Amerika
Di Serang Bahagian II
Belum
pun genap sehari pendirian Colin Powell, Setiausaha Negara
Amerika Syarikat yang dibuatnya pada 12 September 2001,
keesokan harinya iaitu pada malam 13 September itu juga telah
tersebar berita nama-nama
seperti Marwan
Al-Shehhi, 23 tahun dan Mohammed Atta 33 tahun hasil siasatan
polis di Germany. Mereka
dikatakan pernah mengikuti pengajian dibidang elektronik di
University Hamburg
sebelum menuju ke Amerika Syarikat beberapa bulan yang lalu.
Kedua-dua anak muda berbangsa Arab dan beragama Islam
ini dikatakan adalah diantara perampas kapalterbang yang
merempuh World Trade Centre di New York.
Di hari itu Powell menafikan kemungkinan penglibatan
pengganas dari puak Islam atau berbangsa Arab dengan kata-kata
“tidak semesti,” tetapi di awal keesokkan paginya
masyarakat dunia telah dipandu dengan berita yang melorong
tuduhan untuk singgah kesasaran tradisinya.
Islamlah, siapa lagi?.
Lebih
jauh dari itu, seorang lagi warga muslim dari UAE telah
ditahan untuk soalsiasat di Hamburg.
Seperti yang senang diagak, beliau dinamakan sebagai
terlibat dengan gerakan “fundamentalist” Islam yang
bekerjsama dalam rangkaian pengganas kearah menjayakan satu
misi pemusnahan bangunan-bangunan penting yang menjadi simbol
sesebuah kuasa besar. Lalu
dihubungkan pula tangkapan ini dengan sebuah “komplot 50”
yang berniat jahat untuk mencetuskan apa yang diistilahkan
sebagai “Terrorist D Day” pada hari Selasa berkenaan.
Ketiga-tiga mereka ini dikatakan pernah menjalani
latihan pertempuran di Florida termasuk seorang lagi yang
ditambahkan dalam senarai yang membawa nama berbunyi Ali
Muhammed Al-Darmaki. Sehingga
komentar ini ditulis pada petang 15 September 2001,
akhbar-akhbar perdana telah memberitakan seramai 18 orang lagi
orang Islam yang disyaki dan telah ditangkap.
Tanpa
cuba menolak atau mengiakan mereka yang disyaki ini dalam
perkaitannya dengan tragedi ini seperti yang dibawa oleh
tiupan berita semasa berkenaan; satu soalan yang menimbulkan
keanehan ialah semua yang disebut setakat ini nampaknya 100%
beragama Islam. Aneh
dan cukup menghairankan.
Tidakkah kemungkinan masih terlalu lebar untuk menuding
jari ke dada puak-puak lain?.
Apakah Amerika Syarikat cuma bermusuh dengan orang
Islam?. Apahal
dengan penindasan Amerika
Syarikat yang menjadi amalannya di serata planet bumi yang
turut memungkinkan lain-lain agama, puak dan suku bangsa untuk
diacah dengan agakan dan andaian yang sama.
Kenapa begitu cepat mencekup keempat-empat mereka yang
nampaknya setakat ini adalah orang Islam?.
Adakah semua ini sebuah kebetulan?.
Tidakkah ketika asyiknya dunia menuduh puak Islam yang
membuat letupan besar di Oklahoma ditahan 1993 yang lalu,
rupanya siasatan membuktikan yang kotaraya tersebut dibom oleh
rakyat Amerika sendiri.
Pasukan
polis di France juga telah dikerah untuk membuat
“prelimenary inquiry” mentang-mentanglah terdapatnya satu
komuniti besar bangsa Arab yang muslim di negara itu.
Di Philippines juga, hal yang sama turut dimobilisasi
dengan kerjasama erat pasukan FBI dari Amerika.
