Amerika
Syarikat Diserang?
Berita
tentang serangan balas ke atas Lapangan Terbang Kabul semalam
sejurus selepas tragedi rempuhan bangunan Pusat Dagangan Dunia
di New York dan Pentagon di Washington adalah reaksi
dari sebuah aksi. Bagaimanapun, tidakkah mungkin apa yang dikatakan aksi
itu adalah sebagai reaksi
kepada aksi-aksi
antagonis yang bersifat keganasan oleh Kuasa Besar?
Malah jika dikumpulkan fakta disepanjang
selepas Perang Dunia Kedua sehingga kini, terlalu
banyak insiden-insiden keganasan Kuasa-kuasa Besar keatas
kuasa-kuasa kerdil yang tidak berdaya.
Ringkasnya aksi keganasan akan disambut dengan reaksi
yang sama atau lebih ganas.
Presiden Bush Jr. yang ada sekarang tentunya masih
tidak lupa bagaimana bapanya yakni Presiden George W Bush Sr.
memusnahkan Baghdad sepuluh tahun yang lalu.
Barangkali kehibaan yang dilalui oleh Saddam Hussain
diketika itu kini sedang dirasai pula oleh Amerika.
Kisah
pengeboman dan serangan ke atas Kabul samalah seperti kisah
Firaun yang marahkan tukang-tukang sihirnya kerana berpaling
tadah menyokong Nabi Musa.
Sikap mana-mana pihak jua yang barangkali terlalu
marahkan Osama bin Laden lalu dengan tiba-tiba menjadikan
Kabul sebagai “punching bag” sangat mendukacitakan.
Serangan
ke atas Kabul oleh kumpulan-kumpulan yang anti Taleban seperti
yang dilaporkan
dalam Utusan
Malaysia pada
13 September 2001
sekaligus sehingga ini menafikan ia perbuatan khianat hasil
tindak balas Amerika.
Masyarakat antarabangsa cukup mengalu-alukan kenyataan
terbuka Colling Powell, Setiausaha Negara Amerika pada lewat
12 September 2001
yang mengesahkan
bahawa sungguhpun tragedi kemusnahan yang meragut 10,000 nyawa semalam
itu adalah “an act of terrorist” tetapi beliau menegaskan
bahawa “ia tidak semestinya dilakukan oleh orang Islam atau
orang-orang Arab sahaja.”
Pendirian ini amat selaras dengan amalan sihat
“jangan menuduh jika tiada cukup bukti”. Semua akan berkongsi simpati keatas tragedi yang
menimpa Amerika jika AS terus berpegang kepada pendirian ini.
Bagaimanapun, ia hendaklah “consistent”. Hanya siasatan yang terperinci dengan cukup bahan bukti
dan dibawa ke meja PBB sahaja yang mampu sekurang-kurangnya
mengizinkan tindakan Kuasa Besar itu untuk sama ada memutuskan
duduk bersabar, atau berdiri atau bertindak mengikut kehendak
selaras dengan segala piawaian yang termaktub dalam amalan
kemanusiaan antarabangsa.
Sama ada ia bersifat peraturan bertulis, atau yang
pernah menjadi “precedent” dan amalan antarabangsa yang
mulia.
Apa
yang mendorong manusia melakukan serangan ke atas
menara-menara berkenaan?
Menarik sungguh soalan ini untuk terus dijawab.
Seorang kanak-kanak Tahun I boleh tendang saji atau
melontar beg sekolahnya jika dibuli oleh abangnya yang mungkin
berada di Tingkatan II. Ini naluri dan ini psikologi.
Ia amat asas. Mungkinkah dunia bangsa kerdil
dan negara-negara kecil telah sudah sekian lama didera dengan
tekanan, penindasan dan intimidasi yang terlalu lama.
Sungguhpun mereka tidak berdaya untuk melawan, ia
berupaya mengumpulkan dendam kesumat yang pecah kesabarannya
dalam bentuk letupan.
Perasaan boleh meletup dalam bentuk demonstrasi aman,
keganasan-keganasan kecil yang meletus di serata dunia yang
mengalami penindasan.
Ia juga mungkin, malah telah berlaku letusan/ledakan
perasaan yang diatur secara pendekatan ‘berani mati’.
Pendekatan “kamikaze” yang dibantu oleh teknologi
canggih terkini seperti yang dicuba dan terbukti ‘menjadi’
semalam di Kota Washington amatlah memeranjatkan.
Ia bukan setakat sebuah letupan yang meleburkan dua
tiga menara yang mengorbankan jiwa malah adalah sebuah
manifestasi ledakan perasaan golongan yang tertindas yang
telah sekian lama.
Serangan ini sebenarnya adalah serangan ke atas Amerika
Syarikat. Sebuah
Kuasa Besar yang tunggal di dunia semenjak Perang Dingin telah
mampu diserang oleh satu golongan tertindas yang ‘tidak
bernama’ atau masih ‘belum diberi nama’.
Ini sebuah berita yang mengubah paradigma.
