KELANTAN
DAN TERUSAN KRA DI THAILAND
Berita
mengenai projek terusan dari Lautan Hindi ke Teluk
Thailand yang dijangka bermula pada tahun 2005 terlalu
menarik. Khabar
yang dibawa oleh Utusan Malaysia pada keluaran Selasa
7 Mei 2002 yang memberitakan tentang perlunya Malaysia
meraih sama faedah dari projek Terusan Kra di Thailand
itu amat wajar diberikan perhatian.
Ia telah seakan-akan meletakkan Kelantan ke
peta dunia. Kelantan
telah secara tidak langsung diberikan pengiktirafan
awal tentang kedudukannya yang amat strategic dalam
rangka terusan baru yang sedang diperkatakan di
Mesyuarat Agung Antarabangsa
ke 35 Majlis Ekonomi Lembangan Pasifik (PBEC) yang
berlangsung di Kuala Lumpur pada 6 Mei 2002 yang lalu.
Kita
katakan begitu di atas tiga perkiraan mudah iaitu :
i)
AFTA akan dilancarkan di tahun hadapan di mana
kuatkuasa seluruh pakej perjanjiannya akan bermula di
tahun 2005;
ii)
Kedudukan Kelantan begitu central.
Ia terletak di tengah-tengah pingu masuk antara
sebuah Semenanjung Malaysia, negara Singapura dan
Filipina di sebelah selatan menuju ke negara Thailand,
Myanmar, Kampuchea, Vietnam dan negara China di
sebelah Asia Timur;
iii)
Kesan limpahan atau “Spill Over” dari
terusan baru yang bermula dari Songkhla dipercayai
akan turut menjadi pemangkin pertumbuhan ekonomi di
Kelantan dalam pelbagai sector dan segi.
Dalam
pertemuan saya dengan TYT Puan Ruchitra Hiranpunh,
Duta Besar Thailand ke Malaysia dalam Kunjung Hormat
di Pejabat saya pada 10 Januari 2001 di Kota
Darulnaim, saya sejak dari awal meninjau kemungkinan
ini dengan bertanyakan implikasi-implikasi jangkaan
secara berterus terang takdirnya terusan ini menjadi
kenyataan. Saya
telah memaklumkan di ketika itu tentang akan
merosotnya pelabuhan-pelabuhan tradisional seperti di
Singapura. Mungkin
Tanjung Pelepas akan turut “terlepas” dari
menyertai arus pergerakan baru perubahan ekonomi
berikutan dengan peralihan paradigma ini. Seperti Terusan Suez dan Terusana Panama, perkembangan di
Segenting Kra di tahun 2005 nanti akan menjejas
setengah pihak dan mengubah arah haluan masa depan dan
tumpuan ekonomi negara-negara serantau.
Walaupun saya tidak mahu percaya tentang
unjuran akan terjejas dengan teruknya prestasi
pelabuhan di Singapura, Tenjung Pelepas dan Pasir
Gudang berikutan dengan perkembangan di Teluk Thailand
ini tetapi saya juga tidak mahu menolak kemungkinan
itu. Malah saya amat mendoakan agar Allah S.W.T mencurahkan segala
limpah rahmatnya agar Kelantan beroleh pelbagai faedah
yang tidak ternilai dari semuanya ini.
Faktor-faktor
geografi, ekonomi, sosio budaya dan pendidikan
masing-masing meletakkan asas yang cukup kukuh tentang
gambaran potensi Kelantan di masa hadapan.
Kelantan ada minyak dan gas.
Kedudukannya yang bersempadan dengan Thailand
memudahkan pembangunan aktif berlaku di kedua-dua
tebing yang sekali gus merancakkan aktiviti pemasaran
baik ek dalam atau keluar titik.
Ia boleh disambut dengan kegiatan huluan
(upstream activities) atau hiliran (down stream
activities). Begitu
juga dengan factor sosio budaya masyarakatnya.
Kos buruh yang sederhana murah dengan budaya
kerja kuat dan akhlak terpuji adalah asset-aset asas
yang penting. Persekitaran
ilmu yang menjadi sebahagian daripada senario cara
hidup masyarakat di sini juga turut menyediakan
potensi tambahan.
Ini semua adalah potensi besar yang sedang
dimiliki oleh Kelantan. Perusahaan batik, kraf dan dasar jelapang makanan negara
serta lokasi tempat-tempat pelancongan yang unik
adalah antara aspek yang turut menjanjikan sesuatu.
Dengan sedikit penerokaan, ia boleh menjadi
“senjata ekonomi” yang mampu menolak Kelantan jauh
ke hadapan. Mungkin
dengan sebuah pelabuhan lengkap yang mampu dibangunkan
di Pengkalan Kubur nanti akan menukar wajah Tumpat
dari sebuah bandar mati kepada sebuah setelit
berasaskan maritime.
Ini
Cuma bacaan kehadapan.
Ia menarik.
Kelantan di waktu itu akan menjadi “Puteri
Idaman” semua pihak.
UMNO faham ini semua.
Dia mahu timba peluang ini.
Kita bukan tidak tahu.
Di sinilah nanti Kelantan di bawah Kerajaan PAS
akan terbukti redup dengan teduhan rahmat dari Allah
S.W.T. InsyaAllah.
Kita akan memiliki sebuah negeri yang makmur
dari segi material dengan akhlak rakyat yang sentiasa
terpelihara. Mungkin
Allah S.W.T. sedang menyimpan semuanya ini untuk
dihadiahkan kepada orang-orang yang bertaqwa.
Berusahalah untuk terus bertaqwa sambil kita
merancang masa depan.
Sama-samalah
kita doakan semoga pengertian ayat Al-Quran yang
bermaksud “
Negeri kamu ini adalah negeri yang baik (aman dan
makmur) dan (Tuhan kamu adalah) Tuhan yang maha
pengampun” (Surah
Saba’ ayat 15) menjadi kenyataan sepenuhnya di Kota
ini. Nanti.
Pejabat
Menteri Besar Kelantan
Kota
Darulnaim
Bertarikh:
10 Mei 2002
|