Masyarakat
Islam sebenarnya mempunyai asas yang cukup kuat untuk meragui
kejujuran Amerika Syarikat kini kerana telah banyak kali dunia
dihampakan oleh mereka. Apa
yang dijanjikan sebagai penyelesaian sering berakhir dengan
keganasan, korban nyawa dan kemusnahan harta benda.
Dan malangnya lagi yang menjadi mangsa ialah Islam dan
umat Islam. Jika
perlu kita buktikan keganasan mereka (Amerika Syarikat) dan
Soviet yang lalu, ia boleh dibutirkan melalui kes Perang Teluk,
pengkhianatan di Azerbaijan dan Armenia, pembunuhan anak
seorang Presiden di Libya dan letupan bom atom di Hiroshima
dan Nagasaki seperti berikut:-
i.
Pada 8 Ogos 1990, Amerika Syarikat telah menghantar
40,000 askar kombat bersama dengan beratus-ratus jet pejuang
ke Arab Saudi di atas nama mejaga apa yang diistilahkan
sebagai “imminent threat” yang mungkin datang dari ancaman
Iraq. Lalu
disusuli pula dengan operasi “desert storm” yang
melibatkan penghantaran 200,000 troop siap dengan kapal perang
serta jet-jet pejuang.
Penglibatan
militari Amerika Syarikat dalam krisis Teluk ini dibantah
keras oleh China, Iran, Tunisia dan pelbagai pemimpin
negara-negara Dunia Ketiga.
Malah ia juga ditegur oleh Presiden Mikhail Gorbachev.
Tidak cukup dengan itu, 12 menteri luar yang mewakili
12 negara Kesatuan Eropah (EU) telah menekankan lagi supaya
Amerika Syarikat menunggu langkah secara kolektif melalui
“economic sanction” yang diatur oleh PBB dan tidak wajar
bertindak secara bersendirian.
Tanpa
menunggu restu PBB dan teguran negara-negara anggota, Amerika
Syarikat dengan sekutu Baratnya terus menjalankan “naval
blockade” untuk melumpuhkan Iraq melalui kegilaan pendekatan
“economic sanction”. Amerika Syarikat dibantu oleh pelbagai armada kapalperang
yang dibekalkan oleh United Kingdom, France, Australia dan
Canada. Lihatlah
betapa besarnya pengkhianatan tentera Ahzab yang bersekutu
untuk sebuah misi yang diistilahkan sebagai “the good versus
the evil” oleh Bush lewat semalam.
Sepatutnya keputusan berat seperti ini memerlukan
pertimbangan dan restu persetujuan Majlis Keselamatan PBB (UN
Security Council) terlebih dahulu selaras dengan kehendak UN
Charter.
Akhirnya
pada malam 1 Rejab 1411 Hijrah bersamaan dengan 17 Januari
1991, disebalik kutukan keras pelbagai penjuru yang membantah
hajat Amerika Syarikat dari diteruskan, perang telah dengan
agresifnya masih dicetuskan.
Ini dengan jelas menunjukkan betapa biadapnya
Kuasa-Besar Amerika Syarikat dengan sekutunya yang telah
mengambil kesempatan daripada krisis Teluk.
“Dia” malah “mereka” tahu apa yang akan musnah
adalah Islam dan umat Islam.
ii.
Pengkhianatan di Azerbaijan dan Armenia adalah satu
lagi contoh klassik. Kali
ini ia dipelopori oleh Rusia.
Soviet telah menghantar tenteranya ke kedua-dua Wilayah
untuk membendung kebangkitan rakyat yang mahukan kebebasan.
Persitiwa ini berlaku pada awal bulan Jamadil Akhir
1410 Hijriah bersamaan dengan bulan Januari 1990.
Langkah tersebut telah menyebabkan kematian
beratus-ratus jiwa orang awam khususnya orang Islam yang tidak
berdosa semata-mata kerana mereka mahu bebas dari cengkaman
komunisme.