Jika
sebelum ini kekuatan militari dirujuk sebagai bersifat
unipolar, kini mungkin ianya sudah tidak benar. Ia dinafikan oleh tragedi pada 12 September 2001 yang
sama-sama kita sedang dan telah saksikan.
Amerika mungkin gagah perkasa.
Bagaimanapun Amerika juga perlu sedar bahawa setiap
keganasan yang dilakukan sebelum ini baik di Bosnia,
Palestine, Baghdad, Vietnam,
Cuba atau Nicaragua sebagai contoh akan mengundang hukuman daripada
Allah S.W.T. Lambat
laun ia akan berdepan dengan satu kuasa yang lebih kuasa iaitu
Allah yang Maha Kuasa dan Maha Menentukan segala sesuatu.
AS tentu
tidak lupa bahawa dia cuba menguasai dunia secara paksa dalam
hampir segala segi.
Kini
dia benar-benar berdepan dengan ‘sepasang tangan ghaib’
yang jangkauan pengaruh
dan kekuasaanNya
meliputi tujuh
petala langit
dan bumi. Fenomena
penuh misteri ini akan kian membingungkan AS apabila berdepan
pula dengan sepasukan ‘musuh’ yang minat mencari kematian.
Minat yang menyalahi hukum lojik sebegini sekali lagi
akan menambahkan bingung manusia sekular.
Ini tentu lebih sukar.
Jika
sebelum dan selama ini AS begitu gah dengan sikap “predator
dan terminator”nya yang digambar secara angkuh oleh
aktor-aktor “die hardnya” seperti
Arnold Schwarzenegger atau
Slyvester Stallone tajaan wayang-wayang Hollywood, kini
nampaknya ia sudah boleh dipersoalkan. Dia tidak boleh lagi
menyepak dan menerajang sesiapa juga sesuka hati.
Anggapan yang meletakkan AS sebelum ini sebagai hero
dunia kini sudah menjadi sebuah “kunun”.
Bagaimanapun,
dunia masih percaya yang AS akan bangkit lagi.
“Bounce back”nya kali ini akan mungkin lebih
samseng, ganas dan mencengkam sesiapa jua dimana-mana.
Penampilan wajah barunya nanti setelah menyemak
kelemahan, memperbaharui kekuatan
dan mengukuhkan azam untuk mengatur dunia akan
mengembalikan seluruh planet bumi ini berada di bawah
kedua-dua tapak kakinya.
Diketika
itu nanti AS sudah menjadi amat kebal.
Dia pantang dimusnahkan oleh sesiapa.
Bila ini
tiba, dimana
segala-galanya sudah
menjadi mustahil, mungkin kekuatannya akan hanya mampu
dileburkan oleh tangan kekuasaan Allah S.W.T. sahaja.
Firaun
alaihilaknatullah yang
bermula dengan kesombongan diakhiri kisah gagahnya melalui
tangan-tangan kekuasaan Allah S.W.T.
Dia diselam di tengah-tengah Laut Khulzum. Laut Merah yang menjadi saksi bagaimana berakhirnya
sebuah kuasa besar Firaun sepatutnya menjadi pengajaran kepada
Firaun jenis Amerika atau lain-lain manusia yang membawa
semangat kesombongan pemerintahan ala Firaun di mana-mana jua.
Lihat
bagaimana nyatanya nasib mereka yang angkuh ini digambarkan
oleh Al Quran melalui dua petikan ini:
“Dan
berkata Firaun: “Hai pembesar kaumku, aku tidak mengetahui tuhan bagimu
selain aku. Maka
bakarlah hai haman untukku batu
bata itu, kemudian
buatkanlah untukku bangunan yang tinggi (raksaksa)
supaya aku dapat
naik melihat Tuhan Musa, dan sesungguhnya aku benar-benar
yakin bahawa dia termasuk orang-orang pendusta.”
(Surah Al Qashah:
Ayat 30)
“Dan
Kami memungkinkan Bani Israil melintasi laut, lalu mereka
diikuti oleh Firaun dan bala tenteranya, kerana hendak
menganiaya dan menindas mereka; hingga bila Firaun itu telah
hampir tenggelam berkatalah dia:
“Saya percaya bahawa tidak ada Tuhan melainkan Tuhan
yang dipercayai oleh Bani Israil, dan saya termasuk
orang-orang yang berserah diri (Kepada Allah).”
“Apakah
sekarang (baru kamu percaya), padahal sesungguhnya kamu telah
durhaka sejak dahulu, dan kamu termasuk orang-orang yang
berbuat kerosakan.”
(Surah
Yunus: Ayat 90
dan 91)
Cerita
kemusnahan orang yang zalim sesungguhnya amat benar. “Dia”
hanya berpaut kepada hingguk jarum jam yang sedang menurun
untuk gelungsur ke bawah bersama-sama dengan segala
kesombongannya. Bila? Sabar. Masanya hampir tiba!
Anual
Bakhri bin Haron
Setiausaha
Politik
Menteri
Besar Kelantan
25 Jamadil Akhir 1422
13 September 2001
|