CATATAN
SEMASA MINDA TOK GURU - released:(22apr2002)
Minda
Mursyidul Am
“KELANTAN
TIADA PEMBANGUNAN”
PULAK!
Pah
satu, satu.
Pah satu, satu.
Puas ratib PAS ganas,
balik semula kepada PAS tiada pembangunan.
Hok Tok Pa kata tu perkara sama yang diulang.
Jenis “ratib
hak sedia”
Jawab
pun tak faham-faham.
Ke tak baca tak tahulah.
Orang dah jawab, pembangunan dimana-manapun
dibuat oleh 3 pihak iaitu:
i)
Pusat, ii)
Negeri dan iii) Swasta.
Hok dia duduk sebut empat lima projek itu:
itu dah kira sebahagian dari pembangunan dah
tu. Hok
nampak kurang maju sebab Pusat yang sengaja tidak beri
peruntukan. Mana ada Kawasan Bebas Cukai cukup dengan isytihar.
Mana peruntukan untuk bangunkan infrastruktur.
Kenapa tak bagi ke Rantau Panjang dan Pengkalan
Kubur seperti yang diberi kepada Langkawi.
Ini terang-terang diskriminasi.
Begitu juga dengan Pelabuhan baik di Tanjung
Pelepas, atau Klang, atau Pasir Gudang atau Tanjung
Berhala atau Kemaman.
Semuanya datang dari komitmen Pusat dan tidak
sangat dari Peruntukan Negeri.
Soalnya jika Pusat boleh curahkan
berbilion-bilion wang ke Negeri-Negeri Selangor, Johor
dan Pahang, kenapa tidak diberi layanan yang sama
kepada Kelantan kalau tidak kerana diskriminasi?
Nak tunggu UMNO menang dulu ke atau bagaimana? Rakyat tu la jaah.
Orang Islam itu lah dan orang Melayu itu lah.
Tangguh dan lambat-lambatkan
- itulah
diskriminasi namanya.
Kenapa
Kelantan ditolak dari masuk pembangunan zon eksklusif
IMTGT? Kenapa
saluran paip gas yang sepatutnya mendarat di Pantai
Senok dilarikan ke Songkla, terpaksa redah bukit,
redah hutan rimba dengan kos yang berkali-kali ganda
untuk sampai ke Kuala Kedah dan Changloon?
Semuanya semata-mata untuk mengepung dan
menyekat segenap faktor yang boleh menguatkan Kerajaan
Negeri Kelantan.
Kenapa lambatkan geran wajib hampir setiap
tahun, kalau tidak mahu ganggu “cash
flow”
kita. Buktinya
amat mencukupi. Tak
ada cara untuk kita bersangka baik dari gerak geri dan
tindak tanduk mereka.
Bagaimanapun
kita masih bangun juga tapi cara kitalah.
Slow tetapi steady juga.
Pelancong makin meningkat juga.
Hotel 5 bintang dah ada 3 di Kota Bharu.
Ada resort, ada chalet, ada bazar, dan bangunan
pencakar langit, ada taman rekreasi, ada bandar baru,
ada jalan raya, ada lebuhraya, ada pasaraya,
ada masjid, ada musalla, ada hospital, ada sekolah,
ada Jambatan Tendong, Jambatan Salor, Jambatan Dabong,
ada private medical centre, ada bermacam-macam.
Pendeknya apa yang ada di sana, ada lah di
sini.
Cuma kita tidak ada tol, tidak ada judi, tidak
ada night club, tidak ada kabaret.
Siapa
yang buat; swasta ke siapa ke itu tidak penting. Ia berlaku di Kelantan maka dia membangunkan Kelantan.
Maka Kelantan sedang membangunlah tu.
Bukan payah sangat.
Kalau
kata itu pihak swasta.
Baiklah.
Cuba senaraikan saya semua projek besar-besar
di Kuala Lumpur seperti Putra LRT, STAR, Hotel, Resort, kilang
itu dan
ini yang
buat bangunan tinggi-tinggi, estet
perumahan,
Indah Water, MAS
di udara,
MISC di
laut -
semuanya:
itu kerajaan atau swasta?
Kalau jawabnya swasta, maka duduk diam-diam
sudahlah. Serupa
jah. Kerajaan cuma coordinate.