Ketika
kebangkitan yang sama berlaku di Eropah Timur, pihak Soviet
tidak menghantar tenteranya atau mengarahkan
tentera-tenteranya yang berpengkalan di negara-negara Pakatan
Warsaw untuk bertindak. Sebaliknya
langkah kekerasan diambil terhadap rakyat wilayah Asia Tengah
yang majoritinya adalah muslim.
Jika
Presiden Mikhail Sergeyevich Gorbachev benar-benar jujur
dengan dasar glosnost
(keterbukaan) dan perestroika
(penyusunan semula), maka adalah wajar rakyat di Wilayah Asia
Tengah diberi kebebasan yang sama untuk menentukan sendiri
masa depan mereka yang berugama Islam.
iii.
Hiroshima dan Nagasaki yang musnah sehancur-hancurnya
dipenghujung Perang Dunia KeDua adalah satu lagi angkara
Yahudi yang diratapi oleh seluruh dunia.
Dunia berkabung dari dahulu hingga kini setelah kesan
habuk bom atomnya membunuh dan menyiksakan berjuta-juta nyawa.
Kecelakaan yang menemui Amerika diminggu lalu
dianggarkan hanyalah sekitar 5 peratus dari kesengsaraan
Hiroshima dan Nagasaki. Mustahil
Amerika Syarikat mahu mengubah sejarah pengkhianatannya keatas
bangsa manusia.
iv.
Sebuah letupan misteri yang meragut nyawa anak seorang
Presiden di Libya adalah sebuah lagi
cerita ngeri sabotaj
kuasa besar yang begitu “blatant”.
Anak Presiden Muammar Ghadaffi yang menjadi mangsa
sampai kini tidak diketahui siapa pembunuhnya. Benarkah begitu atau ada jawapan yang sengaja diberikan
penggelapan!.
Tidakkah
cukup dengan empat peristiwa tersebut tajaan Amerika Syarikat
dan Rusia untuk membuatkan kita menjadi lebih memahami apa
yang tersirat dari yang tersurat?.
Sementara
rancaknya usaha untuk mengaitkan orang Islam dengan tragedi
tersebut, salahkah jika ada satu “contrary view” yang
mengandaikan adanya dalang yang menggunakan kumpulan terrorist
selain dari Islam
bagi mencetuskan usaha berdarah ini?.
Mereka mungkin membayar khidmat profesional dari KGB
atau lain-lain agensi “intelligencia”.
Melihatkan cara kerja koordinasi yang begitu tersusun,
kemungkinan agak tipis untuk menjangkakan yang ‘mereka’
tidak dipimpin oleh satu pasukan strategik yang bertaraf pakar.
Tahap “military precision” diakui ramai sebagai
amat bertaraf tinggi. Mencukupikah dengan peralatan pisau poket dan pemotong kotak
semata-mata untuk sekumpulan pengganas dapat menjayakan satu
rempuhan raksaksa di tengah-tengah kota raya New York,
Washington atau bangunan Pentagon yang sophisticated dan
supra-sensitif itu?. (Ini
cuma analisis. Hanya
Allah s.w.t. sahajalah yang maha mengetahui apa yang
sebenarnya).
Dalam
meninjau kemungkinan ini, ada berita tersebar dalam teknologi
maya mengesahkan bahawa empat minggu yang lalu, sebuah memo
dalaman intellegence Amerika Syarikat ada mengingatkan tentang
telah wujudnya ancaman keganasan dari Israel yang mungkin akan
dicetuskan di Amerika. Ia
bertujuan untuk memalingkan pendapat massa agar melihat puak
Palestine Arab sebagai punca segala-galanya lalu membuka
“lampu hijau” untuk sebuah serangan militari besar-besaran
dapat dilakukan ke atas penduduk Palestine dan masyarakat/umat
Islam secara amnya. Teori ini selaras dengan catitan Thomas Woodrow dalam
komentar beliau yang termuat
di Washington Time.
