
Dalam Perang Vietnam walaupun seramai 60,000 askar AS
terkorban, tetapi dunia tidak lupa pembunuhan keatas 3 juta
rakyat Vietnam.
Serangan George
Bush di Granada pada 20 Disember 1989
Serangan ini melibatkan banyak korban. Amerika akhirnya berjaya menangkap Presiden Noriega
untuk dipenjarakan. George Bush iaitu bapa kepada Presiden George W. Bush
yang ada sekarang telah menangkap dan memenjarakan Noriega
tanpa pengadilan sampai ke hari ini. Dunia membisu seribu bahasa.
Pembunuhan di
Yugoslavia di tahun 1999
Bersama-sama dengan 18 anggota negara NATO, AS telah
membunuh 3 ribu penduduk Yugoslavia dalam sebuah misi
pemusnahan disepanjang 78 hari yang tidak putus-putus
menggunakan senjata-senjata maut seperti uranium missiles,
cluster bombs, cruise missiles dan bom-bom pintar (smart
bombs). Kebanyakan yang dibunuh adalah orang Islam.
Soalnya kenapa Slobadan Milosevic tidak diburu
sebagaimana AS memburu Ben Laden? Adalah benar bahawa Milosevic
sedang diadili di The Hague. Tetapi mampukah
Mahkamah Antarabangsa itu memberikan keadilan.
Dalam berita CNN semalam (29 Oktober 2001), Milosevic
kelihatan begitu santai, bergaya dan bercekak pinggang
sementara menyaksikan kesnya dibicarakan.
Pembunuhan
di Yugoslavia bukan sangat kerana mahu membawa keamanan tetapi
dilihat lebih kepada faktor ekonomi untuk menguasai
logam-logam berharga seperti lead, zinc, codnium, perak dan
emas di lombong Trepca, Kosovo yang bernilai US$5 billion.
Terdapat juga 17 billion tan rezab arang batu di Kosovo
yang menjadi kegilaan Amerika. Dari perkiraan strategik pula, AS mahu mengekalkan
hegemony kekuasaan dan dominasi di negara-negara Eropah
melalui pertapakannya di Yugoslavia.
Pemusnahan
Amerika di Perang Teluk di Iraq (1990 – 2000)
Serangan tidak berperikemanusiaan yang
memusnahkan sekolah, hospital, tempat awam dan lain-lain
kemudahan infrastruktur telah melibatkan pembunuhan seramai
1.5 juta rakyat Iraq disepanjang tempoh 10 tahun. Bayangkan pembunuhan yang sedemikian zalim dalam tempoh
sedemikian lama. Dunia
tidak mampu berbuat apa-apa dalam melihat aksi Amerika yang
biadap dan serba mengganas.
Serangan Ke
atas Tripoli dan Benghazi (15 April 1978)
Beratus-ratus orang awam telah terkorban
termasuk anak perempuan kepada Presiden Muammar Gadafi iaitu
Presiden Libya sekarang.
Kezaliman di
Palestin
Sejak bumi Palestin dibelah dua pada tahun 1948, dengan
pengiktirafan Amerika melalui Presiden Truman, 5 minit setelah
negara haram Israel diisytiharkan, bumi Palestin tidak pernah
kering dengan darah hingga ke hari ini.
Salah satu puncak peristiwa ngeri
adalah pembunuhan kejam beramai-ramai umat Islam di kem-kem pelarian
Shabra dan Shatila oleh AS. Sebuah
kegilaan dan keganasan yang tidak ada tolok bandingnya. Dimana pendirian PBB dalam tragedi ini?
Apa yang dunia dapat lihat hanyalah Kofi Annan dengan
mata layunya.
Sikap
double-standard AS terhadap
Ben Laden
Semasa usaha memerangi rejim Russia di Afghanistan yang
telah membunuh seramai 1.5 juta rakyat, melumpuhkan 1 juta
orang termasuk menjadikan 6 juta penduduk Afghanistan menjadi
pelarian; AS telah memberikan kepercayaan penuh kepada Ben
Laden untuk memerangi Soviet. Presiden Reagan dan Setiausaha Keselamatan Amerika Dick
Chenney di ketika itu sering menyanjung Osama dan kumpulannya
sebagai “freedom fighters”. Kini setelah Osama tidak diperlukan lagi, AS lalu
melabelkan pula mereka sebagai pengganas nombor 1 yang amat
berbahaya.
Sekarang sudah hampir 3 minggu Amerika sedang dengan
tekunnya memusnahkan Afghanistan, atas nama mahu menghukum
pengganas yang pernah dipujinya disatu ketika dahulu.
Nampaknya definisi pengganas hanyalah mengikut telunjuk
dan selera Amerika semata-mata. Seluruh dunia lalu dikerah untuk bersana-sama membasmi
pengganas.
Penutup
Tidakkah
dengan ini Amerika boleh diiktiraf sebagai pengganas kelas 1
melalui contoh-contoh di atas. Masihkah dunia yakin dengan sikap durjana Amerika dalam
misi besar untuk kononnya mengamankan dunia. Kini, tidak perlulah lagi untuk kita bertanyakan siapakah
pengganas dunia yang sebenar. Ia tidak lain daripada; Kerajaan Amerika yang dipimpin
oleh George W. Bush dan sesiapa jua yang bersekutu dengannya.
Sepatah ayat al-Quran yang mendedahkan tekad orang Yahudi dan
Nasara yang tidak akan selama- lamanya berpuas hati selagi umat
Islam tidak mengikut telunjuk mereka dari petikan maksud surah
Al-Baqarah 120 amat wajar di jadikan asas renungan.
Setiausaha Politik
Menteri Besar Kelantan
Bertarikh:
13 Syaaban
1422 / 30 Oktober
2001.
Who
are Taliban?
|