Cuma selaras.
Cuma adakan dasar.
Adakan strategi dan langkah ke arah memajukan
lagi.
Nak
kata, Kelantan tiada strategi, itu orang panggil cakap
bohong namanya.
Dato’ Pa perlu semak dan cakap macam orang
yang ada ilmu.
Bukan ikut hentam suka-suka.
Jagalah sikit maruah sebagai bekas Timbalan
Menteri dan Penasihat Ekonomi.
Kelantan tak ada dasar dan strategi macam mana apabila
saya pernah minta 3 benda daripada Perdana Menteri
seawal pada
pagi 9 Ogos 1991.
Masa tu, Tok Pa entah jawatan apalah ketika
itu. Benda
yang saya bincang,
bahas, minta,
runding apalah
nak nama
(ikut sukalah)
i) Tok Bali, ii)
Sebuah Pelabuhan di Kemasin dan
iii) Pembesaran
Lapangan Terbang yang ada
sekarang.
Kita sudah dapat tengok 2 sedang berjalan.
Tinggal satu lagi iaitu pelabuhan.
Tak apalah perlahan-lahan.
Ini strategi lah tu.
Kerajaan Kelantan juga sudah ada Pelan
Pembangunan Strategik Negeri dari tahun 2000
- 2010.
Ini dibawa EXCO dilulus, dijadikan dasar dan
garis panduan.
Hala tuju lah tu.
Dalam belanjawan tahunan pula, kita ada
strategi dan tekanan-tekanan sektor secara khusus
mengikut keupayaan dan pertumbuhan ... tak payahlah
saya ajar Tok Pa pula.
Soal
tak tercapai atau tercapai separuh, ini biasa. Pusat pun begitu.
Dia ada kajian separuh penggal.
Buat budget.
Buat suntikan dana.
Buat peruntukan tambahan.
Pendeknya, tuduhan Tok Pa main ikut sedap
mulut. Sebab
itu saya kata Tok Pa jagalah maruah sikit.
Cakaplah ikut ilmu pengurus perancangan
kewangan. Jangan
ikut sianu-sianu tu.
Punah kita sama Kelantan!
Kalau nampak jujur sangat dia nak tolong,
kempen samalah pelabur luar supaya datang ke Kelantan.
Kita bimbang ada Menteri atau Menteri-Menteri
turut menakut-nakutkan pelabur. Jangan datang Kelantan.
Negeri mundur.
Kerajaan ganas, Kerajaan Islam.
Ini kita biasa dengar.
Kita pun ramai kawan-kawan.
Orang besar-besar di Kuala Lumpur
banyak anak Kelantan seperti yang disahkan
Perdana Menteri.
Kita ada kaki kita.
Orang kita.
Dah dia Penasihat Ekonomi, kenapa tak nasihat
Perdana Menteri bagi duit banyak sikit kepada Kelantan
dalam RM 8.
Ni Kelantan duduk nombor sebelas (11) dari 13
buah negeri.
Kita nombor tiga tapi dari bawah.
Sudah 10 tahun nombor sebelas.
RM Lapan pun begitu.
RM Tujuh pun begitu.
Tok Pa duk nasihat benda apa?
Tentu nasihat benda lain lah tu.
Pah, nak nanti sorak;
tak ada
pembangunan.
Demo juga kata Negeri Kelantan negeri kedua
termiskin.
Patutnya berilah lebih nak tolong.
Awak parti yang berjuang untuk bangsa.
Baiklah.
Tidakkah 95.5% orang Kelantan orang Melayu.
Dah UMNO sangat, dah Melayu sangat, demo
sekarang pun dah Islam sangatlah, kenapa UMNO dok
tindas dan tekan lepas tu awak sorak.
Patutnya berilah
peruntukan
yang terbanyak
atau kedua
terbanyak
dalam RM 8.
Kenapa tak salurkan duit banyak-banyak. Rakyat
Kelantan cerdik.
Dia faham.
Dia reti ini dah masuk kes dera tapi dia
pura-pura buat lembu kenyang. Ingat. Bendanya
kita nombor sebelas dalam RM 7 dan
RM 8.
Dah 10 tahun begitu.
Ini bendanya. Jangan cuba kona ke lain.