Amat tidak mustahil untuk pasukan intelligence Mossad
Israel turut terlibat apabila Israel pernah disahkan dalam
menganjurkan “covert operation” yang meletakkan King David
Hotel di Tel Aviv sebagai
sasaran pemusnahan, USS Liberty, pembunuhan seorang UN envoy
berbangsa Scandinavia serta usaha-usaha intipan berniat jahat
(espionage) ke atas Amerika Syarikat semasa kes Jonathan
Pollard suatu ketika dahulu.
Ini sudah menjadi sejarah dan memang telah berlaku.
Kemungkinan
ini menjadi semakin munasabah apabila dilihat buruknya
persepsi massa mengenai imej Israel sejak sebelas (11) bulan
yang lalu. Israel yang dikritik hebat dalam sidang PBB di Durban hasil
kerja keganasan luarbiasanya memang memerlukan pemulihan citra
yang segera. Pandangan
dunia perlu dipalingkan ke objek lain untuk dilihat sebagai
ganas. Lantaran
itu jugalah Amerika Syarikat telah mengisytiharkan sebuah
amaran keras kepada semua pegawainya di White House atau
lain-lain agensi risik supaya tidak sekali-kali membocorkan
apa jua penemuan hasil dari siasatan mulai sekarang.
Ini apa erti?.
Dengan
kemungkinan ini, “blackout” berita akan masih meletakkan
Afghanistan sebagai sasaran dan Islam sebagai agama extremist
yang perlu dihukum. Israel
khususnya dan Amerika pada umumnya akan terlepas dari stigma
“pengganas” yang
terpindah gelarannya kepada puak Islam di Palastine atau di
Kabul atau di Baghdad atau di mana-mana dengan tragedi
serangan pada 12 September yang lalu.
Lalu disahutlah nanti
gesaan ini dalam peralihan paradigma yang cukup
diplomatik hasil perencanaan mossad dan zionist antarabangsa.
Cukup rapi, licik dan kelihatan amat “real”.
Dalam kemuncak kepercayaan baru yang berjaya diyakinkan
nanti, negara-negara umat Islam termasuk pejuang dan daeinya
akan dihalalkan penghapusannya di mana-mana. Jika tidak oleh Amerika Syarikat sekalipun, ianya akan
disempurnakan oleh proxy-proxynya.
Dalam
cahaya latarbelakang inilah rayuan Presiden Afghanistan,
Burhanuddin Rabbani dan puak Taleban pada 15 September 2001
supaya dunia jangan terlalu terburu-buru menuduh sesiapa tanpa
selesainya sebuah siasatan yang rapi dan adil harus diberikan
perhatian.
Pendirian
Presiden Bush yang mula mengeluarkan kata-kata berbunyi dendam
dan menyifatkan insiden kecelakaan pada 12 September 2001 itu
sebagai sudah bersifat aksi perang (an act of war) dan bukan
lagi aksi keganasan (an act of terrorist) adalah sebuah signal
kesediaan untuk bertindak balas. Dalam menggambarkan respond tersebut yang bakal dibuat nanti,
Bush melakarkan sebuah peraturan yang penuh tanda tanya
berbunyi “pergelutan ini nanti akan meletakkan sebuah tugu
berasaskan kebaikan menentang kejahatan tetapi kebaikan akan
mengatasi. Dalam kata-katanya yang tepat ia berbunyi, “this
will be a monumental struggle of good versus evil, but good
will prevail.”
Apa
yang baik dan apa pula yang jahat adalah satu hal yang
kelihatan objektif bagi Amerika tetapi mungkin amat subjektif
pula bagi negara-negara yang pernah menjadi mangsa kepada
kezaliman kuasa Dunia itu.
Pada
hari Jumaat 14 September 2001 sahlah sebuah dilema yang
dihadapi oleh Dunia apabila Amerika Syarikat mula sibuk
menjalankan jarum pengaruhnya untuk membentuk sekutu dari
negara-negara Asia, Eropah, pakistan dan Timur Tengah untuk
bersamanya dalam melancarkan “holy war” ke atas kumpulan
yang disyaki dan negara yang dikira memberi perlindungan.
