CATATAN
SEMASA MINDA TOK GURU -
released:(10apr2002)
Minda
Mursyidul Am
PETALAWATI
: NIK AB. AZIZ JAWAB KU LI
Suka
juga main dengan orang lama bekas Presiden Semangat 46
ulas mengenai masih ramai rakyat Kelantan tak dengar
cakap Menteri Besar.
Mudah saja bendanya.
Kalau matlamat nak kumpul orang berarak sampai
30,000 orang misalnya, tiba-tiba hak datang sungguh
adalah 1,000 saja, maka 29,000 orang lagi apa dia?
Itu contohnya.
Doh, yang berarak sungguh dari Pengkalan Kubur
ke Pasir Mas dan ke Kota Bharu sampai ke 1,000 orang?
Yang keluar jenguk jauh-jauh tu kerana nak
tengok barang pelik.
Kereta accident tengah jalan
ramai orang berkumpul juga.
Tidak pula bermakna orang sokong accident.
Kedua, saya ni
jenis Ustaz ... Kalau kita semua orang mukmin, tentulah kita suka pesan
benda-benda berbuat kebajikan dan menyampaikan pesan
supaya orang hentikan kemungkaran dan kerja tidak
berfaedah.
Saya
nak tanyalah.
Buat patung burung sampai habis RM30,000.00 tu kerja makruf ke atau kerja
membazir?
Duit habis, masa terbuang, rakyat tinggal kerja
buat - silap-silap syirik pula kepada Allah S.W.T.
Ingatkan tak kena soal kah di hadapan Allah
S.W.T. di akhirat?
Cuba jawab?
Kalau ambil RM30,000.00 itu buat rumah untuk
janda miskin anak 10 tentu lagi baik, lagi mulia.
Bagi orang beragama, sampaikan nasihat itupun
sudah dikira berjaya.
Orang ikut tak ikut, dia sudah dapat pahala
penuh atas usaha itu.
Ketiga,
kalau nak sukat orang ikut tak ikut, dadah tu
ditegah oleh Kerajaan Pusat sudah berpuluh tahun. Sudah berapa puluh atau ratus juta ringgit habis tapi
orang tak dengar juga.
Saya mudah saja.
Dengar tak dengar, rakyat nampaknya faham kerja
arak patung tu kerja sia-sia.
Bunyi riuh-riuh nya jenguk lah sebentar.
Kita
dah masuk alaf baru.
Setengah orang masih nak undur lagi ke
belakang.
Majulah sikit ke depan.
Benda mitos, khurafat yang kononnya dunia dan
negeri ini terletak buruk baik nasibnya di paruh
seekor burung tentunya benda khayal.
Barang tak masuk akal.
Kalau ye pun nak main politik, pilih tempatlah.
Kita
tua, fikirlah cara orang tua.
Jangan
ikut sangat alak budak-budak.
Yang malunya kita.
Pejabat
Menteri Besar
Kelantan
KOTA
BHARU.
Bertarikh:27
Muharam 1423 / 10
April 2002
|