Kita tahu dah ... Esok dia puas ratib
pembangunan, dia kata kita ganas pula,
pah dia beralih kepada mencarut, pah tu tak
bagi wanita bekerja, pusing pula ke pembangunan.
Tahu doh.
Perhatilah. Pusing cerita tu la.
Cerita dia pula pusing dalam pitih.
Mana duit PPRT RM36.5 juta.
Mana pergi duit Tabung Haji.
Sekejap RM8 juta, lepas tu naik RM200 juta.
Cukup dua tulah dulu sebagai contoh.
Nak bela nasib orang miskin.
Dapat duit, hok jadi kaya orang yang sudah
kaya. Kalau
duit orang nak gi haji pun kebas, tak tahu lah.
Sentuh
sedikit tentang ucapan PM dalam Majlis Jamuan Rakyat
pada malam 12 April 2002 di Istana Negeri, Kubang
Kerian, nampak
sangat beliau berpolitik.
Dapat pingat, dapatlah.
Tahniahlah.
Tapi apa pula suruh orang ganti kerajaan.
Ganti apa, tayar
tengok molek
lagi! Majlis berjamu, jamulah, makanlah. Ini guna
televisyen.
Siaran langsung ke seluruh negara.
Serang kerajaan hak ada.
Tidak cekaplah, tidak berminatlah
untuk membangunkan
negeri.
Tidak cekap macam mana kalau hasil dari jimat
cermat, kita boleh bayar hutang Kerajaan Pusat.
Jadi Pusatlah yang cekap?.
Patutlah.
MAS rugi.
LRT rugi.
Semua projek penswastaan lingkup.
Lepas itu ‘bail
out’
melalui Dana Modal Danaharta.
Itu guna duit rakyat.
Masa pihak swasta untung tak berbahagipun
dengan rakyat.
Masa dia rugi, habis rakyat dikorban.
Keuntungan Tabung Haji jatuh sampai 3.25%. Begitu juga dengan KWSP.
Rasuah dalam Perwaja Steel, rasuah Menteri,
rasuah orang besar-besar, senyap saja.
Cekap setahu saya cepat dan tepat bertindak.
Berniaga untung.
Tidak membazir.
Telus. Guna
wang rakyat dengan amanah.
Ni asyik hilang saja, lepas itu kita pula yang
disalahkan. Ajak
pula anak Kelantan balik bantu untuk tukar kerajaan.
Ini terang-terang berkempen.
Sah dah berpolitik.
Salah
gunakan media perdana berkempen supaya rakyat Kelantan
khususnya dan Malaysia amnya tolak kerajaan yang
dipilih oleh rakyat secara demokrasi ini dengan alasan
Kelantan tidak membangun.
Molek ke seorang PM bercakap begitu?
Hujah serupa dengan Dato’ Pa.
Dah
puas pukul dan hina kerajaan yang dipilih oleh rakyat,
baru cakap “saya bukan berkempen”.
Punya
seronoklah dan lekanya menghina Kerajaan Negeri sampai
tersalah sebut Sultan Kedah.
Majlis Sultan Kelantan, junjung kasih kepada
Sultan Kedah. MasyaAllah.
Tahulah, fikir sendirilah.
PAS ni macam anak tiri.
Nak jawab, tidak ada saluran.
Jawab lagu lain, keluar lagu lain.
Orang baik dilihat jadi jahat.
Orang jahat dilihat jadi baik.
Nak mengadu kepada ayah pun, ayah yang turun
dari Kuala Lumpur sekali sekala siap dengan tali
pinggang. Hanya
Allah lah tempat kami mengadu.
Siapa lagi.
Bagi saya, kita bangunlah perlahan-lahan.
Duit orang, duit rakyat kita tidak mahu.
Jangan usik.
Itu amanah.
Kena buat begitu. Nampak Kelantan miskin, pakat-pakat bantu.
Parti soal lain. Ini bendanya.
Baru orang panggil “gentleman”. Mustapha
ni saya tengok “cutting” orang baik.
Tapi kenalah bercakap dan buat kerja macam
orang baik-baik.
Jangan berkawan dengan orang yang tidak baik.
Selamat.
Kalau tidak, serupa jah.
Pejabat
Menteri Besar
Kelantan
Kota
Bharu.
Bertarikh
: 2 Safar
1423
/ 15 April 2002.
|