Sasaran yang dituju sudah boleh diagak iaitu tidak lain
dari Kabul yang serba miskin dan serba mundur.
Di sana ada kerajaan Taleban dan di sana juga
dipercayai ada ‘seorang’ yang sangat didendami iaitu Osama
Ben Laden yang dituduh meletupkan dua (2) kedutaan Amerika
Syarikat di Afrika. Di
sana juga ada sehimpunan umat Islam yang begitu kental, yang
pernah memalukan kerajaan Soviet Russia dengan menghadiahkan
sebuah kekalahan. Afghanistan
amat cukup syaratnya untuk dimusnahkan.
Di atas “pretext” untuk memburu pengganas, Amerika
Syarikat dengan Sekutunya akan menggunakan pasport
antarabangsanya untuk mengganyang Kabul menjadi abu.
Dunia
Islam di serata entiti kini berdepan dengan pilihan yang cukup
terhad dan bersifat putih hitam.
Memilih untuk bersama Amerika Syarikat akan bererti
menghalalkan setiap mangkuk dari darah saudaranya untuk
dihirup oleh Washington di atas nama sebuah dendam.
Manakala jika mengambil sikap berpihak kepada
Afghanistan tentunya akan berdepan pula dengan hukuman dari
kuasa Dunia itu. Sanction
dalam pelbagai bentuk akan menyusuli dunia Islam.
Apapun jua, segala penentuan perlu dibawa ke meja
bundar Bangsa-Bangsa Bersatu.
Sehabis boleh ialah untuk tidak committed dengan
sesiapa dengan
mengambil pendirian berkecuali.
Undian
melalui ketetapan Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa
Bersatu perlu dijalani terlebih dahulu sebelum sesiapa jua
boleh disahkan untuk diserang.
Amerika Syarikat tidak boleh mengambil alasan dengan
mengatakan pengganas pun tidak bertanyakan Badan Dunia itu
untuk melakukan serangan.
Lainlah jika Washington juga pengganas atau mungkin
telah lama menjadi pengganas!.
Bercakap
tentang keganasan, ada dilapurkan bahawa kurang dari 24 jam
serangan ke atas Pentagon dilancarkan, yakni pada 11 September
2001, PBB telah bersidang mengenai hal yang sama.
Sebanyak 12 ketetapan yang telah menjadi
“convention” telah dikenal pasti pernah diputuskan
melalui PBB yang menentang “international terrorism”.
Bagaimanapun, Amerika Syarikat enggan untuk mengesahkan
(ratify) kedua-dua belas convention dan perjanjian tersebut. Ini memungkinkan telahan dibuat keatas Amerika Syarikat
yang “dia” juga tidak kisahkan sangat tentang
ancaman keganasan yang dihadapi oleh dunia kerana Kuasa Besar
itu pun bimbang yang “dia” juga termasuk dalam kategori
pengganas. Kini
apabila Washington diganasi sehari selepas itu barulah dia
sedar tentang pentingnya keganasan dihentikan dan pihak yang
mengganas perlu menerima hukuman.
Soalnya, apahal dengan insiden-insiden keganasan yang
tercetus di seluruh dunia sebelum ini?.
Sejak dari 1948 sampai kini, bumi Palestine tidak
pernah kering darah rakyatnya dari ditumpahkan. Terdapatlah
puluhan perjanjian damai yang ditandatangani di sana sini dan
disusuli pula dengan pelbagai misi damai, tetapi tidak satupun
yang kelihatan menjadi. Apakah
ini disengajakan?. Darah
umat Islam dilapkan dengan tuala tebal untuk diperah kembali
ke baldi kezaliman!. Dan
Amerika Syarikat adalah Amerika Syarikat!.
Bantahan demi bantahan tidak membawa erti apa apa.
Walaupun
komuniti antarabangsa boleh bersetuju dengan pendirian
Setiausaha Agung Bangsa-Bangsa Bersatu Kofi Annan yang
menyifatkan serangan ke atas Washington tiga hari lepas
sebagai “aksi” keganasan yang terbuka” (deliberate acts
of terrorism), tetapi dunia Islam masih sangsi dan terus tidak
percaya dengan sikap ini.
Ia sentiasa tidak konsistant.
Tiba di perut di kempiskan dan tiba di dada dibusungkan.
Keganasan pahit yang dilalui oleh umat Islam di Bosnia
amat jelas tentang keadaan layanan berbentuk mak tiri ke atas
anak tiri yang menjadi amalan Amerika.
Dunia tentu masih belum lupa bagaimana
bergelimpangannya mayat kanak-kanak dan orang awam yang tidak
berdosa apabila berdepan dengan lontaran bom-bom kimia baik di
Kabul atau di Baghdad. Untuk
mengajar Saddam yang menyerang Kuwait adalah satu hal yang
mungkin kita boleh bersetuju tetapi dunia tidak pernah
mengizinkan Amerika Syarikat mengganas semahu-mahunya hingga
diluar kawalan kemanusiaan.
Entahlah!
Walaupun menganalisis tragedi kemusnahan Pentagon ini agak
menarik tetapi ia tetap membawa dunia kepada suatu suasana
murung justeru ketiadaan formula tetap khususnya mengenai
takrif pengganas dalam menghadiahkan keadilan bagi memelihara
keamanan dunia. Badan
dunia yang diberi mandat untuk tujuan ini pun telah banyak
kali dicemari oleh tangan-tangan veto Kuasa Besar dan
sekutu-sekutunya. “Grand
design” yang mungkin berpunca dari dendam Perang Salib dan
sikap anti Islam yang berkurun-kurun rupanya dalam banyak hal
nampaknya masih menjadi latarbelakang konflik Islam – Non
Islam yang begitu mendalam.
Buat kita, umat Islam, sepotong maksud dari penegasan
Allah s.w.t. yang bermaksud:-
“Sesungguhnya
kamu dapati orang-orang yang paling keras permusuhannya
terhadap orang-orang yang beriman ialah orang-orang Yahudi dan
orang-orang musyrik. Sesungguhnya
kamu dapati yang paling dekat persahabatannya dengan
orang-orang yang beriman ialah orang-orang yang berkata :
“Sesungguhnya kami ini orang Nasrani”.
Yang demikian itu disebabkan kerana diantara mereka itu
(orang-orang Nasrani) terdapat pendeta-pendeta dan rahib-rahib,
(juga) kerana sesungguhnya mereka itu menyombongkan diri”. Surah
: Al-Maidah, Ayat : 82.
Mungkin
amat releven untuk direnungi bersama.
Menyinggung
sedikit tentang Malaysia, rakyat dengan penuh debaran ingin
mendengar pendirian Perdana Menteri tentang sikap Amerika
Syarikat terkini. Mungkinkah
dengan baru mengistiharkan Malaysia sebagai Negara Islam
kira-kira sebulan yang lalu, 70 ulama muktabar yang kononnya
bersama dengan UMNO dan
begitu bertungkus-lumus mengIslamkan negera ini boleh
bersetuju dengan langkah Amerika Syarikat menghalakan muncung
meriam dan “rocket launchernya” ke Afhganistan.
Halalkah sebuah negara Islam bersekongkol dengan kuasa
kuffar untuk menumpahkan darah saudara seIslamnya di
Afghanistan.
Jika
SUHAKAM dikeji dengan tuduhan terlalu terpengaruh dengan Barat,
rakyat nak tengok dalam isu ini adakah kerajaan kita juga akan
terpengaruh dengan Barat yang mungkin memilih bersama Amerika
Syarikat untuk menghukum Afghanistan.
Ini
semua cukup menarik untuk diikuti dan di perhatikan.
Annual
Bakhri bin Haron
Setiausaha
Politik
Menteri
Besar
Kelantan
27 Jamadil Akhir 1422
15 September 2001
|